Skip to main content

AMPUNKAN AKU IBU

Cerpen kanak-kanak yang aku tulis minggu lepas dan telah di hantar ke kumpulan buku prima.  Semoga ianya diterima dan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada syarikat penerbitan tersebut. Amin

AMPUNKAN AKU IBU


Setelah kematian bapa, ibunya pula terus menghilangkan diri, begitulah nasib malang yang menimpa Syamir. Semenjak ibunya menghilang Syamir telah dibesarkan oleh datuk dan nenek sebelah bapanya di kampong dari usianya lima tahun. Ternyata ujian hidup tidak berhenti di situ sahaja, pada usianya lapan tahun anak yang masih kecil dan tidak mengenal perit- jerih kehidupan itu terpaksa pula berpisah dengan datuk yang di sayangi yang pergi buat selama-lamanya menghadap Illahi. Semenjak itu Syamir dan neneknya yang semakin uzur itu telah di titipkan pula di bawah penjagaan adik lelaki bongsu kepada ayahnya. Kehadiran Syamir dan neneknya itu tidak disenangi oleh isteri pak sunya, malah dia menganggap kedua mereka hanya menjadi beban kepada diri dan keluarganya.

Ternyata langit tidak pula selalu cerah untuk Syamir sejak tinggal di rumah pak sunya itu. Kehidupan yang sulit dan suram terpaksa di tempuhinya hari demi hari. Dirinya dan nenek telah diperlakukan sewenang-wenangnya oleh ibu saudaranya itu dan lebih menyedihkan dia juga sering di dera secara fizikal dan mental tanpa belas kasihan oleh wanita tersebut. Hampir setiap malam dia menangis meratapi nasib malangnya, tiada tempat bermanja dan tiada pula tempat untuk mengadu atau meluahkan kesedihan.

“Syamir, mulai besok kamu tak payah lagi ke sekolah, kamu tolong saja pak su kamu di ladang sawit tu,” ungkapan mak su pada Syamir sewaktu dia hendak berangkat ke sekolah pada suatu pagi. “Tapi mak su, !” jawab Syamir lembut. “Tak ada tapi-tapinya, pak su kamu tu dah tak larat nak buat kerja ladang tu sorang-sorang, apalah salahnya kamu membalas budi-baik kami membesarkan kamu tu dengan berkerja di ladang tu.” tegas ungkapan yang keluar dari mulut mak su. “Tolonglah mak su, bagilah peluang untuk Syamir habiskan peperiksaan PMR Syamir yang tinggal beberap bulan saja lagi,” rayu Syamir. Nenek yang sejak dari tadi mendengar perbualan kedua mereka itu kemudiannya berkata, “Iyalah Nab, emak merayu pada kamu, biarlah Syamir ambil PMR dulu, sekurang-kurangnya dengan sijil tu nanti bolehlah dia cari kerja yang sesuai dengan pelajaran dia, selepas itu suka hati kamulah Nab, mak tak akan membantah apapun yang kamu putuskan untuk Syamir.” “Mak tolong jangan masuk campur urusan Nab dengan Syamir,” herdik mak su pada ibu mertuanya. “Syamir buat apa kamu nak tunggu sampai peperiksaan PMR tu, kamu sendiripun tahu pelajaran kamu bukannya bagus sangat, merosot adalah, lagipun mak su memang dah tak mampu untuk menampong pelajaran kamu tu kerana mak su juga memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk sekolahkan anak-anak mak su”, tutur mak su pada Syamir. Syamir mendengar kata-kata serta ungkitan dari mak su dengan hati yang luluh, tapi apalah daya dia untuk membantah kerana dia hanya hidup menumpang di rumah tersebut.

Hari berganti bulan dan bulan berganti tahun Syamir dengan tekun dan sabar membantu untuk menguruskan ladang sawit milik keluarga mak su. Malah dengan hasil sawit itu juga mak su telah mampu untuk menghantar ke dua-dua anaknya belajar sehingga ke menara gading. Di masa yang sama hati Syamir masih tetap terguris dan terluka kerana mak su tidak pernah menghargai segala kebaikan dan pengorbannnya. Hampir setiap apa saja yang dilakukannya oleh Syamir semuanya salah di mata mak su. Maki dan hamun dari mak su sudah menjadi santapan telinganya setiap hari. Malah semakin hari dia semakin merasakan tidak di perlukan dalam keluarga tersebut malah makan dan pakainya juga tidak pernah di ambil peduli oleh mak su. Nenek pula hanya mampu melihat saja kezaliman yang diperlakukan ke atas cucu kesayangnya itu. Di hati kecilnya dia hanya mampu berdoa dan berharap agar satu hari nanti akan ada sinar bahagia untuk cucunya itu.

