Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

KEJOHANAN GOLF MSSM 2011, KGSAAS 15 - 17 MARCH 2011

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan yang sentiasa menjadi debaran kepada si putera hati Umi, Muhammad Irfan Harraz bin Razanan. Segala penat-lelah dan pengorbanan si putera akhirnya terbalas apabila pasukan di bawah umur 18 tahun dari Negeri Jelapang Padi Kedah telah dinobatkan mendapat tempat Ke 2 pada kejohanan ini, Alhamdulillah. Insyaallah masih banyak lagi yang harus di rancang dan latihan harus juga di pertingkatkan untuk mempersiapkan diri bagi melayakkan diri untuk menyertai tournament yang lebih besar dan mencabar di masa akan datang. Namun Umi yakin dengan semangat yang kental dan tidak takut untuk menyahut cabaran Insyaallah, Abang pasti dapat melaluinya dengan mudah. Tahniah daripada Ummi, Abah, Adik yang pastinya akan mendokong setiap usaha Abang dalam mengejar cita-cita Abang....' "Kedah Boleh", Irfan Boleh.......

Aduhhhhhh AYAH Demam Lagi....!

Ayah aku demam lagi...dah hampir dua minggu keadaan ayah begitu. Siang nampak ok walaupun tak berapa sihat tapi bila malam saja mula mengeletar seluruh badan. Bila antibody sudah semakin berkurang, maka begitulah jadinya......lebih-lebih lagi di usia emas Ayah. Atas kehendak Allah cuaca juga tidak menentu sekejap panas dan sekejap pula hujan.....Tapi walau apapun kita kenalah juga bersyukur kerana Allah pernah memberikank kita masa sihat dan dia juga yang mengurniakan kepada kita masa sakit. Apa nak kata lagi, kenalah terus makan dan makan ubat walaupun dah hampir empat klinik yang dikunjungi..... Insyaallah semoga Ayah cepat sembuh hendaknya.

MAK NGAH & DEMOT (ITM ARAU, PERLIS)

Ya Allah...Aku bersyukur padamu kerana akhirnya aku telah diberikan kesempatan untuk menghubungi dua orang sahabatku yang telah hampir 20 tahun lebih terputus hubungan. Maklumlah selepas graduate dan berfamili masing-masing mula sibuk dengan kehidupan masing-masing dan sedikit demi sedikit melupakan orang-orang yang suatu waktu dulu pernah menjadi orang-orang yang penting dan kita sayang di dalam kehidupan kita. Makan semangkuk maggi, tidur sebantal dan setilam, sama-sama susah dan sama-sama senang dengan kehidupan Campus yang sungguh indah.. Pengalaman yang tak mungkin ditemui di mana juapun. Makan sayur campur rumput, ikan hanyir dan busuk...nasi kadang-kandang mentah...dan macam-macam lagi....Tapi walaupun perit ianya tetap indah dan itulah kehidupan namanya. Apa yang aku harapkan ialah semoga peluang kedua yang diberikan Allah ini kepada kami tidak kami sia-siakan dan semoga kami akan "keep in-touch" hingga ke akhir hayat kami.... Insyaallah panjang umur kita akan pasti

MUHAMMAD IRFAN HARRAZ - MSSM 2011 (GOLF)

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan Limpahan Rahmat dan kasih Sayangnya.....Segala pengorbanan dan penat lelah sang putera akhirnya berbaloi juga apabila telah melayakkan diri mewakiki Negeri Jelapang Padi ke Kejohanan MSSM GOLF di KGSAS, Selangor Darul Ehsan, pada 15-17 March 2011 yang akan datang. Abah, Ummi dan Adik mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan semoga impian Abang untuk menempa nama di bidang GOLF ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kejayaan demi kejayaan yang abang capai selama ini adalah melalui seribu kepayahan kerana segala-galanya terhad, tidak seperti kawan-kawan Abang yang lain yang lebih bernasib baik, mereka memiliki segala-galanya yang mereka inginkan dan apa saja yang diinginkan semuanya dapat diadakan dan disediakan oleh ibu-bapa mereka. Namun Ummi bangga dalam semua keadaan yang terhad itu..Abang juga masih mampu untuk menempa kejayaan. Percayalah Sayang kejayaan yang di tempa melalui keperitan dan kepayahan itu amat ti