Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2016

ISTIQOMAH - Kenapa susah sangat nak ISTIQOMAH

Kenapalah susah sangat nak istiqomah untuk menulis dan berkongsi.  Nak di katakan tak ada idea, rasanya kadang-kadang tu idea melimpah ruah berlegar-legar dalam kepala otak ni.  Nak kata tak ada masa, eeh ehh cik kak, Allah bagi masa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu  kepada semua manusia, ada orang boleh saja buat bermacam-macam kerja dan tugasan dalam sehari.  Beralasanlah namanya tu. Aku suka menulis tetapi kenapa susah sangat nak pegang laptop dan menulis serta berkongsi cerita-cerita pengalaman, suka duka tips dan sewaktu dengannya kat sini.  Ya Allah bantulah aku untuk istiqomah, bantulah aku untuk berkongsi melalui tulisanku di sini agar dapat memberi manafaat kepada mereka yang secara tak sengaja melawat blog aku.

SALAM AIDIL ADHA

Dah lama sungguh  tak update blog ni,  alasan standard 'BZ' tapi tanya balik pada diri betul2 BZ  kah? atau akak ini yang memang tak pandai membahagikan masa.  Allah swt bagi 24 jam untuk semua orang tapi tengok orang lain boleh jaaa kerja... menulis ... buat part-time bisness dan macam-macam aktiviti lagi.   Walau apapun akak ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir & Bathin" kepada semua keluarga dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.  Pada yang bertuah dah di jemput sebagai tetamu Allah pada tahun ini semoga pulang dengan title Haji yang Mabrur dan kepada yang belum lagi berkesempatan di jemput sebagai tetamu Allah seperti akak, jangan sedih, teruskan berdoa semoga Allah dengan rahmat dan kasih-sayangNya sudi menjemput kita sekeluarga sebagai tetamuNya pada waktu dan masa yang terbaik menurut rencana Allah...kan Allah itu sebaik-baik perancang...jadi hanya Dia sahaja yang tahu bilakah masa yang sesuai untuk kita.  Tugas kita bersabar dan

MEMUJUK HATI @ ROH

Malam semalam akak belajar sesuatu dari group telegram   Kuasa Big Why.   Akak belajar bagaimana cara untuk memujuk hati (roh) supaya dapat bersatu dengan jasad.   Rupanya selama ini hati kita dah lama merajuk sebab dah terlalu lama kita abaikan dia…pujuklah dia yang dah terlalu lama merajuk dengan kita…. Ramai antara kita hendak berjaya Tetapi dia tak betul-betul yakin dia boleh berjaya sebab dia hanya bercakap sahaja Tapi dalam hati tidak.. Kita hanya buat dengan jasad sahaja Tapi hati kita menangis setiap hari Roh kita menangis setiap hati Kita tidak pernahpun bercakap dengan hati kita Tanya apa yang dia nak Itulah yang menyebabkan berpuluh tahun hati atau roh kita merajuk dengan kita Itu yang berlaku pada akak Akak buat bisnes dulu semua tak jadi Akak tak tanya hati atau nama lainnya ROH Sehinggalah di berikan rezeki menuntut dari Cekgu Daus   tentang bercakap dengan hati, tentang memujuk hati Kembalilah wahai jiwa yang tenang Kembalilah bersamaku