Skip to main content

Urut Dengan Kaedah Refleksologi


Beberapa tahun yang lalu aku memang pernah melakukan urutan kaki refleksologi, tapi masa tu, teknik urutan kaki ini lebih di monopoli oleh bangsa cina, tetapi baru kini aku berjumpa dengan orang melayu yang melakukan refleksologi ini.

Alhamdulillah terasa selesa saja dengan cara urutan dia walaupun ada di sesetengah bahagian tu terasa sakit yang amat sangat.  Menurut Pn Irah selalunya kesakitan di bahagian tapak kaki kita  itu akan menjadi penunjuk bagi bahagian tubuh badan kita yang bermasalah. 

Aku memang bermasalah di bahagian kepala dan perut, manakala suami aku juga di bahagian perut, almaklumlah dia memang ada masalah ulcer dan gastrik yang sudah agak serious.  Insyaallah aku akan pastikan dia akan berrefleksologi setiap sebulan sekali, selepas ini.  Kita berusaha dan setiap penyakit pasti ada penawarnya.  Ameen

Comments

  1. Salam.kt mana puan berjumpa pakar urut refleksolofi tu

    ReplyDelete
  2. Salam.. Di mana ye tempat urut tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...