Skip to main content

CERPEN - ANDAI INILAH TAKDIRNYA


Alhamdulillah akhirnya pagi ini aku telah dapat menyiapkan cerpen aku yang bertajuk "ANDAI INILAH TAKDIRNYA".  Actually dah beberapa hari aku cuba siapkan cerpen ni tapi tak berkesempatan.    Cerpennya telahpun aku kirimkan ke Editor Majalah Mingguan Wanita.  Ianya adalah pengalaman yang aku lalui ketika ini..........Semoga ianya disiarkan, Amin.

Beginilah kisahnya.....................
ANDAI INILAH TAKDIRNYA

Satu petang yang indah  tiba-tiba terasa hidupku terlalu kosong dan habar. Mengapa setelah usia  perkahwinan aku yang  mencecah lebih  18 tahun, aku dan anak-anak  ditakdirkan untuk berpisah dengan suami tercinta.  Ternyata perpisahan ini begitu  sulit  bagiku namun  tidak  juga mudah buat suami dan  anak-anak.  Yang namanya takdir Allah tak siapa dapat menduga atau menghalangnya.   Aku sendiri  sukar untuk menerima ketentuan ini tetapi  perancangan Allah seringkali  adalah yang terbaik untuk hambanya.

Masih jelas di ingatan,  pada suatu hari,   aku melihat tingkah-lakunya suami agak  berbeza, wajahnya kelihatan begitu suram,   TV  yang di buka tidak ditonton malah kehadiranku di sisi tidak disedarinya. “Hai Abang, menung jauh sangat tu,” usik  aku pada suami.  “Ehh tak adalah, kan Abang tengok TV ni,”  jawabnya menafikan.  “Amboi, sejak bila pula Abang pandai berbohong dan berahsia ni,  Abang lupakah dah lebih lapan belas tahun  kita bersama,  jadi apa saja perubahan pada diri Abang pasti tak ada yang terlepas dari pandangan Yana, protes aku pada suami.   Dia kemudiannya merenung mukaku dengan pandangan yang sayu.  Di saat itu aku  dapat merasakan memang ada yang tidak kena. Aku mendesak agar dia berterus-terang  padaku kerana dengan berdiam tak dapat merungkai  semua permasalahan.  Aku semakin tidak sabar untuk mengetahui apakah   perkara yang mengganggu fikirannya pada ketika itu.

Dengan nada suara yang tersekat-sekat  suamiku kemudiannya memulakan bicara,  Yana, kilang abang akan ditutup dan pekerja diberhendtikan”.  Mendengarkan itu  fikiran aku bercelaru memikirkan pelbagai kemungkinan. Maklumlah pendapatan suami merupakan sumber penting untuk keseluruhan perbelanjaan keluarga.  Walaupun aku bekerja tetapi pendapatan aku hanya cukup untuk menyokong keperluan rumah selain menangung  perbelanjaan ibu-bapaku.  Oleh itu aku tidak dapat  membayangkan kehidupan kami dan persekolahan anak-anak seandainya  suamiku kehilangan pekerjaan.   Dunia terasa kelam, fikiran menjadi buntu,  terasa  seolah-olah seketul batu yang besar menghempap di atas kepalaku pada waktu itu.    Walaupun aku sangat risau memikirkan masa depan kami anak-beranak tetapi aku menerima  berita tersebut sebagai qada dan qadar. Aku tidak harus menunjukkan kebimbanganku malah  aku harus kuat serta  memberikan sokongan  padanya.

