Skip to main content

RECIPE : KENTANG PUTAR


 
Cara Masak Kuah Mashed Potato ala-ala KFC

Resepi kentang putar. 
2 sudu butter. 
sedikit perasa kiub knorr. 
250 ml Susu segar. 
5 biji Kentang. 
Mixed herbs

(HP mood - PC lama) @ (Soup mood - PC Baru)
Rebus kentang hingga lembut ( 8 minit ) Off kan periuk.

Hancurkan kentang. Campurkan perasa, butter dan lenyek2 gaul. Masukkan susu sikit demi sedikit & kuantiti bergantung pada kepekatan kentang yang anda mahu.

Akhir sekali gaulkan mixed herbs bersama kentang anda. Siap!

❤️Resepi Kuah Gravy mashed potato

1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 sudu tepung gandum
2 sudu butter
Sos tiram
Sos blackpepper @ serbuk lada hitam
1 cawan air

Tekan SF - Masukkan butter dan tumis bawang hingga keperangan. Masukkan tepung dan gaul sebentar

Campurkan sos tiram dan sos black pepper ( sekiranya tiada sos black pepper, boleh ganti dengan serbuk lada hitam & lada sulah ) . 

Jangan lupa perasa kiub knorr @ garam secukup rasa. Gaul dan campurkan air. Kuantiti air ikut kepekatan kuah. 

Jika terlalu pekat tambah air. Kuah anda akan berketul-ketul. Jangan risau sebab anda perlu blend sos itu ke dalam mesin pengisar sehingga halus. Siap!



Kredit Recipe to : Rasimah 2 Group Resipi

Comments