Skip to main content

SALAM AIDIL ADHA

Dah lama sungguh  tak update blog ni,  alasan standard 'BZ' tapi tanya balik pada diri betul2 BZ  kah? atau akak ini yang memang tak pandai membahagikan masa.  Allah swt bagi 24 jam untuk semua orang tapi tengok orang lain boleh jaaa kerja... menulis ... buat part-time bisness dan macam-macam aktiviti lagi.  

Walau apapun akak ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir & Bathin" kepada semua keluarga dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.  Pada yang bertuah dah di jemput sebagai tetamu Allah pada tahun ini semoga pulang dengan title Haji yang Mabrur dan kepada yang belum lagi berkesempatan di jemput sebagai tetamu Allah seperti akak, jangan sedih, teruskan berdoa semoga Allah dengan rahmat dan kasih-sayangNya sudi menjemput kita sekeluarga sebagai tetamuNya pada waktu dan masa yang terbaik menurut rencana Allah...kan Allah itu sebaik-baik perancang...jadi hanya Dia sahaja yang tahu bilakah masa yang sesuai untuk kita.  Tugas kita bersabar dan BERDOA.  InsyaAllah satu hari nanti pasti akan tiba waktunya untuk kita menjejakkan kaki di bumi barakah itu.  Amiin.




Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...