Aku adalah ibu kepada dua orang permata istimewa anugerah dan pinjaman Allah kepadaku. Keduanya adalah pelengkap dan penyeri kepada rumah-tangga kami yang telah di bina hampir 21 tahun yang lalu. Syukur Alhamdulillah atas nikmat pinjaman dan kurniaan ini. Banyak kisah suka, duka, lucu, gembira, tawa, riang dan sedih telah di lalui sepanjang membesarkan mereka. Tapi itu semua adalah asam garam kehidupan yang mengajar aku untuk lebih cekal, kuat dan pengalaman yang indah untuk disimpan dan dikenang dalam diari lipatan hidup. Anak-anak dengan kerenah mereka tersendiri, si putera terkenal dengan sikap semulajadi yang pandai mengambil hati orang lain, manakala si puteri pula seorang yang berwatakan tegas dan sukar untuk bermesra dengan orang sekeliling terutamanya yang tidak dikenali. Si putera sangat pandai berbelanja, agak boros dan suka pada yang barangan dan pakaian yang berjenama sahaja, manakala si puteri pula sangat pandai berjimat, agak kedekut dalam berbelanja dan tidak ter