“Abang, rezeki dan rencana dari Allah tak siapa tahu,   mungkin sudah tiba masanya  kita mencuba  sesuatu yang baru, Insyaallah, Allah akan permudahkan rezeki kita demi anak-anak.  Abang tak payahlah risau sangat.” aku cuba memujuk suami. “Yana yakin kita mampu untuk melalui saat yang sulit itu, asalkan  kita tempuhinya bersama,” aku meyakinkan suami.   “Tapi Yana, sebenarnya bukan soal diberhentikan  yang menganggu Abang,  Alhamdulillah  sebenarnya Allah telah membuka  rezeki untuk anak-anak Abang  di tempat lain.   Beberapa hari lepas Dato’ Zamri  ada telefon Abang dan menawarkan abang bekerja dengan di syarikatnya di Kuala Terengganu dan dia sangat berharap yang Abang bersetuju”,  jelas suami kepadaku “Tapi  Abang masih belum memberikan apa-apa jawapan pada dia kerana Abang  tak sanggup  berpisah dan pelengkap hidup Abang hanyalah isteri dan  anak-anak Abang,”  tutur suamiku sayu.  Aku merasa terharu  mendengar keluhan hati suami dan  memang benar, selama ini  kami tidak pernah sekalipun berpisah selain daripada urusan kerja.  Aku memang bersyukur pada Allah atas rezeki yang dipermudahkan untuk suamiku tapi di masa yang sama hatiku hancur berkecai memikirkan bagaimana kehidupan aku nanti bila dia tiada di sisi.  Selama ini kami sangat bahagia  dan dia memang  seorang suami dan bapa yang penyayang, sentiasa berlemah-lembut malah tidak pernah sekalipun menunjukkan kemarahannya  terhadap kami. Dia sentiasa  bersikap terbuka dan bertoleransi dalam apa juga hal yang bersangkut-paut dengan kehidupan ataupun permasalahan  keluarga.  Dia adalah pendengar yang setia, penghibur di kala aku berduka dan pembakar semangat apabila aku merasakan diri sangat kerdil dan lemah.  Terasa diri ini sungguh bertuah kerana memilih dia sebagai jodoh dari Allah.   “Ya Allah, beratnya dugaanMu ini, aku tak mampu  hidup tanpanya Ya Allah,” rintih aku. 

Walaupun sedih,  namun aku tetap berusaha untuk  memberikan dorongan pada suami untuk bersemangat demi aku dan anak-anak.  “Abang,  kita sepatutnya bersyukur kerana Allah memang sayangkan kita,  di permudahkan rezeki  Abang kerana Abang ikhlas mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak Abang.  Yana faham memang sedih andai memang takdir kita terpaksa berpisah tapi seandainya itu yang terbaik untuk kita, maka kita redhakanlah Bang, mungkin ada hikmahnya yang tersirat yang tidak kita fahami sekarang.  Walaupun  Terengganu dan Kedah itu agak jauh tetapi banyak cara pengangkutan yang ada.  Terserah  Abang untuk balik mengikut kelapangan Abang  dan kalau Abang sibuk kami boleh saja  ke sana”.  Aku meyakinkan  suami agar fikirannya tidak berbelah-bahagi, lagipun  aku tidak mahu suamiku menyerah kalah sebelum pergi berjuang.  “Tapi kalau Abang tak ada macamana dengan Yana dan anak-anak? Bolehkah Yana menguruskan semuanya seorang diri, menguruskan keluarga dan bekerja pada masa yang sama, adalah satu perkara yang tidak mudah dan tentunya berat bagi Yana.  Abang bimbang  semua ini membebankan Yana”,  sayu kata-kata suamiku.  Sejujurnya aku sendiri tidak  yakin dengan kemapuanku menguruskan keluarga seorang diri  kerana selama ini suamilah yang melakukannya,  tapi aku tidak boleh dilihat sebagai seorang yang lemah di mata suami pada saat fikirannya yang sedang berkecamuk itu.   Aku mesti menjadi seorang wanita yang berani  dan  berdikari demi suami dan  anak-anak.  Sempat juga aku terfikir, di luar sana masih ramai juga wanita-wanita yang mungkin senasib ataupun diuji dengan lebih berat dari aku, malah jika di lihat dari senarai penerima anugerah Ibu Mithali di Malaysia, kebanyakan mereka adalah ibu tunggal ataupun balu yang  membesar, serta menguruskan anak-anak sendirian dengan bilangan anak  yang ramai.  Takkan pula seorang wanita bekerjaya seperti aku tak mampu mengalas tanggung-jawab itu seperti mereka.