Selepas kematian Pak Su, Syamir lebih merasa tertekan tinggal di rumah tersebut. Semakin hari dia semakin berubah, malah dia sudah mula bergaul dengan pemuda-pemuda nakal di kampong tersebut. Kegiatan meragut dan pecah-rumah telah dijadikannya sebagai kerjaya. Malah dia juga sudah sering tidak pulang ke rumah. Satu hari ketika pulang kerumah Syamir terkejut apabila mendapati kesemua pakaian dan barang miliknya telah di letakkan di satu sudut di beranda rumah. “Oh rupanya kamu masih ingat lagi jalan balik ke rumah ni? aku ingat dah tak nak balik lagi dah, tu, ambil barang-barang kamu dan keluar dari sini, aku tak mau tengok muka kamu lagi, keluar!” herdik mak su pada Syamir. “Nab, kenapa kamu halau dia? Apa salah dia pada kamu sampai kamu benci sangat pada dia Nab?” soal nenek pada mak su. “Kalau mak nak tahu sejak hari pertama dia tinggal di sini Nab memang bencikan dia, kalau mak sayang sangat pada dia, mak boleh ikut dia keluar dari sini.” kasar tutur kata mak su pada nenek. “Mak su tolong jaga sikit mulut tu dan tolong hormat nenek , kalau tidak….,” kata-kata Syamir terhenti dek jeritan mak su. “Kalau tidak apa? anak kurang ajar tak kenal di untung, keluar dari rumah aku dan bawa orang tua ni sekali.” jerit mak su pada Syamir. “Mak su tu yang kurang ajar, saya jadi kurang ajar sebab di jaga oleh orang yang kurang ajar seperti mak sulah,” balas Syamir pada mak su. “Jom nenek, kita tinggalkan rumah neraka ni, sudah cukup lama kita tersiksa di sini,” tutur Syamir sambil memapah neneknya keluar dari rumah tersebut. “Kita nak kemana ni Cu? soal nenek pada Syamir. “Kita balik saja ke rumah nenek, nenek jangan risau, mulai hari ini saya akan jaga nenek sepenuh jiwa saya.,” janji Syamir pada nenek.

Hasil meragut telah di jadikan sebagai sumber pendapatan untuk dia dan nenek meneruskan kehidupan. Kesihatan nenek yang sering menurun dan kos rawatan setiap bulan yang semakin meningkat membuatkan Syamir semakin terdesak. Oleh itu dia kini semakin aktif dan berani menjalankan kegiatan meragutnya di sekitar bandar-bandar yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. “Syamir, petang ni kamu tak payahlah kerja overtime ya Cu, sebab petang ini kita ada tetamu,” pesan nenek pada Syamir sebelum dia keluar. “Baiklah nek, Assalamualaikum” jawab Shamir sambil memberikan salam sebelum berlalu pergi.

“Oh ini mungkin rezeki besar aku untuk hari ini,’ bisik Syamir tatkala dia melihat seorang wanita separuh umur yang keluar dari sebuah kereta mewah yang di letakkan di bahu jalan kerana tayarnya pancit. Sedang wanita tersebut begitu asyik berbual di telefon sambil membelek-belek tayar keretanya yang pancit, sepantans kilat itu juga Syamir meluru dengan motorsikalnya dan merentap tas tangan yang di sandang di bahu serta menendang wanita tersebut. Akibat daripada rentapan yang pantas dan tendangan Syamir wanita tersebut jatuh tersungkur manakala kepalanya pula terhentak di atas bahu jalan. Sepantas kilat Syamir memecut motornya dan melarikan diri.

