Skip to main content
 𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜 𝗞𝗨𝗜𝗛 𝗟𝗢𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗧𝗜𝗞𝗔𝗠 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗭𝗔𝗧 !!

Bahan-bahan :
Lapisan hijau :
2 cawan tepung beras,
3 cawan air,
1 cawan air daun pandan @ pewarna hijau,
½ sudu kecil garam,
1 sudu kecil air kapur.
Lapisan putih :
1 senduk tepung beras (yang ini saya ganti dengan tepung pulut),
2 cawan santan,
½ cawan air,
½ sudu kecil garam.
Pulut merah :
1 cawan pulut direndam 1 jam terlebih dahulu,
½ cawan air,
½ sudu kecil garam,
2 sudu besar gula,
Pewarna merah.
Air nisan (gula melaka) :
2 keping nisan @ gula melaka,
4 sudu besar gula,
1 cawan air.

Cara-cara :
Lapisan hijau :
Mula-mula gaul rata lapisan hijau dalam mangkuk kemudian tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi ianya mengalir laju dan tidak melekat pada senduk.
Masak dan kacau jangan berhenti sehingga adunan menggelegak dan pekat.
Kemudian kecilkan api dan tutup periuk, biarkan selama 5 minit.
Lalu buka periuk terus kacau balik dan ulang sehingga adunan berkilat serta mengelembung.
Tutup api dan masukkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam 3 jam supaya adunan menjadi keras dan senang dipotong.
Pulut merah :
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit hingga naik uap.
Tutup api dan angkat.
Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang dicampur garam dan gula.
Lalu kukus semula dalam 10 minit sehingga naik uap. Angkat dan sejukkan.
Air nisan (gula Melaka) :
Masak nisan dan gula sehingga hancur kemudian sejukkan.
Lapisan putih :
Masukkan semua bahan.
Kacau di atas dapur guna api perlahan sampai pekat.
Cara Menghidang :
Potong lapisan hijau dan letak dalam pinggan.
Letak sedikit pulut kemudian sendukkn lapisan putih ke atasnya.
Akhir sekali tuang gula melaka.

Kredit : Rasimah 2 Group Resipi



Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...