“Abang, Yana anggap perpisahan ini sebagai ujian dari Allah untuk menguji kesetiaan, kejujuran serta kasih-sayang kita  dan Insyaallah Yana  pasti akan dapat melalui ujian ini,  Yana tidak akan mengabaikan anak-anak walaupun sesibuk mana Yana di pejabat atau di rumah.   Yana pasti akan lakukan yang terbaik  untuk   Abang  dan anak-anak.  Cuma Yana ada  dua  permintaan untuk Abang dan Yana harap Abang tidak sesekali mengabaikan kedua-dua  permintaan Yana ini.   Suamiku hanya mendengar  kata-kataku dengan penuh perhatian sambil matanya merenung tepat ke wajahku dan tanganku digenggamnya erat.

Walaupun berat,  aku teruskan juga kata-kataku,  “Pertama, Abang mesti berjanji pada Yana yang Abang akan menjaga kesihatan Abang kerana  Yana  dan anak-anak  tak dapat membantu Abang seandainya Abang sakit ataupun sesuatu terjadi pada diri dan kesihatan Abang”.  Sejujurnya aku memang bimbang dengan kesihatan suami kerana  dia telah disahkan mengidap penyakit saraf akibat daripada ‘slip disc’ di bahagian tengkok yang menyebabkannya  mengalami kebas-kebas  di kedua-dua bahagian tangan dan kakinya hampir sepanjang masa.   Menjalani pembedahan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya mungkin  mengundang pelbagai risiko yang lain, oleh itu Doktor menasihatinya agar harus berhati-hati terutamanya di bahagian tersebut.  Doktor  menasihati  suamiku  untuk  tidak memandu atau  menempuh perjalanan yang panjang kerana dia tidak  digalakkan untuk duduk dalam jangka masa yang terlalu lama kerana keadaan kebas-kebas itu akan membuat dia lebih tidak selesa.    Selain itu  dia juga menderita penyakit  gastrik yang agak serius. Oleh itu dia perlu berhati-hati bila makan di luar kerana dia memang tak boleh makan makanan yang bercili, berminyak ataupun berlada.  Walaupun pelbagai rawatan telah  di cuba untuk kedua-dua penyakitnya itu dan banyak juga nasihat doktor dirujuk dan dituruti,   tetapi masalahnya tetap sama. Sebagai isteri  aku memang risau bila memikirkan masalah kesihatan suami,  tetapi aku hanya mampu berdoa agar sepanjang kami tidak tinggal sebumbung Allah sentiasa memelihara kesihatannya demi pengorbanan yang telah di lakukannya untuk mencari rezeki yang halal untuk kami sekeluarga.

Suami yang mendengar permintaan pertama aku di lafazkan hanya menganggukkan kepala tanda setuju dan pada waktu itu aku lihat airmata sudah mula memenuhi kelopak matanya dan perlahan-lahan mengalir ke pipi.  Dengan tangan yang sering membelainya aku usap  airmata itu dengan perasaan yang sangat hiba.

Aku kemudiannya meneruskan dengan permintaanku yang kedua. “Kedua, Yana berharap agar Abang tidak melupakan ataupun mengabaikan Yana dan anak-anak di sini, maklumlah hidup berjauhan  pasti pula  mengundang lebih banyak dugaan serta cabaran  dan Yana faham tidak mudah untuk seorang lelaki yang berkahwin untuk tinggal berjauhan dari isterinya.  Kejujuran itu perlu saat berjauhan, dan sebagaimana Yana setia menunggu Abang di sini, begitulah juga Yana harapkan dari Abang, tetapi seandainya satu hari nanti ditakdirkan Abang berubah-hati,  Yana redha tetapi pada waktu itu Yana harap Abang lepaskanlah Yana kerana Yana tak mungkin sanggup berkongsi kasih Abang dengan orang lain” tuturku seikhlas hati  pada suami dengan deraian airmata yang semakin laju  seperti air hujan membasahi pipiku.  Suamiku turut menangis dan memelukku dengan erat sambil dia berjanji untuk tidak melupakan kami anak-beranak di sini.  Aku hanya berharap agar dia mengotakan janjinya dan Allah memelihara jodoh kami.

