Skip to main content

BERMULANYA SPM 2012





Tanggal 5 November 2012 maka bermulalah peperiksaan yang terpenting dalam kesuluruhan sejarah hidup sebagai seorang pelajar.

Di dada akhbar dan  di corong media elektronik terpapar headline yang bertajuk  "472,541 Pelajar Mula Duduki SPM"

Putera aku merupakan salah seorang daripada pelajar tersebut.  Kembang-kempis perut aku memikirkan tentang si putera.  Berselang-seli pertanyaan menerpa ke benak fikiran aku,  "Apakah si putera sudah betul-betul bersedia menghadapi peperiksaan SPMnya"? ,  "Sudah lengkapkah persediaan yang dilakukan oleh si putera menjelang peperiksaan ini?",  "Sudah habiskah si putera mengulangkaji pelajarannya?" dan bermacam-macam lagi pertanyaan dan persoalan yang bermain di kepala aku.  Tak nyenyak tidur aku di buatnya sejak beberapa hari si putera akan menghadapi SPM ini.  Perasaan ini sering bermain di fikiran aku setiap kali anak-anakku akan menghadapi peperiksaan penting dalam hidup mereka.

Tanpa suami di sisi aku dapat merasakan bebanan ini sangat berat untuk aku, tapi aku tetap tabah dan redha kerana aku tahu walaupun dia jauh di Pantai Timur dan walaupun dia tidak bersama kami tapi kerisauan dan kebimbangannya tetap sehebat  yang aku rasakan pada ketika ini saat putera sedang mempersiapkan dirinya untuk bertarung di medan peperiksaan.

"GOOD LUCK ABANG", itulah kata-kataku setiap kali si putera melangkah memasuki pagar sekolah.  Kini sudah hampir empat hari peperiksaan berlalu dan setiap hari itulah  hati aku berdebar-debar selagi aku tidak dapat mendengar suara si putera yang mengupdate aku tentang peperiksaannya pada hari itu.

Masih ada tiga minggu lagi untuk berakhirnya semua debaran ini.  "Semoga Engkau permudahkanlah Ya Allah untuk anakku menghadapi SPMnya, Hanya Engkau Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Amin".

Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...