Skip to main content
Sejak bermulanya puasa, mood macam up and down sahaja...ada ketika bila teringatkan apa yang nak di masak utk berbuka...automatik terkenang pada arwah Ayah.  Tatkala menjamah masakah yang membuka selera terkenang pula pada arwah adik yang hampir 9 bulan tidak pernah menjamah makanan dan hanya susu melalui tiub yang menjadi makanan rugi setiap hari.  Ya Allah rindu terasa di hati kepada dua insan istimewa yang darah mereka mengalir di dalam tubuh badan ini.

Emak pula dah seminggu demam dan kelihatan sangat letih dan tidak bermaya, Di hati kecil aku dapat merasakan yang emak sebenarnya rindukan suami dan anak lelaki yang telah pergi meninggalkannya.  Emak sebenarnya amat kehilangan.  Semoga Allah kurniakan ketabahan hati untuk bonda tercinta.  Ajal maut di tangan Allah, kita semua sedang menuju jalan pulang cuma ada yang lebih cepat dan ada yang lewat namun apa yang pasti kita semua akan di jemput pulang selesai tugasan kita di atas muka bumi ini.  Apakah persediaan yang ada untuk kita bawa pulang bersama kita nanti??????

YA AFFUW
YA GHAFFAR
YA TAWWAB
YA QUDDUS
YA JALIL

YA ALLAH, MAAFKANLAH AKU, AMPUNKANLAH AKU, TERIMALAH TAUBATKU, BERSIHKAN DAN JERNIHKAN HATIKU DARI PENYAKIT HATI, DOSA & BERHALA DUNIA.  AMIN.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...