Skip to main content

SIlent @ Being Present

Being Present - Menikmati saat ini dengan penuh kesedaran

Apabila ktia berniat untuk SILENT modekan diri kita
Cubalah sedari dan nikmati setiap saat itu
Dengar apa yang anda dengar
Rasa apa yang anda rasa
Lihat apa yang anda lihat
Bau apa yang anda bau

Apabila dalam keadaan SILENT dan kita terpaksa mendengar apa yang kita tidak minat atau sesuatu perkara yang tidak baik eg: gossip atau umpatan.  Maka pada saat itu anda senyumlah sahaja kerana senyum itu sebagai tanda kita dah block diri kita.  Block apa yang ktia dengar itu dari memasuki ke minda dan hati kita.  

Sekiranya kita boleh menegur apa yang sedang kita dengar itu dengan lisan maka tegurlah tetapi andainya tidak boleh maka tegurlah di dalam hati dengan berdoa. Janganlah mencerca, mencaci atau menghukum.

Ketika Being Present
* semua yang dilalui jadi mudah sangat
* masalah juga di pandag dari sisi yang berbeza

Amalkan being present dengan penuh kesedaran kerana kita tahu ini adalah satu jalan  atau cara untuk kita tidak stresskan diri kita

Bila kita meluahkan itu bermaksud kita mengakui dan menyedari akan hal tersebut.  Penafian atau penolakan membuat kita tidak dapat berdamai dengan hati kita maka akan berlakulah kesedihan atau kelukaan.

Dalam hidup, suka dan duka itu silih berganti.. Akui dan terima dengan berlapang dada tanpa penafian atau penolakkan kerana setiap yang terjadi atau berlaku itu ada Allah di atasnya. Kita harus menjaga emosi kita kerana emosi yang terganggu akan merosakkan dan memberi tekanan pada fizikal tubuh badan kita.

Hidup kita ini sering di pandu oleh sejarah dan kesakitan akan ditambah dari sehari ke sehari, namun kita harus yakin Allah sentiasa ada, Allah sentiasa bersedia untuk menolong kita.  Tanpa keizinan dari Allah swt tak ada sesiapa mampu menolong kita.

Mungkin sesuatu proses itu panjang dan menyakitkan namun nikmatilah ia, biarkan proses itu menjadi natural.  Andai kita merasa sedih, nikmati kesedihan itu dengan kesedaran, Aku sedang merasa Sedih.

Mungkin pada saat ini kita sedang berjaya dalam hidup atau kerjaya
Mungkin sekarang business kita sedang untung
Mungkin sekarang kita ada keluarga yang sangat bahagia
Mungkin sekarang kita sangat di hormati
Mungkin sekarang kita bermanafaat pada orang lain
Maka nikmati dan hargai saat gembira kita ini dan nikmati kejayaan yang masih bersama kita  saat ini. Nikmati dan terus nikmati....

Namun

Mungkin sekarang  ada antara kita yang sedang di uji
Mungkin sekarang ada yang sedang di sakiti
Mungkin sekarang ada yang sedang bersedih
Mungkin sekarang ada yang ditinggalkan
Mungkin sekarang ada yang kehilangan
Mungkin sekarang ada yang dikhianati
Namun nikmatilah semua perasaan sedih, duka dan keciwa itu dan katakanlah IT's OK, Ini semua pasti berlaku. Zalimlah kita seandainya kita hanya nak Allah bagi pada kita semua yang baik2 & gembira  sahaja atau semua yang indah2 dan cantik sahaja.

Ya Allah berikanlah aku kefahaman akan diriku sendiri.  Amin






Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...