Skip to main content

AMALAN-AMALAN AGAR MURAH REZEKI

Aku sering mendengar kata-kata berikut, "Redha Allah terletak pada Redha Kedua Ibu-bapa".   Maka dari kata-kata tersebut haruslah kita fahami bahawa kita sebagai anak, seharusnya menjaga perhubungan kita dengan kedua ibu-bapa.  Malah kemurahan rezeki kita juga sememangnya berhubungkait dengan  hubungan kita dengan ibu-bapa kita.  Oleh itu fitrah seorang anak adalah menjaga hati serta berbuat baik terhadap kedua ibu-bapa kita.

Dari beberapa buku motivasi yang aku baca khususnya berhubung-kait dengan rezeki juga menyarankan perhubungan baik dengan ibu-bapa dan beberapa perkara lagi seperti :-

1)  Menjaga Solat
2)  Menjaga hubungan dengan ibu-bapa
3)  Solat Dhuha
4)  Berselawat - 1,000 kali sehari
5)  Beristigfar - sekurang-kurangnya 70 kali sehari
6)  Bersedekah
7)  Mengamalkan Surah Al-Waqiah setiap malam
8)  Berpuasa sunat
9)  Mencari rezeki kerana Allah swt
10)Menolong orang lain kerana Allah swt

Maka marilah sama-sama kita mendapatkan redha kedua ibu-bapa kita agar kita memperolehi REDHA ALLAH.

Carilah Kasih Sayang Allah dan Insyaallah kita pasti akan memiliki Kasih Sayang Manusia.


Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...