Skip to main content

Menjemput Rezeki...????

Kredit to : Cik Insyirah
Telegram Channel : Bahagia Hidup Bertuhan
************************************************

Bahagia Hidup BerTuhan, [28.03.16 08:44]
Bismillah. Salam sukses dan kebahagiaan.

Saya doakan anda dipermudah untuk segala urusan, dimakbulkan segala hajat.

Semalam saya terfikir sesuatu.

Ada yang bertanya betul ke dengan sedekah akan menarik rezeki?

Betul ke dengan istighfar boleh menjemput rezeki?

Sebab dia sedang ada isu kewangan.

Isu kewangan ramai orang ada. Its common.

Namun di sebalik soalannya, saya tak fikir perkara lain, yang saya terfikir hanya mengenai ini.

Ada orang walau dah jadi umat Islam lebih 30 tahun, Al Quran terjemahan pun tak habis baca.

Ada orang baru masuk Islam dah lebih banyak beramal yang sempurna berbanding yang lahir sahaja sudah jadi umat Islam.

Ada orang walau bukan non-muslim, dia dah kaji tentang Al Quran.

Ada yang masuk Islam selepas itu, ada juga yang tidak.

Soalan yang perlu ditanya berbanding soalan 'betulkah istighfar boleh menjemput rezeki', adalah,

Adakah kita pernah kaji tentang kuasa Istighfar, solat, Al Quran, sedekah dan bagaimana ia memberi impak super positif dalam hidup mereka yang amalkan.

Atau kita sekadar menjadi umat Islam yang,

Okey solat > solat

Okey istighfar > istighfar

Lakukan tanpa kaji kuasa atau rahsia di sebalik amalan itu.

Hidup sekadar hidup. Bukan hidup dengan cara luar daripada biasa, lain daripada orang lain.

Sebab itu saya suka kaji perihal doa.

Hipnosis
Terapi
Impian
Energi

Semua ada kaitan dengan topik Doa yang saya kaji.

Makin beramal makin jumpa benda baru.

Tumpu pada satu sahaja seperti cara Bruce Lee.

"I fear not the man who has practiced 10000 kicks once, but I fear the man who had practiced one kick."

Andai kaji Istighfar dan selawat sahaja, pasti anda juga jumpa benda baru.

Tak perlu banyak, istighfar sahaja pasti dapat sesuatu andai dikaji.

Apatah lagi kalau kaji Al Quran.

Maka cubalah. Amalkan sesuatu secara keras (kerap dan bersungguh-sungguh) pasti dapat sesuatu.

Moga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...