Skip to main content

Mengapa Nikmat Terhalang

# Dosa Besar  adalah salah satu penyebab terhalangnya Nikmat.

Sahabat,
Ilmu saya tak banyak, bukan lah niat saya untuk tunjukkan yang saya tahu banyak hal.
Namun saya kongsikan apa yang saya tahu.
Minggu lepas, secara tidak sengaja (bagi akal manusia) saya temui jawapan.
Bagi Allah swt, semuanya dah ditentukan.
Allah swt seolah-olah menjawab soalan saya.
Kenapa selama ini,
Buat bisnes, tak nampak kejayaan.
Dan kehidupan mendatar sahaja

Saya tahu ramai sahabat diluar sana juga seperti saya.
-Hidup tak bahagia
-Berusaha namun masih tidak berjaya
-Rumah tangga sering dilanda masalah
-Anak-anak sukar untuk dibentuk dan dikawal.
Dan lain-lain.

Sahabat..
Rupa-rupanya.. Semua itu ada penyebabnya.

Kerana..Dosa.
Ya.. kerana Dosa-doa yang  lampau yang belum kita minta Ampun dari Allah swt.

Tanya diri..
Adakah pernah kita terlibat dengan  Dosa besar ataupun menghampiri Dosa Besar?

Dosa besar.. Punca terhalang segala nikmat
Bahagia itu nikmat.
Kaya itu nikmat.
Anak-anak soleh itu nikmat.
Masa yg berkat itu nikmat.

Sahabat..
Carilah apa itu 10 atau lebih... Dosa Besar.
Dan kesan Dosa Besar
Bertaubatlah
Buat solat taubat.
Nabi Adam as , melakukan 1 kesalahan namun bertaubat selama 40 tahun.
Tapi kita,
Buat kesalahan 40 tahun , bertaubat hanya sekali.
Tengoklah kedalam diri kita,
Siapa kita dibandingkan dng Nabi Adam as , para Rasul, nabi-nabi, alim ulama , ahli kitab dn org alim.
Sahabat saya menyeru.. Bertaubatlah.
-Andai pernah kita menyakiti hati mak ayah.. Bertaubatlah minta ampun .

Lain2 dosa, sahabat explore sendiri ya.
Wallahualam.
Semoga bermanfaat.
Semoga kita sentiasa dlm rahmat Allah swt.

(copy paste dari sahabat hati Coach Azean)

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...