Skip to main content

TIPS SIMPAN SAYUR DALAM PETI AIS

TIPS SAYUR TAHAN LAMA DALAM PETI  AIS

Sebelum ni ada yang tanya mummy macamana cara mummy simpan stok sayur dalam peti. Untuk stok frozen mummy dah pernah tunjuk kan.

So bahagian sayuran pulak. Ni cara mummy simpan. So far untuk taugeh, dan sawi hijau paling lama pernah tahan lebih seminggu. Tak pernah sampai berbulan sebab selalu memang akan terus masak je😅 Macam halia, lengkuas, sebulan lebih masih segar. Rasa 2 bulan pun pernah simpan dan masih elok. 

Nanti boleh tengok kat setiap gambar ya.

Ada yang kene balut dengan tisu lembap. Ada yang kene letak air. Ada yang kene letak tisu untuk serap wap air.

Macam cili, berbulan pun masih tahan. Sayur daun bawang dalam gambar ni, usianya dah lebih seminggu. Tapi masih segar kan.

Cara simpan kobis, brokoli dan yg seangkatan dengannya, nak tahan lama, kene lapik dengan tisu basah pada 'akar' dia. Lepas tu, baru wrap dengan plastik wrap. Insyaallah sebulan lebih pun masih elok.

Yang penting, semua sayur ni jangan biar terdedah atau just sumbat dari plastik masa beli kat pasar tu. Kalau buat macam ni, tak smpai 3 hari pun salad atau sayur hijau boleh layu.

Kalau kata peti sejuk kecil, x muat letak dalam bekas, its ok, boleh guna kaedah simpan dalam plastik putih. Balut surat khabar atau tisu je pada setiap sayur sebelum masukkan dalam plastik. Pastu, susun la dalam peti ikut kreativiti masing².

Untuk detail lagi, tengok pada setiap gambar ya. 

#ceritamummy
#MisiBantuSuriRumah



Comments

Popular posts from this blog

SENNI 3A TERES 2 TINGKAT SUPERLINK VILLA TERBARU DI BUKIT BANYAN

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...