Skip to main content

Tentang Aku - Ummi Ana

Aku adalah ibu kepada dua orang permata istimewa anugerah  dan pinjaman Allah kepadaku. Keduanya adalah pelengkap dan penyeri kepada rumah-tangga kami yang telah di bina hampir 21 tahun yang lalu. Syukur Alhamdulillah atas nikmat pinjaman dan kurniaan ini.

Banyak kisah suka, duka, lucu, gembira, tawa, riang dan sedih telah di lalui sepanjang membesarkan mereka. Tapi itu semua adalah asam garam kehidupan yang mengajar aku untuk lebih cekal, kuat dan pengalaman yang indah untuk disimpan dan dikenang dalam diari lipatan hidup.  Anak-anak dengan kerenah mereka tersendiri, si putera terkenal dengan sikap semulajadi yang pandai mengambil hati orang lain, manakala si puteri pula seorang yang berwatakan tegas dan sukar untuk bermesra dengan orang sekeliling terutamanya yang tidak dikenali.  Si putera sangat pandai berbelanja, agak boros dan suka pada yang barangan dan pakaian yang  berjenama sahaja, manakala si puteri pula sangat pandai berjimat, agak kedekut dalam berbelanja dan tidak terlalu mementingkan jenama dalam membeli barangan atau pakaian.

Selain dipinjamkan anak-anak yang baik, aku sangat bertuah kerana Allah swt telah meminjamkan kepadaku seorang suami yang sangat penyayang dan sangat mengambil-berat serta bertanggung-jawab.  Walaupun raut wajah kelihatan agak serius tapi dalam hati ada taman dengan bunga-bunga dan kelopak-kelopak  bunga yang mekar mewangi....

Aku adalah seorang isteri dan ibu yang bekerjaya.  Walaupun sudah berusia di awal 50an tapi aku masih lagi dapat bertugas dan menjadi pekerja yang baik kepada majikan.  Di samping bekerja, aku juga telah mula berjinak-jinak dalam perniagaan SPA dan Alhamdulillah kini mampu bersyukur kerana telah mempunyai rangkaian produk SPA sendiri dan sedang juga dalam perancangan untuk mengeluarkan produk set bersalin atas jenama sendiri.  InsyaAllah, semoga Allah permudahkan kerana semua persiapan sudah di tahap terakhir sekarang.

InsyaAllah aku akan ceritakan lagi tentang aku di masa-masa yang akan datang.  Ini baru mukadimmah pengenalan jaaa.

Kalau ada yang ingin melihat produk-produk SPA keluaran  kami untuk dilakukan sendiri di rumah bolehlah berkunjung ke blog aku seperti berikut .... 

https://www.rozainaibrahim.blogspot.com


Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...