Skip to main content

KEBAIKAN YANG MEMBAWA PADAH

Tulisan daripada idea puteriku Nur Aisyah melalui tulisan-tulisannya.  Tulisan ini juga telah aku hantar ke Kumpulan buku prima di bawah kategori buku kanak-kanak.


Kebaikan Yang Membawa Padah


Telah menjadi kebiasaan, setiap hari selepas pulang dari sekolah aku akan tinggal sendirian di rumah kerana ibu dan bapa aku bekerja, manakala abang sulong aku pula yang menuntut di Tingkatan Tiga, tinggal di sekolah berasrama penuh. Kebiasaan ayah pula setiap pagi sebelum aku berangkat ke sekolah ialah ayah akan berpesan berulang-ulang kali agar aku jangan lupa mengunci pintu pagar dan pastikan untuk tinggal diam di dalam rumah dan jangan sesekali membuka pintu pagar kepada sesiapa yang tidak dikenali. Kalau ada sesuatu yang mencurigakan cepat-cepat telefon ayah atau ibu.

Pada suatu hari, sedang aku begitu asyik menyiapkan kerja sekolah sambil menonton televisyen, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan di daun pintu rumahku dengan kuat dan bertalu-talu. Dadaku mula berdengup dengan begitu kencang, tatkala itu baru aku sedar bahawa aku telah terlupa untuk mengunci pintu pagar rumahku sepertimana yang telah di pesan oleh ayah pada setiap pagi. Aku mula merasa sangat takut dan jantungku pula mula berdengup dengan semakin kencang.

Walaupun diselubungi perasaan takut tapi hatiku begitu kuat ingin tahu siapakah yang berada di hadapan pintu rumahku dan mengetuk daun pintu dengan begitu kuat sekali. Lalu aku bangun dengan perlahan-lahan menuju kearah jendela dan mula mengintai di sebalik langsir rumahku.

Dari sebalik langsir aku dapat melihat dua orang wanita pertengahan umur sedang mengendong barangan jualan mereka dan mereka kelihatan tidak terurus dan nampak seperti keletihan. Tanpa aku sedari rupa-rupanya kelibat aku di sebalik langsir itu telah dapat di lihat oleh kedua wanita tersebut lalu mereka merayu agar aku membukakan pintu.

Aku kemudiannya memberitahu kedua wanita tersebut yang aku tidak dibenarkan membuka pintu kepada mereka yang aku tidak kenali. Salah seorang dari wanita tersebut terus memujuk aku dengan memberitahu pada aku bahawa salah seorang dari mereka kurang sihat dan meminta segelas air untuk memakan ubat. Setelah dirayu berulang-ulang kali maka aku mula merasa kasihan dan aku juga bimbang seandainya terjadi apa-apa pada wanita yang sakit itu. Tatkala itu aku teringat kata-kata Ustazah di sekolah untuk berbuat baik sesama insan dan selalu menolong mereka yang memerlukan pertolongan. Tanpa berfikir panjang aku terus saja membuka pintu rumah dan menjemput kedua-dua wanita itu untuk masuk dan mempersilakan mereka duduk di ruang tamu, manakala aku terus saja berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman kepada mereka.

Setelah selesai menyediakan minuman, aku pun pergi ke ruang tamu sambil menatang gelas-gelas yang berisi minuman beserta sepiring biskut. Aku dapat melihat mereka minum dan makan dengan begitu gelojoh sekali tatkala aku meletakkan dulang yang berisi minuman dan makanan itu di atas meja. Sambil minum mereka kemudiannya bertanya apakah aku tinggal seorang diri di rumah?, memandangkan aku tidak merasa apa-apa yang ganjil terhadap kedua wanita tersebut maka akupun mengiyakan pertanyaan mereka itu. Aku kemudiannya melihat salah seorang dari mereka mengeluarkan telefon bimbit dan mengirimkan sms. Sebagai kanak-kanak, aku masih tidak mengesyakki apa-apa sehinggalah munculnya dua orang lelaki di hadapan pintu rumahku dan tanpa dijemput mereka terus saja meluru masuk dengan muka yang sangat bengis dan menakutkan.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudiannya memberitahu aku bahawa tujuan mereka datang adalah untuk merompak. Pada saat aku mendengar tujuan kedatangan mereka kerumah aku itu adalah untuk merompak aku merasa sangat takut dan terkejut. Aku juga sangat menyesal kerana telah mengingkari nasihat ayah dan ibu untuk tidak membuka pintu kepada sesiapapun yang tidak dikenali. Kaki dan tanganku mula terasa kaku dan seolah-olah telah dirantai dan tidak dapat digerakkan lagi. Aku langsung tidak dapat berfikir, apakah yang patut aku lakukan pada ketika itu. Aku juga seolah-olah kehilangan suara, walaupun aku telah cuba untuk menjerit tetapi suara aku seolah-olah tersekat-sekat tidak mahu keluar. Salah seorang daripada lelaki itu dengan bangganya memberitahu aku bahawa mereka adalah kumpulan perompak yang memecah-masuk rumah yang bergiat aktif di Utara Semenanjung dan mereka sedang di buru polis pada waktu ini. Walau bagaimanapun mereka memberikan amaran bahawa mereka tidak akan mencederakan aku seandainya aku menurut semua arahan mereka dan memberikan kerjasama yang baik terhadap mereka.

