Skip to main content

TRAVELOG - PERTH, AUSTRALIA (PART 1) - APRIL 2017

Alhamdulillah tahun 2017 adalah tahun melancong untuk Ummi, pada akhir March 
Ummi dan rakan-rakan sepejabat telah berpeluang melancong ke PERTH, Australia selama 4D3N.  Syuur kepada Allah dan terima kasih kepada majikan yang perihatin dan menjaga kebajikan pekerja.

Pendapat peribadi Ummi, andai kita ingin berkunjung ke negara 'Mat Salleh' dan merasai 
dan melihat sendiri kehidupan mereka maka Australia adalah yang paling dekat 
dan lebih murah jika di bandingkan untuk ke Amerika atau Kota London.

Secara peribadi Ummi merasakan Perth adalah sebuah wilayah yang walaupun sibuk tetapi  sangat  tenang, agak bersih  serta cantik.  Macam sesuai pula untuk dijadikan
tempat tinggal bagi mereka yang dah bersara.

Ummi share dulu sebahagian gambar pemandangan @ suasana bandaraya Perth yang di ambil secara rawak. 






































Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...