Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Being Present @ Penuh Kesedaran

Cara nak being present @ penuh kesedaran dengan hidung... Ok.. Tarik nafas.. Saat nak tarik nafas tu. 🌸Sedari yang kita cuba nk tarik, 🌸lepas tu.. Rasakan udara sejuk mula.masuk melalui hidung,  memenuhi ruang perut. 🌸tahan sekejap.. Rasakan udara dlm perut dng perut penuh mengembung 🌸kemudiaan mula lepaskan perlahan2 .. Sedari nafas hangat yangg keluar melalui hidung Atau mulut

MATA

Terima kasih Ya Allah.. Atas nikmat penglihatan ini. Hari ini aku sedar, ketika mana aku tenggelam dalam penglihatanku, semuanya sempurna apa adanya. Jiwa menjadi tenang yang ada hanyalah kenikmatan. Tanpa penafian tanpa penghakiman. Terima kasih ya Allah

Menjemput Rezeki...????

Kredit to : Cik Insyirah Telegram Channel : Bahagia Hidup Bertuhan ************************************************ Bahagia Hidup BerTuhan, [28.03.16 08:44] Bismillah. Salam sukses dan kebahagiaan. Saya doakan anda dipermudah untuk segala urusan, dimakbulkan segala hajat. Semalam saya terfikir sesuatu. Ada yang bertanya betul ke dengan sedekah akan menarik rezeki? Betul ke dengan istighfar boleh menjemput rezeki? Sebab dia sedang ada isu kewangan. Isu kewangan ramai orang ada. Its common. Namun di sebalik soalannya, saya tak fikir perkara lain, yang saya terfikir hanya mengenai ini. Ada orang walau dah jadi umat Islam lebih 30 tahun, Al Quran terjemahan pun tak habis baca. Ada orang baru masuk Islam dah lebih banyak beramal yang sempurna berbanding yang lahir sahaja sudah jadi umat Islam. Ada orang walau bukan non-muslim, dia dah kaji tentang Al Quran. Ada yang masuk Islam selepas itu, ada juga yang tidak. Soalan yang perlu ditanya berbanding soalan 'be

KEMAAFAN

Sejujurnya manusia itu ada kekuatan untuk memaafkan sesiapa sahaja yang di kehendakinya. Namun kawalan EGO terhadap dirinya yang sangat kuat, menjadikannya kelihatan mustahil untuk memaaafkan dan sulit untuk memaafkan orang lain,  Kadangkala dengan memaafkan itu pula di rasakan dirinya telah mengakui kesalahan..  Oleh itu  belajarlah untuk memaafkan diri sendiri....dan singkap jauh segala  prasangka dan pandanglah dari sudut  pandang yang berbeza atas setiap hal yang telah terjadi kerana semua yang terjadi itu adalah dengan izin dariNya. agar manusia belajar sesuatu dan supaya  manusia sedar. tentang  kekuatan dirinya yang tiada batasan.. Itulah dia Kekuatan untuk memaafkan dan menjadi lebih bijaksana

AJARI HATIKU...

Bila-bila ada rasa sedih dan gelisah, berhentilah menanggung semua beban di fikiran, serahkan semuanya kembali Pada Tuhan Yang Maha Kuasa. Kerana akal dan fikiran kita sangat terbatas.  Hanya kekuatan dan kasih sayangNya yang mampu membebaskan kita. ... Berbicaralah terus padaNya. Izinkan fikiran dan hatimu terbuka berserah semuanya padaNya. Masalah adalah 'Masa Allah' mengatur semuaNya. Ucapkan... Aku serahkan semuanya padaMu ya Allah. Ajari hatiku untuk melepaskan hal-hal yang seharusnya pergi. Agar hatiku terbuka menerima hal-hal yang bakal datang. Hari ini aku maafkan diriku yang telah menzalimi diriku sendiri dengan menanggung beban yang tidak seharusnya aku tanggung. Dan aku maafkan diriku atas ketidaksedaran aku menzalimi orang-orang di sekelilingku. Ampuni aku Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengizinkan aku menyedari bahawa semua permasalahan ini telah Kau uruskan. Dan semua aturanMu sempurna apa adanya. Terima kasih Ya Allah kerana

LUPAKAH KITA PADA NIKMAT ALLAH

SPM RESULTS 2016

Advice to all anakanda... Whatever the results, it is a result of a past performance... The more important thing is to move forward. Your result whether good or bad is a lemon that has been given to you... it's whether you make the best lemonade from that lemon that counts. No point sitting around and admiring or hating that lemon. A lemon is just a lemon. A result is just a result. It is how you move forward from that result that counts! Celebrate Life! HAVE FUNNNN!!!

Irsyadee Ft Hafiz - Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yg ku lakukan, Oh Tuhan Maha Kuasa, Terima taubat hamba berdosa... Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah, Terimalah, Terimalah..... Taubatku ini..... Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan, Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan. Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah 3x... Taubatku ini... Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima... Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah, Terimalah, Terimalah.... Taubatku ini... Ku akui kelemahan ini, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini, Terimalah, Terimalah, Terimalah... Taubatku ini... Pesanan: Fikirkan kembali akan setiap bait perkataan yang terdapat dalam lagu ini....Semoga kita mendapat keampunan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat. ## In loving memory buat anakanda Muha