Semenjak dua menjak aku selalu juga intai-intai dan baca tulisan-tulisan kak jee dekat blog dia dapurkakjee.com. Banyak cerita dan banyak juga resepi yang kak jee kongsikan kat situ. Baru ini aku secara tak sengaja telah melihat resepi mee kari ala nyonya yang kak jee kongsikan di situ. Apa lagi bila melihat gambarnya saja dah rasa teliur....jadi petang itu balik saja dari kerja terus singgah ke kedai dan mendapatkan semua bahan-bahan yang diperlukan. Selama ini aku sering juga memasak mee kari kerana masakan itu memang aku punya specialitist, aku belajar semasa berkunjung ke Kuantan, dah lama dah. Sebaik saja selesai memasak, adikpun tolonglah aku menghidang. Hubby dan abang pula as usual ke padang golflah tempat mereka. Selesai solat kamipun menikmatilah mee kari yang pertama kali aku cuba itu. Aku tak cakap apa-apa pada hubby tapi dia tiba-tiba bersuara,"Ni macam mee kari ipoh saja, sedap..!' Akupun dengan bangganya terus menjawab resepi baru jumpa kat blog Fauzi
Sibukkan tanganmu dengan pekerjaan dunia, sibukkan hatimu dengan mengingat Tuhan. Bantulah Aku Ya Allah untuk Berhijrah Menuju Illahi