Skip to main content

KUPANJATKAN DOA PADAMU YA ALLAH



Ya Allah,
Ampunilah Segala Dosa-dosaku
Ampunilah Segala Dosa-dosa kedua ibu-bapaku
Ampunilah Segala Dosa-dosa Suamiku
Ampunilah Segala Dosa-dosa Arwah Bapa Mertuaku
Ampunilah Segala Dosa-dosa Ibu Mertuaku
Ampunilah Segala Dosa-dosa puteraku Muhammad Irfan Harraz
Ampunilah Segala Dosa-dosa puteriku Nur Aisyah Asila
Ampunilah Segala Dosa-dosa adik-adikku, adik-adik iparku, Ipar-ipar serta Biras-birasku
Ampunilah Segala Dosa-dosa anak-anak saudaraku dan anak-anak saudara kepada suamiku
Ampunilah Segala Dosa-dosa Guru-guruku, Jiran-jiranku, Sahabat-sahabatku serta semuag yang mengenali diriku
Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat yang Aku pernah melakukan kesalahan terhadap mereka
Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat yang pernah melakukan keselahan terhadap diriku
Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat.

Ya Allah,
Limpahkanlah Rahmat dan Kasih-sayangMu ke atas diri kami
Kurniakanlah kami umur yang panjang lagi berkat
Kurniakan kami Rezeki yang banyak, halal dan barakah
Perkenanlah segala doa-doa kami
Permudahkanlah segala urusan kami, baik urusan dunia mahupun akhirat
Kurniakan kepada kami kebaikan dunia dan akhirat                
Jadikanlah anak-anakku anak yang Soleh dan Solehah, taat pada semua perintahMu dan perintah kami kedua ibu-bapanya.

Ya Allah,
Engkau Permudahkanlah bagi puteraku Muhammad Irfan Harraz serta kesemua anak-anak, Muslimin dan Muslimat yang sedang berjuang dalam peperiksaan SPM mereka pada saat ini.
Kurniakanlah ketenangan kepada diri mereka di saat mereka menjawab kesemua kertas-kertas soalan.
Dengan Rahmat dan Kasih-sayangMu Ya Allah, semoga puteraku dan anak-anak ini akan memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam SPM mereka nanti.

Hanya padaMu tempat aku meminta dan memohon pertolongan Ya Allah !!!!!!

Amin Ya Rabbal Alamin.






Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d