Skip to main content

IN LOVING MEMORIES - OREO

 Untuk Oreo, sayangku yang comel,

Terima kasih sebab hadir dalam hidup kami selama lebih lima tahun. Kehadiranmu penuhkan rumah ini dengan kasih, gelak tawa dan kecomelan yang tak pernah habis. Walaupun kecil, cintamu besar dan dalam.

Maaf sebab Ummi tak sempat berada di sisi masa Oreo pergi. Tapi Ummi harap Oreo tahu, u are always special to us dan sentiasa sayangkan Oreo walaupun ada ketikanya Ummi tak sempat nak bermain-main dengan Oreo di hujung-hujung hayat Oreo bersama kami.  

Berakhirlah sudah segala kesakitanmu sayang, mungkin kesihatanmu tak pernah membaik selepas terkena sakit batu karang tahun lepas. Walaupun Oreo nampak sihat di mata kami tapi mungkin juga Oreo sakit...maafkan Ummi dan Abah kerana gagal menjaga Oreo dengan baik

Rehatlah dengan tenang, sayang. Tiada lagi sakit, tiada lagi derita. Oreo akan sentiasa ada dalam hati kami semua yang sayangkan Oreo. Bergembiralah di syurga Allah bersama Oyen dan OJ.

Sampai kita jumpa lagi… 🐾

Dengan penuh cinta dan sayang



,
Ummi

Comments

Popular posts from this blog

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

HATI !!! ADAKAH ENGKAU TENANG HARI INI

Seringkali kita jaga hati insan lain, Namun hati sendiri terluka dalam sepi. Sampai bila harus begini? Kita jadi pendengar segala cerita, Tenang tatkala amarah melanda, Sabar, diam menanggung rasa. Namun siapa yang memeluk jiwa kita, Menyejukkan luka yang tak terucap? Tiada salahnya menjadi baik, Tapi salah jika kebaikan itu memakan jiwa, Menghancurkan diri dalam senyap. Hati kita juga punya rindu, Perlu diusap, perlu dijaga. Jika dunia tak mengerti, Biarlah kita yang merawat sendiri, Dengan kasih sayang yang tak bertepi. Mulailah hari ini, letakkan tangan di dada, Bisikkan pada hati, “Adakah kau tenang di hari ini?” Jangan lupa, kawan, Bahwa kita bukan malaikat tanpa kelemahan, Bukan batu karang yang tak retak atau rapuh. Kita juga manusia, Yang perlukan ruang untuk menangis, Untuk marah, untuk lelah, dan untuk sembuh. Berikan diri izin untuk berhenti sejenak, Menghela nafas dalam-dalam, Merasakan detak jantung yang sama, Sambil memeluk harapan yang masih t...