Skip to main content
Amalan Murah Rezeki :
Checklist Untuk Diri Kita Setiap Hari
Sekadar perkongsian daripada pembacaan yang hampir semuanya  menyarankan checklist seperti di bawah untuk menarik keberlimpahan rezeki kepada kita.


#Bersyukur
Sebaik membuka mata, luangkan 1-2 minit untuk melafazkan rasa syukur di atas segala nikmat & rahmat yang telah Allah swt pinjamkan kepada kita. Jadilah hamba yang bersyukur.

#Berdoa
Banyakkan berdoa ketika bersujud, minta aja apa yang kita nak kerana Allah swt yang Maha Kaya mampu memberi dan memperkenankan apa saja yang kita minta.  Mungkin terasa sulit untuk kita tetapi sangat mudah bagi Allah swt & mungkin banyak untuk kita tapi sangat sedikit pula bagi Allah swt.  Jadi jangan pernah berhenti berdoa....

#Bersedekah
Semakin kita merasa kita tidak punya wang, maka di saat itulahlah kita harus bersedekah.  Amalkan bersedekah walaupun hanya RM 1.00 sehari.  Bersangka-baiklah dengan Allah swt  kerana Allah swt tidak pernah memungkiri janji.

#Beristigfar
Kita hamba yang banyak melakukan dosa, maka perbanyakkanlah beristigfar mohon keampunan daripada  Allah swt sekurang-kurangnya 100 kali sehari.

#Berselawat
Amalkanlah berselawat keatas kekasih Allah swt iaitu junjungan besar Nabi Muhammad saw.  Cintai kekasih Allah..maka Allah pula akan cintai kita.  Berselawatlah sekurang-kurangnya 1000 kali kerana doa kita tergantung di antara langit & bumi tanpa selawat.

#Bersolat Dhuha
Solat Dhuha adalah kunci yang membuka pintu rezeki kita, Istiqomahlah dalam melakukan solat dhuha serendah2 2 rakaat sebagai tanda kita mengingati Allah swt.

#Berusaha
Berusahalah mencari rezeki & mencari ilmu untuk menjemput limpahan rezeki mengalir bagai arus yang deras kepada kita. Berusahalah seolah2 kamu akan hidup selamanya

#Bertwakal
Tawakallah kepada Allah swt, yakinlah dengan janji & pertolongan Allah.  Hanya Allah yang mampu mengerakkan hati semua manusia untuk membeli barangan kita.

Oleh itu perlulah kita jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan kedua ibu-bapa, jaga hubungan dengan manusia lainnya dan jagalah  solat,  Untuk wanita jagalah aurat dan redha suami adalah redha untuk wanita bergelar isteri.

#Sayang Allah = Allah akan sayang kita
#Jaga Alalh = Allah akan jaga kita
#Couple dengan Allah = Allah tidak akan meninggalkan kita



Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d