Skip to main content
Dah lama tak menjengah kat blog ni..dah bersawang, dah berdebu &  dah hampir di makan anai-anai ni...Banyak rasanya nak di cerita, banyak yg nak di kongsi melalui penulisan yang tak seindah ini tapi alasan paling standand..tak sempat atau tak dan, bak kata orang Kedah.

Selalunya disinilah tempat aku melakarkan segala suka dan duka...serta kesedihan di hati. Lama menyepi bukan sebab dah lupa pd blog ini tapi terlalu banyak perkara dilalui terlalu banyak dugaan yang harus dilalui. 

12 July 2011 
Aku telah kehilangan seorang insan yang sangat aku sayang, insan yang penuh dengan kasih-sayang untuk di curahkan pada semua mereka yang dia sayangi.  Dialah ayah mertuaku Hj Abd Rani Md Hussain, pergi dijemput mengadap Illahi akibat sakit tua. Aku tak pernah menganggap dia sebagai bapa mertua kerana sayangnya aku pada dia sama seperti sayangnya aku pada ayahku sendiri.  Al-fatihan untuk arwah abah.  Abah always THE BEST.

8 June 2012
Di saat arjuna beta akan menduduki SPM, raja di hati telah ditawarkan pertukaran kerja  di Pantai Timur.  Setelah hampir 18 tahun hidup bersama & sejak hari pertama diijab-kabulkan tidak pernahpun berengang dalam jarak masa yang panjang, kepergian sang raja di lepaskan dengan rasa berat hati, demi mencari rezeki untuk keluarga kami anak beranak merelakannya dengan perasaan sedih.

2014 adalah tahun kedukaan bagi aku dan keluarga..... 26 Jan 2014. satu-satunya hero di hati telah pergi mengadap illahi untuk selama2nya setelah hampir 4 bulan bertarung dgn ujian sakit dari Allah swt.  Bermula dengan diagnose prostat kemudiannya merebak hingga ke paru dan dalam jangka masa yang sangat singat telah di sahkan sebagai cancer paru-paru tahap empat.  Ya Allah tak tertanggung rasa kehilangan ini...sedih ...pilu...rindu pada insan bergelar Ayah, walaupun di saat hidupnya ada juga insiden yang kadang2 menimbulkan perselisihan faham namun ayah tetap satu-satunya insan istimewa di hati. I Really Love You Daddy, tak akan pernah ada penggantinya di hati anakmu ini.  Masih belum banyak yang dapat di buat untuk ayah sepanjang hayatnya.  Kesal di hati hanya Allah yg mengetahui.  Andai masa dapat di putar, pasti aku cuba tunaikan apa sahaja keinginan & kemahuan ayah & pastinya aku ingin terus membahagiakan ayah. Al-fatihah untuk arwah ayah. Semoga ayah tenang & ditempatkan di syurga Allah bersama para Solihin & mereka yang beriman. Amin.

Beberapa bulan selepas kepergian ayah, adikku pula di uji dengan kesakitan sejak August 2014 setiap apa yg di makan akan dimuntahkan kembali sehinggalah pada bulan September tiub di pasang ke perut dan hanya susu sahaja yang boleh di masukkan melalui tiub tersebut.  Nothing can take through the throat....October doktor memberitahu kami adikku juga di diagnose cancer di saluran perut tahap 4.  Ya Allah, sungguh berat dugaanmu terhadap kami.  Adikku adalah tunggak keluarganya, bagaimanakah anak dan isterinya akan meneruskan kehidupan tanpa dia di sisi.  Ya Allah, walaupn perit & walaupun sangat berat, kami semua tetap menerimanya dengan redha.  Bertarung hampir 8 bulan akhirnya Allah menjemput adikku Azman pada 28 April 2015.  Sehingga ke akhir hayatnya tiada makanan yang dapat di jamah. Al-fatihan untuk adikku Azman.  Semoga Allah tempatkanmu di syurga bersama2 para Solihin & mereka yg beriman.  Amin. 

Emak paling terkesan, kehilangan suami dan anak lelali yang sering berada di sisinya di saat dia memerlukan. Cuma berharap & berdoa agar emak terus tabah & redha dengan kepergian mereka yg di sayangi...

Kita merancang, Allah juga merancang & perancangan Allah adalah yang terbaik.  Sebagai hambaNya kita harus terima buruk & baik setiap takdir & kejadian.  Baik atau buruk setiap yang berlaku pasti ada hikmah & rahsia yang tersembunyi yg kita tidak ketahui.




Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...