Skip to main content

MEMUJUK HATI @ ROH



Malam semalam akak belajar sesuatu dari group telegram  Kuasa Big Why.  Akak belajar bagaimana cara untuk memujuk hati (roh) supaya dapat bersatu dengan jasad.  Rupanya selama ini hati kita dah lama merajuk sebab dah terlalu lama kita abaikan dia…pujuklah dia yang dah terlalu lama merajuk dengan kita….
Ramai antara kita hendak berjaya
Tetapi dia tak betul-betul yakin dia boleh berjaya sebab dia hanya bercakap sahaja
Tapi dalam hati tidak..
Kita hanya buat dengan jasad sahaja
Tapi hati kita menangis setiap hari
Roh kita menangis setiap hati
Kita tidak pernahpun bercakap dengan hati kita
Tanya apa yang dia nak
Itulah yang menyebabkan berpuluh tahun hati atau roh kita merajuk dengan kita
Itu yang berlaku pada akak
Akak buat bisnes dulu semua tak jadi
Akak tak tanya hati atau nama lainnya ROH
Sehinggalah di berikan rezeki menuntut dari Cekgu Daus  tentang bercakap dengan hati, tentang memujuk hati
Kembalilah wahai jiwa yang tenang
Kembalilah bersamaku
Bercantumlah hati dan jasad
Alhamdulillah Syukur PadaMu Ya Allah
Terima kasih Allah

Terima kasih Cekgu Daus untuk semua  ilmu yang telah dikongsi, semoga Allah kurniakan rezeki yang berlimpah-ruah kepada Cekgu seisi keluarga.
#KUASABIGWHY

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...