Skip to main content

Posts

ISTIQOMAH - Kenapa susah sangat nak ISTIQOMAH

Kenapalah susah sangat nak istiqomah untuk menulis dan berkongsi.  Nak di katakan tak ada idea, rasanya kadang-kadang tu idea melimpah ruah berlegar-legar dalam kepala otak ni.  Nak kata tak ada masa, eeh ehh cik kak, Allah bagi masa 24 jam sehari dan 7 hari seminggu  kepada semua manusia, ada orang boleh saja buat bermacam-macam kerja dan tugasan dalam sehari.  Beralasanlah namanya tu. Aku suka menulis tetapi kenapa susah sangat nak pegang laptop dan menulis serta berkongsi cerita-cerita pengalaman, suka duka tips dan sewaktu dengannya kat sini.  Ya Allah bantulah aku untuk istiqomah, bantulah aku untuk berkongsi melalui tulisanku di sini agar dapat memberi manafaat kepada mereka yang secara tak sengaja melawat blog aku.

SALAM AIDIL ADHA

Dah lama sungguh  tak update blog ni,  alasan standard 'BZ' tapi tanya balik pada diri betul2 BZ  kah? atau akak ini yang memang tak pandai membahagikan masa.  Allah swt bagi 24 jam untuk semua orang tapi tengok orang lain boleh jaaa kerja... menulis ... buat part-time bisness dan macam-macam aktiviti lagi.   Walau apapun akak ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir & Bathin" kepada semua keluarga dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.  Pada yang bertuah dah di jemput sebagai tetamu Allah pada tahun ini semoga pulang dengan title Haji yang Mabrur dan kepada yang belum lagi berkesempatan di jemput sebagai tetamu Allah seperti akak, jangan sedih, teruskan berdoa semoga Allah dengan rahmat dan kasih-sayangNya sudi menjemput kita sekeluarga sebagai tetamuNya pada waktu dan masa yang terbaik menurut rencana Allah...kan Allah itu sebaik-baik perancang...jadi hanya Dia sahaja yang tahu bilakah masa yang sesuai untuk kita.  Tugas k...

MEMUJUK HATI @ ROH

Malam semalam akak belajar sesuatu dari group telegram   Kuasa Big Why.   Akak belajar bagaimana cara untuk memujuk hati (roh) supaya dapat bersatu dengan jasad.   Rupanya selama ini hati kita dah lama merajuk sebab dah terlalu lama kita abaikan dia…pujuklah dia yang dah terlalu lama merajuk dengan kita…. Ramai antara kita hendak berjaya Tetapi dia tak betul-betul yakin dia boleh berjaya sebab dia hanya bercakap sahaja Tapi dalam hati tidak.. Kita hanya buat dengan jasad sahaja Tapi hati kita menangis setiap hari Roh kita menangis setiap hati Kita tidak pernahpun bercakap dengan hati kita Tanya apa yang dia nak Itulah yang menyebabkan berpuluh tahun hati atau roh kita merajuk dengan kita Itu yang berlaku pada akak Akak buat bisnes dulu semua tak jadi Akak tak tanya hati atau nama lainnya ROH Sehinggalah di berikan rezeki menuntut dari Cekgu Daus   tentang bercakap dengan hati, tentang memujuk hati Kembalilah wahai jiwa yang tenang Ke...

DENDAM & MEMAAFKAN

Copy paste dari Coach Niza - DENDAM Sebagai pesanan buat diri sendiri *********************************************************************** Dendam itu seperti bara Bila terkena percikan api, Maraknya begitu hebat sekali. Padamkanlah, Buanglah... Hapuskan rasa marah yang tidak akan memberi apa makna Ia hanya mengundang kehancuran, terputus pertalian. Maaf itu begitu indah, Sungguh ia mahal, Kerana ia terlalu berharga, maafkanlah. Belajarlah memaafkan kerana ia amat indah, Memang sakit, pedih, perit Sungguh beribu kali dicalarkan di luka yang sama, Tak mengapa, Rawatlah dengan kemaafan. Kau akan menyaksikan satu keajaiban bahagia yang tiada tara Keindahan yang tak pernah kau sedar begitu indah Berdoalah agar Allah akan membuka pintu hatinya untuk sedar apa itu luka. Berdoalah pada Tuhanmu agar engkau sedar, Hanya DIA lah pengubat segala. Jangan doakan dengan kemarahan, Doakan dengan rasa simpati dan kasihan, kerana Allah akan mengasihi mu nanti. ...

