Skip to main content

Tips Pengurusan Masa & Kerja Rumah

Aku adalah seorang isteri dan ibu yang bekerjaya.  Selain bertugas di waktu pejabat 9:00 pagi hingga 6:00 petang.  Malam usai solat maghrib aku akan mula menghabiskan masa di hadapan komputer riba, update barangan dan produk SPA yang kami jual secara online dan offline.  Selain itu menguruskan packing untuk pelanggan serta update stok.  Aku bekerja 5 hari seminggu di pejabat namun untuk urusan business SPA aku bekerja setiap hari sepanjang minggu. 

Selain bekerja, menguruskan bisnes SPA dan pengeluaran produk homemade SPA aku juga menguruskan semua urusan rumah-tangga seperti ibu-ibu dan isteri-isteri yang lain.

Kebiasaannya aku akan memastikan urusan mengemas, mencuci pakaian atau apa saja pekerjaan yang berat di lakukan pada hari Sabtu.  Kerana sekiranya pada kedua-dua hari bercuti  hujung minggu aku menyibukkan diri dengan urusan mengemas dan sebagainya maka pada hari Isnin aku pasti merasa letih. Jadi apa sahaja tugasan yang perlu aku selesaikan pasti akan aku selesaikan pada hari Sabtu dan hari Ahad aku khususkan untuk berihat dan tanpa aktiviti yang lasak dan memenatkan.  Malah setiap hari Isnin merasa fresh sahaja untuk permulaan minggu di pejabat.

Jadi nasihat dan saranan untuk ibu-ibu dan isteri-isteri yang bekerjaya, pastikan anda mempunyai cuti rehat untuk diri anda...walaupun hanya sehari sahaja namun ianya pasti sangat bermakna.



Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...