Skip to main content

14 September 2012 @ HAPPY BIRTHDAY TO ME






Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH kerana di berikan kesempatan untuk menambah setahun lagi usiaku.  Syukur juga padaMu Ya ALLAH kerana aku masih dikurniakan kesihatan yang baik, Suami yang amat menyintai dan menyayangiku, anak-anak yang sentiasa menceriakan kehidupanku, kedua ibu dan bapa yang juga sangat penyayang dan sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan semua anak-anaknya, majikan yang sangat perihatin dan mengambil-berat tentang hal kebajikan aku sebagai pekerjanya serta rakan-rakan dan jiran-jiran yang sentiasa menghulurkan tangan saat aku memerlukan bantuan.  Alhamdulillah Terima Kasih Ya ALLAH untuk semua nikmat yang di kurniakan kepadaku, keluargaku dan mereka-mereka yang aku sayangi di sekelilingku.

Insyaallah aku ingin berusaha lebih kuat lagi dan ISTIQOMAH  untuk lebih mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH.  Aku juga berharap agar aku dapat melakukan lebih banyak kebaikan hanya keranaMu Ya ALLAH dan aku mohon padaMu agar Engkau dapat membantu aku untuk menjauhkan diriku dari semua perbuatan mungkar dan apa juga yang menjadi laranganMu Ya ALLAH.   Semoga  Engkau menjadikan aku hambaMu yang Solehah dan Muslimat yang berjaya di dunia dan akhirat. Ameen

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...