Dalam ketakutan aku telah cuba untuk berlari mengambil telefon bimbit aku yang terletak di atas meja di ruang tamu untuk menelefon kedua ayahku tetapi malangnya aku telah ditangkap oleh salah seorang penjahat itu. Aku menangis dan meronta-ronta minta di lepaskan, tetapi rayuan aku tidak sedikitpun diendahkan. Tidak ada langsung rasa kasihan terhadap aku yang masih kanak-kanak ini. Mereka kemudiannya telah mengikat kedua tangan, kaki dan mulut aku dan aku juga telah diperlakukan dengan begitu kasar sekali. Pada saat itu aku sangat takut sehinggakan aku dapat merasakan seolah-olah mereka ingin membunuhku. Kedua perompak wanita itu hanya melihat sahaja kekerasan yang telah dilakukan oleh rakan mereka terhadap diriku. Aku kemudiannya ditolak dengan kasar sekali kedalam bilik setor di bahagian bawah tangga di rumah dan pada saat aku di tolak ke dalam setor, kepala aku terhantuk pada sesuatu objek yang keras dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

Selepas beberapa jam terkurung di dalam bilik setor yang gelap dan sempit itu , tiba-tiba aku mendengar suara ibu yang memanggil aku berulang-ulang kali dengan nada yang sangat kuat. Aku merasa lega bila mendengar suara ibu dan aku berusaha sekuat mungkin untuk menendang pintu setor sebagai isyarat kepada ibu tentang di mana keberadaan aku pada ketika itu. Tetapi ibu tidak dapat mendengar isyarat bunyi dari aku pada ketika itu.

Ayah dan ibu, merasa aneh apabila sesampainya mereka di rumah mereka dapati pintu pagar dan pintu kayu tidak di tutup. Oleh itu mereka bergegas masuk ke dalam rumah dan mendapati keadaan rumah berselerak akibat di geledah oleh perompak-perompak tersebut. Selepas ibu dan ayah masuk ke dalam rumah, ibu di arah untuk mencari aku di tingkat bawah manakala ayah pula ke tingkat atas untuk menyiasat. Ayah kemudiannya melihat dua orang perompak lelaki yang sedang asyik memasukkan barang-barang yang berharga milik ayah dan ibu kedalam beg. Kehadiran ayah tidak disedari oleh kedua perompak tersebut, oleh itu ayah telah turun ke tingkat bawah untuk mengambil kayu dan tali di masa yang sama ayah sempat menyuruh ibu untuk menghubungi polis dan ayah kebali semula ke tingkat atas. Ayah kemudiannya menebarkan tali dan dengan pantas melilit kedua perompak tersebut dan memukul kepala kedua-dua perompak tersebut. Pukulan yang agak kuat dari ayah telah mengakibatkan kedua-duanya jatuh tersungkur. Dengan satu tumbukan mereka kemudiannya memberitahu ayah tempat di mana aku disembunyikan. Memang ayah handal bertarung kerana ayah pernah menjadi jurulatih silat sewaktu zaman remajanya.

Mendengar kata-kata perompak tersebut ibu terus saja meluru ke tingkat bawah dan pergi s mendapatkan aku di bilik setor, ibu menjerit dan menangis dengan kuat apabila melihat keadaan aku yang terikat begitu dan ibu dengan pantas meleraikan semua ikatan dari badanku. Ibu kemudiannya memeluk aku dengan erat sambil kami berdua menangis. Terasa tidak mahu aku melepaskan pelukan ibu pada waktu itu dan aku juga merasa sangat selamat berada di dalam pelukan itu. Sedang kami masih berpelukan kemudiannya muncul ayah di sisi dan ayah terus saja memeluk dan mencium kedua-dua pipiku sambil ayah cuba menenangkan perasaan aku dan ibu. Dibibir aku juga tak henti-henti memohon maaf kepada ayah dan ibu kerana aku telah mengingkari pesanan mereka terhadap aku. Aku telah melakukan dosa terhadap ayah dan ibu dengan perbuatan ingkar perintah itu. Namun aku juga bersyukur kepada Allah s.w.t kerana aku selamat dan Allah s.w.t telah memberikan aku peluang kedua untuk menjadi anak yang Solehah yang akan sentiasa taat pada perintah kedua ayah dan ibu. Niat aku yang pada mulanya ingin membantu sesama insan yang memerlukan pertolongan akhirnya telah membawa padah kepada diriku sendiri.

Kedua-dua penjahat kemudiannya telah di bawa ke Balai Polis berdekatan di ikuti oleh kami sekeluarga untuk memberikan maklumat dan membuat laporan. Setelah aku memberitahu Polis bahawa terdapat empat orang penjahat kesemuanya, maka pihak Polis memberi jaminan yang mereka akan memburu dua orang penjahat wanita tersebut dan meminta kami untuk bertenang dan jangan merasa bimbang. Selesai urusan di Balai Polis, ayah telah membawa aku ke klinik untuk pemeriksaan dan mengubati kesan-kesan luka di tangan dan kaki aku akibat daripada ikatan yang terlalu kuat.

Sehingga ke hari ini aku masih lagi trauma dan aku juga masih belum lagi dapat melupakan kejadian yang mengerikan itu, mujurlah aku tidak di apa-apakan oleh penjahat-penjahat tersebut. Mulai dari saat kejadian itu aku sentiasa memastikan yang setiap pesanan ayah dan ibu aku patuhi kerana ayah dan ibu adalah orang yang selalu bimbang akan keselamatan anak-anaknya. Apapun yang di lakukan oleh kedua ibu-bapa adalah demi kebaikan anak-anak mereka. Hanya mereka yang tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d