Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

The End of SPM 2012

SPM has come to its end.  Insyaallah dengan izin dari Allah s.w.t  tidak ada yang mustahil.  Begitulah keyakinan diri aku terhadap si putera.   Aku yakin dengan pertolongan Allah s.w.t  dan aku juga yakin pada janji dan qada dan qadar Allah.  Alhamdulillah kerana dia telah mempermudahkan segala urusan aku, anak-beranak dalam menghadapi peperiksaan yang terbesar dan terpenting dalam sejarah hidup seseorang pelajar kerana cabaran yang menanti mereka selepas ini di Kolej atau Universiti adalah berbeza dengan  cabaran di zaman atau di alam persekolahan mereka. Setiap kali menghantar si putera untuk exam papersnya, akulah yang paling gementar, luruh jantung aku dibuatnya.   Kini semua gementar, gemuruh dan apa saja perasaan yang seangkatan dengannya sudah hilang dengan berakhirnya SPM...... Insyaallah kejayaan menanti anakanda dan juga semua rakan-rakanmu.  SUCCESSSSSSSSSSSSSSSSSSS ON THE WAYYYYYYYYYYYYYYY.   Amin YA RAB............

PADAMU KU BERSUJUD - AFGAN

Gratisan Musik

MAAL HIJRAH @ AWAL MUHARAM

Pada 15 November 2012, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan tahun baru Hijrah.  Semoga di tahun baru ini ketaqwaan kita akan dipertingkatkan lagi.  Marilah sama-sama kita mencari redha Allah serta  kasih-sayang Allah SWT yang kekal abadi.  Semoga kita juga akan menjadi hambaNya yang taat  serta umat Nabi Muhammad SAW yang kuat imannya. Amin Kredit to blog owner :- http://sitik.wordpress.com/2011/11/22/doa-akhir-tahun-dan-doa-awal-tahun-hijriah/ Doa Akhir Tahun Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada

Happy Diwali to All Indian in Malaysia

13 November 2012 All Indian in Malaysia will be celebrating their Diwali.... Wishing them HAPPY DIWALI and Happy Holidays.

TERJEMAHAN - DOA DI ANTARA DUA SUJUD

DOA  DI ANTARA DUA SUJUD : BISMILLAH  HIRRAHMAN  NIRRAHIM RABBIGHFIRLI  - Tuhanku, Ampuni Aku WARHAMNI  - Sayangi Aku WAJBURNII - Tutuplah Aib-Aibku WARFA'NII - Angkatlah Darjatku WARZUQNII - Berilah Aku Rezeki WAHDINII - Berilah Aku Petunjuk WA'AAFINIII - Sihatkan Aku WA' FUANNII - Maafkan Aku Semoga dengan memahami bacaan doa ini akan membuat kita lebih khusyuk di dalam Solat kita.  Sungguh indah bait-bait doa ini setelah kita memahami terjemahannya, sebuah doa  @ permohonan yang ikhlas dari seorang hamba kepada yang Maha Esa. Tuhanku, Ampuni aku, Sayangi Aku, Tutuplah Aib-aibku, Angkatlah Darjatku, Berikanlah Aku Rezeki, Berilah Aku Petunjuk, Sihatkanlah Aku, Maafkanlah Aku.  Amin

I L.O.V.E..................

I LOVE ALLAH S.W.T I LOVE EVERYTHING THAT ALLAH S.W.T LOVES I LOVE MY PROPHET MUHAMMAD S.A.W I LOVE UMAT MUHAMMAD I LOVE MY LIFE I LOVE MYSELF I LOVE MY PARENTS I LOVE MY LATE FATHER IN-LAW I LOVE MY MOTHER IN-LAW I LOVE MY KIND & LOVING HUSBAND RAZANAN  HAJI ABD RANI I LOVE MY CHARMING PRINCE, MUHAMMAD IRFAN HARRAZ I LOVE MY ADORABLE PRINCESS, NUR AISYAH ASILA I LOVE MY SIBLINGS I LOVE MY IN-LAWS I LOVE MY RELATIVES I LOVE MY PEERS AND FRIENDS I LOVE MY NEIGHBOURS I LOVE MY TEACHERS AND LECTURERS I LOVE THE LOVE ITSELF MAY ALLAH S.W.T BLESS ALL OF US AND THE PEOPLE THAT WE  LOVE WITH ALL HIS INFINITE BLESSINGS AND LOVE. AMEEN (Original Quotes from Dr Azizan Osman & rephrased to suit mine)

