Sudah agak lama juga aku memikirkan tentang BEKAM ni especially bila badan mula terasa sakit-sakit dan tidak selesa, tapi selalunya excitement untuk berbekam itu hilang begitu saja bila memikirkan tentang darah, jarum dan kesan selepas berbekam
Pada hari Khamis. 25 Oktober 2012 aku dan suami telah membuat temujanji untuk merawat tubuh-badan kami dengan kaedah rawatan berbekam. Memandangkan ini adalah kali pertama rawatan ini aku lakukan maka sudah tentulah hati sedikit risau dan gusar, apatah lagi bila membayangkan berapa banyak darah yang akan keluar melalui corong-corong bekam itu nanti.
Keputusan paling drastik yang aku buat pada ketika itu ialah untuk melakukan bekam di kepala kerana aku sudah lama mengalami masalah migraine dan sakit kepala yang sering muncul. Mujurlah rambut aku mampu menutupi kawasan yang telah di cukur untuk diletakkan Cup Bekam. Alhamdulillah sejak daripada 25 Oktober tu hingga ke hari ini tidak sekalipun aku mengalami sakit kepala lagi, cuma sakit di bahagian pinggang tu masih ada sikit-sikit, tapi badan aku memang terasa lebih ringan dan sihat, tak ada lagi lenguh-lenguh or sakit-sakit seperti sebelum aku berbekam.
Terima kasih pada Irah yang telah melakukan tugasnya dengan penuh komited dan ikhlas.
Insyaallah aku akan menjadikan rawatan bekam ini sebagai amalan setiap tiga bulan sekali. Insyaallah.
Artikel dipetik dari :
http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=1750489344049293145#editor/target=post;postID=3954498947197902838
Hadis Mengenai Bekam
"Semasa aku berjalan pada malam isra' bersama para malaikat, mereka selalu berkata, "Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam."
(HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami'us Shaghir)
Hadis yang berasal dari Ibnu Abbas R.A yang bererti dalam sabda Nabi Muhammad S.A.W "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam dan bakaran api (Al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api."
(Shohih al-Bukhari, Ath-Tibb, Juz1, hal 5680)
"Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam."
(Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari [no. 2280])
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam dibahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit."
(Hadis riwayat At Thabrani)
Dari Ibnu Abbas R.A, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al-Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajamkan pandangan mata orang yang dibekamnya."
(HR. Tirmidzi, Hasan Gharib)
Dari Anas bin Malik R.A, berkata, "Nabi Muhammad S.A.W pernah berbekam ketika beliau tengah berihram karana rasa sakit di kepalanya."
(Sahih Ibnu Khuzaimah, Karyaal-A’zhami)
Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)
Dari Ibnu Abbas R.A, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda, "Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu."
(Kitab Kasyful Astaar ‘anZawaa-idil Bazar, Karyaal-Haitsami)
Catatan :
Al-Khallal berkata, "Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata, Aku diberitahu Hambal, dia berkata, "Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan rawatan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya.
"Dari beberapa hadis di atas dapat disimpulkan bahawa Nabi S.A.W biasa melakukan rawatan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa perlu menunggu hingga tiba waktu tertentu.
Artikel dipetik daripada : http://rawatan-bekam-diklang.blogspot.com/
Amalkan Bekam Sunnah, Selamat & Berkat. "Insya Allah'
Bekam merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W semasa hayat baginda. Ulama telah membuat kajian terperinci berkenaan amalan berbekam ini dengan berpandukan hadis-hadis sahih. Ulama Islam telah menganjurkan umat Islam supaya melakukan amalan berbekam ini sebagai amalan yang mendapat pahala bagi yang mengamalkannya, malahan ia diredhai oleh Allah SWT.
"Rawatan bekam" kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (PreventiveMedicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (CurativeMedicine). Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (Sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya dan yang menyembuhkannya tetap Allah SWT.
Marilah kita beramal dengan berbekam sunnah. Kembalilah kepada rawatan Islam yang sebenar. Sesungguhnya amalan bekam sunnah mempunyai banyak nas-nas sahih berdasarkan hadis-hadis Nabi. Biarlah kita beramal sesuatu yang mempunyai sandaran yang kukuh iaitu tidak lain dan tidak bukan daripada seorang insan yang kamil lagi siddiq, Nabi Muhammad S.A.W melalui hadis-hadis baginda. Janganlah kita berbuat sesuatu amalan dalam hal berubat tanpa ada sandaran yang benar (sahih).
Sebagai umat Islam, sesungguhnya saya amat berbangga menjadi umat Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan beramal dengan sunnah-sunnah baginda diantaranya adalah Bekam Sunnah. Kita seharusnya menegakkan sunnah-sunnah Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Jadikanlah amalan bekam sunnah sebagai amalan kita. Ia paling baik dilakukan pada setiap bulan sekali.
Bekam , Cara Perubatan Terbaik.
Dari Jabir RA, bahawa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging domba yang dipanggang, lalu menghadiahkannya kepada Rasulullah S.A.W. Baginda mengambil bahagian kaki dan memakan sebahagian darinya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga ikut memakannya. Sebahagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah S.A.W melakukan rawatan bekam di bahagian dahinya karana daging yang terlanjur dimakan oleh baginda. Sahabat yang merawatnya adalah Abu Hindun, dengan menggunakan tulang tanduk dan mata pisau.
Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah S.A.W mengajar berbagai teknik pengubatan atau terapi. Sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA, bahawa Rasululllah S.A.W bersabda, “Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, rawatan bekam atau sedutan api, namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.”
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam.” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)
Comments
Post a Comment