Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015
ANTARA IMPIAN KU YANG MASIH SEDANG AKU CUBA UNTUK MENGAPAINYA... Semoga Allah permudahkan & kabulkan.  Amin. 1) Menjadi MUSLIMAH yang sebenar-benarnya dalam mencari Redho Allah 2) Mendekatkan diriku yang selama ini terlalu jauh dari Allah 3) Berjaya dalam empayar business Perbidanan - SPA & Makanan 4) Menjadi isteri yang menyenangkan hati suami 5) Menjadi anak yang dapat berbakti kepada ibu @ keramat hidupku 6) Menjadi ibu yang penyayang kepada putera dan puteriku 7) Menunaikan Haji & Umrah bersama keluarga dan ibuku 8) Menulis buku-buku motivasi tentang kehidupan, kekeluargaan dan genre santai2
Allah sedang mengujiku Allah sedang menjagaku Allah sedang memeluk kesakitan ini Dengan kuasa Allah Aku masih mampu tersenyum saat ini Maafkan aku Ya Allah Aku menyesal Aku mencintaimu Aku maafkan diriku atas segala ketikdasempurnaanku Aku menerima diriku Aku memaafkan diriku  Aku menyayangi diriku
Sejak bermulanya puasa, mood macam up and down sahaja...ada ketika bila teringatkan apa yang nak di masak utk berbuka...automatik terkenang pada arwah Ayah.  Tatkala menjamah masakah yang membuka selera terkenang pula pada arwah adik yang hampir 9 bulan tidak pernah menjamah makanan dan hanya susu melalui tiub yang menjadi makanan rugi setiap hari.  Ya Allah rindu terasa di hati kepada dua insan istimewa yang darah mereka mengalir di dalam tubuh badan ini. Emak pula dah seminggu demam dan kelihatan sangat letih dan tidak bermaya, Di hati kecil aku dapat merasakan yang emak sebenarnya rindukan suami dan anak lelaki yang telah pergi meninggalkannya.  Emak sebenarnya amat kehilangan.  Semoga Allah kurniakan ketabahan hati untuk bonda tercinta.  Ajal maut di tangan Allah, kita semua sedang menuju jalan pulang cuma ada yang lebih cepat dan ada yang lewat namun apa yang pasti kita semua akan di jemput pulang selesai tugasan kita di atas muka bumi ini.  Apakah persediaan yang ada untuk k
Dah lama tak menjengah kat blog ni..dah bersawang, dah berdebu &  dah hampir di makan anai-anai ni...Banyak rasanya nak di cerita, banyak yg nak di kongsi melalui penulisan yang tak seindah ini tapi alasan paling standand..tak sempat atau tak dan, bak kata orang Kedah. Selalunya disinilah tempat aku melakarkan segala suka dan duka...serta kesedihan di hati. Lama menyepi bukan sebab dah lupa pd blog ini tapi terlalu banyak perkara dilalui terlalu banyak dugaan yang harus dilalui.  12 July 2011  Aku telah kehilangan seorang insan yang sangat aku sayang, insan yang penuh dengan kasih-sayang untuk di curahkan pada semua mereka yang dia sayangi.  Dialah ayah mertuaku Hj Abd Rani Md Hussain, pergi dijemput mengadap Illahi akibat sakit tua. Aku tak pernah menganggap dia sebagai bapa mertua kerana sayangnya aku pada dia sama seperti sayangnya aku pada ayahku sendiri.  Al-fatihan untuk arwah abah.  Abah always THE BEST. 8 June 2012 Di saat arjuna beta akan menduduki SPM, raja di h