MENJEMPUT REZEKI
Rezeki tidak perlu di kejar tapi boleh di jemput dan di seru dengan mudah sekali apabila kita tahu caranya. Dah banyak buku dan e-book yang akak baca dan hampir kesemua penulis akan menyarankan perkara-perkara yg sama untuk kita lakukan. Walaupun semua tips yang disarankan oleh mereka itu kita memang tahu & boleh di katakan ianya juga mudah untuk di lakukan tetapi tetap kita abaikan & kita anggap payah untuk di laksanakan. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji.
Antara tips menjemput rezeki yang dapat akak rumuskan adalah :-
1. Bersedekah
- Semakin kita merasa kita tidak kecukupan maka semakin kuatlah kita harus bersedekah,
Jadikanlah sedekah itu sebagai rutin walaupun hanya RM1.00 sehari untuk kelancaran rezeki.
Apabila mempunyai kelebihan rezeki maka bolehlah kita gandakan sedekah kita itu.
2. Istigfar
- Beristighfar bukan sekadar memohon keampunan dari Allah swt tapi ianya dapat menyucikan
diri dan menarik lebih banyak rezeki dari sumber yang tidak di duga
3. Tahajud
- Tahajud waktu mustajab doa. Amalan untuk membersihkan hati. Tahajud juga dapat
menyelesaikan masalah dan menjemput rezeki)
- Sabda Rasulullah SAW
"TUHAN KITA YANG MAHA LUHUR DAN MAHA AGUNG TURUN SETIAP MALAM KE
LANGIT DUNIA KETIKA SEPERTIGA MALAM TERAKHIR, SERAYA MENYERU :
ADAKAH YANG MENYERU KU, MAKA AKU AKAN MENJAWAB UNTUKNYA
ADAKAH YANG MEMOHON KEPADAKU, MAKA AKU AKAN MEMBERINYA
ADAKAH YANG BERISTIGHFAR KEPADAKU, MAKA AKAN KU AMPUNI UNTUKNYA"
(Hadis Riwayat Shahih Bukhari)
4. Dhuha
- Lazimkanlah untuk bersolah Dhuha
- 'Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
Kecantikannya adalah KecantikanMu
Keindahan itu, KeindahanMu
Kekuatan itu, KekuatanMu
Kekuasaan itu, KekuasaanMu dan
Perlindungan itu, PerlindunganMu
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan
Jika di dalam bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha, Kecantikan, Keindahan, Kekuatan, KekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMu yg Soleh'
Ameen.
5. Syukur
- Bersyukur dengan segala nikmat & kurniaan Allah yang telah diberikan & dipinjamkan
kepada kita. Setiap pagi ucapkan kesyukuran kita & biasakan diri dengan ucapan
'Alhamdulillah' dan sujud syukur Mulakan dengan menulis buku Syukur setiap hari.
6. Zakat
- Zakat adalah hak Allah, tiap pendapatan yang kita perolehi ada hak Allah dan juga hak
untuk orang lain di dalamnya. Walaupun hanya minia RM10 atau RM20 untuk pendapatan
kita beranikanlah diri utk berzakat walaupun tidak diwajibkan atas pendapatan kita itu.
7. Bersangka-baik
- Allah swt tidak pernah memungkiri janji, teruskan bersedekah, didik hati untuk terus
bersedekah dengan ikhlas. Allah swt tahu bila waktu untuk membalasnya.
8. Ibu & Bapa @ Keramat Hidup
- Berbuat baik & berbakti kepada ibu & bapa kerana redha Allah swt terletak pada
redha keduanya. Mohon maaf atas setiap kesalahan dari keduanya.

Comments
Post a Comment