Skip to main content

Selamat Hari Raya Aidil Adha @ Selamat Hari Raya Haji @ Selamat Hari Raya Qurban

Tanggal 26 Oktober 2012 seluruh umat Islam di Malaysia dengan riangnya telah menyambut Hari Raya Aidil Adha.   Walaupun di dalam kalendar Islam Hari Raya Aidil Adha adalah penting tapi mengapakah setiap tahun kita dapat merasakan ketibaannya disambut hambar sahaja.  Apa yang membimbangkan ialah satu hari nanti generasi muda menganggap sambutan Hari Raya Aidil Adha hanyalah untuk mereka yang pergi menunaikan fardhu haji ataupun mereka yang melakukan ibadah Qurban sahaja. 

Bersama-samalah kita kembalikan kemeriahan Hari Raya Aidil Adha setanding dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri........

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR & BATIN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.


Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...