KUPANJATKAN DOA PADAMU YA ALLAH

Ya Allah, Ampunilah Segala Dosa-dosaku Ampunilah Segala Dosa-dosa kedua ibu-bapaku Ampunilah Segala Dosa-dosa Suamiku Ampunilah Segala Dosa-dosa Arwah Bapa Mertuaku Ampunilah Segala Dosa-dosa Ibu Mertuaku Ampunilah Segala Dosa-dosa puteraku Muhammad Irfan Harraz Ampunilah Segala Dosa-dosa puteriku Nur Aisyah Asila Ampunilah Segala Dosa-dosa adik-adikku, adik-adik iparku, Ipar-ipar serta Biras-birasku Ampunilah Segala Dosa-dosa anak-anak saudaraku dan anak-anak saudara kepada suamiku Ampunilah Segala Dosa-dosa Guru-guruku, Jiran-jiranku, Sahabat-sahabatku serta semuag yang mengenali diriku Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat yang Aku pernah melakukan kesalahan terhadap mereka Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat yang pernah melakukan keselahan terhadap diriku Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat. Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat dan Kasih-sayangMu ke atas diri kami Kurniakanlah kami umur yang panjang lagi berkat

BERMULANYA SPM 2012

Tanggal 5 November 2012 maka bermulalah peperiksaan yang terpenting dalam kesuluruhan sejarah hidup sebagai seorang pelajar. Di dada akhbar dan  di corong media elektronik terpapar headline yang bertajuk   "472,541 Pelajar Mula Duduki SPM" Putera aku merupakan salah seorang daripada pelajar tersebut.  Kembang-kempis perut aku memikirkan tentang si putera.  Berselang-seli pertanyaan menerpa ke benak fikiran aku,  "Apakah si putera sudah betul-betul bersedia menghadapi peperiksaan SPMnya"? ,  "Sudah lengkapkah persediaan yang dilakukan oleh si putera menjelang peperiksaan ini?",  "Sudah habiskah si putera mengulangkaji pelajarannya?" dan bermacam-macam lagi pertanyaan dan persoalan yang bermain di kepala aku.  Tak nyenyak tidur aku di buatnya sejak beberapa hari si putera akan menghadapi SPM ini.  Perasaan ini sering bermain di fikiran aku setiap kali anak-anakku akan menghadapi peperiksaan penting dalam hidup mereka. Tanpa suam

Urut Dengan Kaedah Refleksologi

Beberapa tahun yang lalu aku memang pernah melakukan urutan kaki refleksologi, tapi masa tu, teknik urutan kaki ini lebih di monopoli oleh bangsa cina, tetapi baru kini aku berjumpa dengan orang melayu yang melakukan refleksologi ini. Alhamdulillah terasa selesa saja dengan cara urutan dia walaupun ada di sesetengah bahagian tu terasa sakit yang amat sangat.  Menurut Pn Irah selalunya kesakitan di bahagian tapak kaki kita  itu akan menjadi penunjuk bagi bahagian tubuh badan kita yang bermasalah.  Aku memang bermasalah di bahagian kepala dan perut, manakala suami aku juga di bahagian perut, almaklumlah dia memang ada masalah ulcer dan gastrik yang sudah agak serious.  Insyaallah aku akan pastikan dia akan berrefleksologi setiap sebulan sekali, selepas ini.  Kita berusaha dan setiap penyakit pasti ada penawarnya.  Ameen