1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن
)
Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih
di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم
)
Maha Penyayang, iaitu pemberi
kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك
)
Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai
dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس
)
Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام
)
Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada
seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن
)
Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan
makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan
benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.
7. Al-Muhaimin: ( المحيمن
)
Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah
dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز
)
Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat
sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( الجبار
)
Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi
segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan
seluruh hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر
)
Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala
kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( الخالق
)
Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang
menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari’: ( البارئ
)
Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan
sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( المصور
)
Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau
bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan
sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’
ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah
yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( الغفار
)
Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan
kesalahan.
15. Al-Qahhaar: ( القهار
)
Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta
memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( الوهاب
)
Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan
selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق
)
Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki
serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( الفتاح
)
Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung penyimpanan
rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-’Aliim: ( العليم
)
Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu
benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( القابض
)
Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu mengambil
nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( الباسط
)
Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat, iaitu
memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( الخافض
)
Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah / Pengurang, iaitu
terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan
memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( الرافع
)
Maha Mengangkat / Maha Peninggi,
iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang
giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز
)
Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan,
iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya
pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل
)
Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh
ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’: ( السميع
)
Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( البصير
)
Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم
)
Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan /
memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak
seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل
)
Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( اللطيف
)
Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu
mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( الخبير
)
Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( الحليم
)
Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak
tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم
)
Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan
kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( الغفور
)
Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور
)
Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak
sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي
)
Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai
tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal
fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun
pandainya.
37. Al-Kabiir: ( الكبير
)
Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera
ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: ( الحفيظ
)
Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala
sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan
hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan
balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( المقيت
)
Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa
makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( الحسيب
)
Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan
jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( الجليل
)
Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana
kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( الكريم
)
Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta
atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( الركيب
)
Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-amati
gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( المجيب
)
Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa
padaNya.
45. Al-Waasi’: ( الواسع
)
Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang
maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( الحكيم
)
Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi
kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( الودود
)
Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala
kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam
segala hal dan keadaan.
48. Al-Majiid: ( المجيد
)
Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan
keutamaan.
49. Al-Ba’ithu: ( الباعث
)
Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga
membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur
masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( الشهيد
)
Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( الحق
)
Maha Haq / Maha Benar yang kekal
dan tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: ( الوكيل
)
Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni
memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan
mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى
)
Maha Kuat / Maha Memiliki
Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( المتين
)
Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya ,
iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى
)
Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan
makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya
yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( الحميد
)
Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk mempe
roleh pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( المحصى
)
Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup
dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ
)
Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan
sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.
59. Al-Mu’iid: ( المعيد
)
Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan
kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي
)
Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu
yang berhak hidup.
61. Al-Mumiit: ( المميت
)
Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang
hidup.
62. Al-Hay: ( الحي
)
Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( القيوم
)
Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya,
Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula
berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: ( الواجد
)
Maha Penemu / Maha Menemukan,
iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak
berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65. Al-Maajid: ( الماجد
)
Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam
bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( الواحد
)
Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد
)
Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( الصمد
)
Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu
menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( القادر
)
Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر
)
Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( المقدم
)
Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda
dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau
tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر
)
Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha
Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول
)
Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang
maujud.
74. Al-Aakhir: ( الآخر
)
Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya
segala sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر
)
Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan
menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya
76. Al-Baathin: ( الباطن
)
Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak
seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( الوالى
)
Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu
menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال
)
Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan
kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار
)
Maha Dermawan / Maha Bagus
(Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak
kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( التواب
)
Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang
yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( المنتقم
)
Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan
orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو
)
Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang
suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف
)
Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( المالك
الملك
)
Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan
Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan
sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan
iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال
والإكرام
)
Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan
Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia
dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط
)
Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada
orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan
keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( الجامع
)
Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat
yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari
pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( الغنى
)
Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang
selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii: ( المغنى
)
Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu
memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja
yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.
90. Al-Maani’: ( المانع
)
Maha Membela atau Maha Menolak /
Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab
yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: ( الضار
)
Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya,
iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya
92. An-Naafi’: ( النافع
)
Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu
kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور
)
Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri
dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda
kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى
)
Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu
memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan
terjaga kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( البديع
)
Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak
ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع
)
Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya
97. Al-Waarits: ( الوارث
)
Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah
musnahnya seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد
)
Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang
memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh
hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( الصبور
)
Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga
cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
Comments
Post a Comment