Skip to main content

Tetamu Allah - 26 Jan - 8 Feb 2019

Alhamdulillah syukur Ya Allah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Baginda Rasulullah saw.

Sungguh benar Rahmat Allah itu tak terhitung, tanpa perancangan awal dan tanpa di duga hanya dengan pintasan di hati yang bersungguh-sungguh Allah swt telah menjemput dan menerima kami sekeluarga sebagai tetamuNya.

Benar seperti kata mereka, sesiapa saja yang pernah menjejakkan kaki di kedua-dua kota suci ini pasti akan merasa rindu untuk ke sana lagi.  Perasaan itulah yang hadir di dalam diriku ini, rasa rindu untuk kembali lagi sebagai tetamuNya.

Pengalaman pertama untuk setiap orang pasti berbeza, begitulah juga dengan kami...InsyaAllah akan aku coretkan di setiap kelapangan yang ada sebagai catatan manis untuk diri sendiri dan sebagai perkongsian dengan yang lain.








Comments

  1. great issues altogether, you just gained a brand new reader.
    What might you recommend in regards to your put up that you simply made a few days ago?
    Any certain?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...