“Kamu ke mana Cu dah lewat begini baru balik, puas nenek tunggu kamu,” sebak suara nenek betanya pada Syamir. “Bos Syamir paksa Syamir buat overtimelah nek,” jawab Syamir sambil berlalu ke biliknya. “Syamir, nenek mahu kamu ke hospital sekarang, tadi ada polis datang memberitahu nenek yang ibu kamu nazak di hospital setelah di ragut di pekan sebelah. “Polis menjumpai alamat rumah kita di dalam kereta ibu kamu. Sebenarnya ibu kamu memang sedang menuju ke sini untuk berjumpa kamu, tetapi dalam perjalanan keretanya pula pancit dan lebih malang lagi dia tercedera akibat di ragut” panjang lebar cerita nenek pada Syamir. Mendengar kata-kata nenek itu hati Syamir berdengup kencang. “Mungkinkah perempuan yang diragut dan ditendang tadi itu adalah ibunya?’ bisik Syamir di dalam hati. “Ya Allah apa yang telah aku lakukan ni,” kesal Syamir. Terus saja di mencapai topi keledar dan memecut motorsikalnya dengan laju menuju hospital.

Sesampai di hospital, Syamir di beritahu yang ibunya koma dan berada di wad ICU. Syamir di izinkan untuk melihat ibunya yang telah sekian lama terpisah darinya. Hatinya berdebar-debar takut kalau-kalau wanita yang diragutnya petang tadi adalah ibunya. Tatkala melihat wajah ibunya yang sedang bertarung dengan nyawa itu Syamir merasa sungguh terkejut kerana itulah wanita yang telah diragutnya petang tadi. Syamir merasa sungguh kesal di atas perbuatannya tetapi kekesalannya tak mungkin dapat merubah takdir pada waktu itu. Syamir menemani ibunya di Wad ICU selama beberapa hari. “Ibu bangunlah Bu, ini Syamir anak ibu, maafkan Syamir Bu kerana telah berdosa pada ibu dan menyebabkan ibu jadi begini, kalau ibu mendengar kata-kata Syamir genggamlah tangan Syamir Bu,” berulang-ulang Syamir memohon maaf dari ibunya dan meminta agar ibunya sedar dari koma dan membuka mata. Sedang suara Syamir mendayu-dayu memohon kemaafan dari ibunya, tiba-tiba Syamir dapat merasakan yang tangannya seperti di genggam oleh ibunya dan tatkala Syamir memandang ke wajah ibunya, Syamir dapat melihat air mata berlinangan di kelopak mata ibunya dan Syamir yakin pada waktu itu ibunya dapat mendengar semua kata-katanya. Syamir dengan gembira memaklumkan kepada neneknya tentang ibunya yang sudah mula sedar dari koma. Namun kegembiraan itu tidak berpanjangan.

“Encik Syamir…Encik Syamir…,” Jururawat yang bertugas mengejutkan Syamir yang tidur di sofa yang letaknya di luar bilik ICU. “Ya Misi, ada apa?”, tanya Syamir. “Saya harap Encik Syamir terima berita ini dengan tabah dan redha,” balas jururawat itu. “Kenapa Misi, cakaplah”, tinggi nada suara Syamir. “Ibu Encik Syamir baru saja meninggal dan Encik bolehlah uruskan jenazah beliau.” jelas jururawat tersebut pada Syamir. “Tadi ibu saya sudah memberikan response yang positif apabila saya berada di dalam, tak mungkin Misi? protes Syamir marah. “Ajalnya sudah sampai Encik,’ pujuk jururawat itu lagi.

Dengan hati yang hancur Syamir melangkah kaki ke ruang ICU dan dilihat wajah kaku tersebut yang sudah tidak bermaya dan bernyawa lagi. Hatinya hancur, namun kekesalan sudah tidak bermakna lagi untuknya pada waktu itu, nasi sudah menjadi bubur. Syamir menguruskan pengebumian ibunya dan dia berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan serta kesilapannya yang lalu. Rupa-rupanya, ibu Syamir adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dan dia pergi meninggalkan kesemua harta yang telah diwariskan kepada Syamir dan diserahkan oleh peguam ibunya sebelum pengebumian beliau. Malah tujuan ibunya datang ke kampong tersebut adalah untuk bertemu dengannya dan menjemput dia untuk tinggal bersamanya di ibu kota.

Sejak peristiwa tersebut, Syamir merasa amat menyesal, dia juga telah banyak berubah dan telah kembali mendekatkan dirinya pada tuhan serta kembali ke jalan yang diredhai. Dia menganggap semua kejadian yang menimpa dan di laluinya sebagai pengalaman pahit yang mendewasakan dirinya.

Sekian.







Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d