Tawaran kerja di Terengganu akhirnya di terima oleh suamiku  dengan hati yang berat demi untuk masa depan kami sekeluarga.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.    Saat akhir bersama keluarga kami gunakan dengan sebaik-baiknya  kerana masa itulah yang sangat bermakna untuk kami, walaupun di hati tidak merelakan. 

Memandangkan sekolah masih bercuti dan untuk lebih menghargai saat-saat akhir sekeluarga kami kemudiannya sepakat untuk sama-sama menghantar suami ke Terengganu dan  setelah selesai urusan menyewa rumah serta membeli perabut asas untuk kegunaan suami di sana, kami akhirnya berangkat kembali ke Utara dengan hati yang berat.  Pada saat suami menghantar aku dan anak-anak di stesyen bas ekspress Kuala Terengganu barulah  aku dapat merasakan bahawa sesungguhnya perpisahan ini sungguh memedihkan.  Hatiku menjadi bertambah sebak apabila  puteri bongsuku menangis teresak-esak sebaik saja menaiki bas dan esak-tangisnya bertambah kencang apabila bas yang kami naiki mula bergerak meninggalkan bandar Kuala Terengganu.  Putera sulongku pula kelihatan merah matanya menahan airmata kesedihan, maklumkan si putera sangat akrab hubungannya dengan suamiku, malah terlalu banyak hobi yang dilakukan bersama terutamanya bermain golf.  Melihat kesedihan kedua permata kesayanganku itu aku mula  merasakan bahawa  dunia ini sudah menjadi begitu sempit sekali, aku sedih, keciwa dan marah.  Semua perasaan ini becampur-baur.  Aku merasakan yang dunia ini sungguh kejam dan tidak adil bagi kami sekeluarga. 

Walaupun sudah enam bulan tidak tinggal bersama suami,  aku seolah-olah merasakan bahawa perpisahan itu baru saja terjadi semalam. Demi anak-anak aku  harus sentiasa sihat, kuat dan bersemangat. Perpisahan telah mengajar aku mengenal erti rindu dan aku juga sungguh sunyi  tanpa suami untuk di ajak berbual dan tempat rujukan apabila aku kebuntuan.  Perpisahan ini mengajar aku untuk menjadi lebih matang dalam menyelesaikan masalah atau membuat keputusan yang melibatkan kebajikan dan kepentingan anak-anak, sebelum ini, segalanya aku serahkan bulat-bulat pada suami.  Ada juga keletah anak-anak yang membuat aku rungsing tetapi aku tabahkan hati dan aku cari jalan penyelesaian sendiri kerana aku tidak mahu suami bimbang dengan perkara yang remeh,  Bohonglah jika aku katakan aku tidak lelah menguruskan seorang anak di rumah dan seorang lagi di asrama, tapi apakah pilihan lain yang aku ada? 

Airmata berderai setiap kali  berdoa untuk kesejahteraan suami dan anak-anak.  Aku tidak dapat membohongi diriku yang aku sebenarnya sangat lemah dan semoga Allah meberikan aku ketabahan, kekuatan serta di permudahkan segala urrusanku  demi suami dan anak-anak.  “Seandainya inilah takdirnya aku terima dengan hati yang rela dan andainya perpisahan ini adalah yang terbaik bagi kami, maka aku redha, Ya Allah dan sesulit manapun keadaan ini aku pasti akan dapat merentanginya demi suami dan anak-anak tercinta”.    Jalan derita atau bahagia itu kita yang memilihnya. “Ya Allah”, tunjukkanlah aku jalan keluar dan tenangkanlah hatiku” bait-bait doa yang sering aku lafazkan tatkala hatiku bergundah-gulana.  Aku terpaksa mengorbankan kebahagiaan diri aku demi  kepentingan suami dan anak-anak. Ternyata perpisahan ini  tidak mudah bagiku Ya Allah.

Sekian.
Ana Ibrahim

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d