Skip to main content

Bertanya ALLAH Dahulu (#Teknik BAD)

Alhamdulillah  setelah hampir genap sebulan, maka pada  30 Ogos 2015 khatamlah buku Bertanya Allah Dahulu, hasil tulisan penulis kecil moleh Cik Insyirah Azhar.

Sangat betul apa yang di kongsikan oleh penulis melalui tulisannya.  Tidak pernah ada yang sulit atau mustahil bagi Allah.  Tetapi kita sebagai manusia sering menjadi logik akal sebagai alasan....itu tak boleh..ini mustahil...tak mungkin dan lain-lain lagi.  Sebagai hamba kita hanya perlu meminta dari Allah, berharap pada Allah sepenuhnya dan meletakkan Allah di atas segala tiap sesuatu...tapi tidak..kita lebih senang membuat fikiran kita berserabut dengan keterbatasan logik akal.

Semenjak dari hari pertama membaca buku ini, aku mula apply apa yang di ajarkan oleh penulis, Alhamdulillah banyak sangat permintaan-permintaan yang kecil Allah kabulkan bila aku menggunakan teknik BAD ini.  Antaranya perjalanan yang lancar setiap hari ketika menghantar anak ke sekolah, mohon Allah elakkan jalanraya yang terlalu banyak lubang yang aku tak dapat melihat dengan jelas kerana hari masih segelap seawal 6:30 pagi.  Aku juga sering meminta bantuan Allah untuk mempermudahkan aku melintas di semua persimpangan yang sibuk pada setiap pagi.  

InsyaAllah kini keyakinan semakin utuh untuk lebih mendahulukan Allah dalam segala hal dan teknik BAD akan aku praktikkan  setiap saat di dalam kehidupanku seharian.  


Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana dialah jodoh dari Allah untukku.  Aku juga ingin men

ZIKIR ASMAULHUSNA UTK MENGATASI MASALAH *** MENGATASI MASALAH HUTANG

ZIKIR : YA ALLAH YA FATAH YA BASITH YA WASI' YA RAZAQ YA GHONIY YA MUGHNI YA AWWAL BICARA HATI :- YA ALLAH, YA FATAH,  BUKAKAN JALAN KELUAR DARIPADA MASALAH KEWANGANKU. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YA QOBIDH YANG MENYEMPITKANKU KERANA  KASIHMU KEPADAKU. YA ALLAH, YA BASITH, YA WASI' LAPANGKANLAH DAN LUASKAN HIDUPKU. YA ALLAH, YA RAZAQ, YA GHONIY, YA MUGHNI KURNIAKANKU SEDIKIT REZEKI DAN KEKAYAANMU AGAR DAPAT KU MEMPERBAIKI MASALAH KEWANGAN YANG KRITIKAL INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MEMBERI KEKAYAAN. YA ALLAH, YA AWWAL MOHON DIPERCEPATKAN SESUNGGUHNYA DAKU SUDAH TIDAK MAMPU MENANGGUNG UJIAN INI, SESUNGGUHNYA ENGKAU YANG MAHA MEMPERCEPATKAN LAGI MAHA MENUNAIKAN HAJAT, YA MUJIB Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca d