Skip to main content

26 SEPTEMBER 2012 @ LESEN 'P'

Setelah hampir tiga bulan si putera dengan semangat yang berkobar-kobar dan tidak sabar-sabar untuk mendapatkan Lesen 'P', maka pada 26 September 2012 setelah menjalani ujian memandu oleh JPJ maka dengan rasminya si putera telah di anugerahkan dengan Lesen 'P'.  Girangnya hati si putera bukan kepalang, mungkin bagi dirinya MEMANDU adalah sesuatu yang dibanggakan, apatah lagi pada usia 17 tahun 5 bulan sudah boleh memandu, malah sudah ada pula lesen memandu.  Huuuuuh...bangga gilaaaaaa....'

Bagi aku pula nak di katakan aku gembira bila si putera memberitahu dia sudah lulus ujian memandu, tak juga, nak katakan aku tak gembira pun tidak juga. Perasaan aku berbelah-bagi kerana aku tahu bila si putera sudah mendapat lesen P, dia pasti tak senang duduk kalau aku tak benarkan dia memandu, tapi bila aku benarkan dia memandu pula...hati aku rasa kurang enak juga...bimbang...risau...mula menguasai diri. Bila aku consult kawan-kawan aku, semuanya menyuruh aku membenarkan si putera memandu kerana lebih merbahaya jika aku melarang dan dia pula mula curi-curi memandu, setidak-tidaknya dia menimba pengalaman baru melalui pemanduannya di atas jalanraya. Tapi walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan kelulusannya semasa menghadapi ujian memandu tempohari.



Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...