CIK TOM

Antara blog yang sering akak kunjungi adalah blog ciktom yang sentiasa banyak informasi dan pada mereka yang berminat untuk belajar tentang blogging dan tutorial bolehlah klik pada link kat bawah ni... http://www.ciktom.com/tutorial/tutorial-blogspot/ Semoga info yang dikongsi akan member manafaat buat semua pembaca.

KOLEKSI MUTIARA KATA

We are not alone in the struggles of life. We all have our own personal scars which defines who are and they were given to us by Allah.  Whatever difficulty we are facing right now, know that it is a test from Allah and that this test could be our ticket to Jannah.  Don't stress, calm down, learn to trust and have faith in Allah. Be aware of Allah & leave your affairs to him.  Be aware that Allah is aware [have taqwa] & make doa, ask for his mercy, his forgiveness, his guidan ce, pour your heart out to him, know that he is aware of what you do and what is in your heart even in times when you have forgotten him. Remember the countless blessings Allah has given you & that only he can give you ease after the difficulty.   So be patient for Allah is with those who are patient.

Tips : Berdebar Bila Bercakap Di khalayak ramai ??

Mari saya bg tips , solat hajat istikharah dua rakaat . Niatkan kerana nk dkt dgn Allah . Kemudian minta Allah bantu dari segi point2 apa nk cakap . Mohon pada Allah beri lintasan pada akal untuk bercakap . Serahkan jiwa dan raga pada Allah SWT . . Sebelum jawab soalan , baca tasbihat dulu kemudian baru jawab "Subhanallah A ... lhamdulillah La illahaillah Allahuakbar". Kredit : Safiey Ilias

Kejarlah Akhirat

Jangan cari dan kejar dunia . Neraka itu dikelilingi nikmat dunia . Kejar dunia maka kita akan penat . Cakaplah byk tentang akhirat walau dalam lawak jenaka dan gurauan kita sekalipun (jgn smpai menghina agama) . . Sahabat nabi dulu selalu tanya iman mereka . Iman anda apa khabar hari ini ? Tak solat subuh pun Allah masih bagi rezeki dan nafas . . kredit : safiey ilias

Assalamualaikum - HIJRAH NENUJU ILAHI (Bersama Safiey Ilias) (21 April 2...

Kegembiraan & Ketenangan

Kegembiraan dan ketenangan bukan datang dari wang ringgit. Malah trillion ringgit pun x mampu beli secebis kegembiraan. . Kegembiraan dalam khazanah Allah, mintalah pada Allah. Gembira dunia Gembira akhirat. kredit : Sheikh Sulaiman

Tips Bahagia

Antara tips untuk diri berbahagia. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 🍒 Jujur pada diri sendiri. Akui setiap rasa yang dihadirkan. 🍒 Berbicara dengan penuh kesedaran dan kasih sayang. 🍒 Lihat pesanan disebalik setiap kejadian. 🍒 Terima.  Kerana penolakan yang membuatkan diri tersakit. kredit : coach zie

Teknik Pernafasan

Bernafas dengan cara yang betul adalah terapi dan penyembuhan. -bagaimana stress boleh dihilangkan dalam masa 3 saat. -bagaimana teknik bernafas yang betul dapat mengawal  kemarahan. sungguh Allah swt jadikannya tidak sia-sia. cara bernafas orang yang tenang berbeza dengan cara bernafas orang yang tertekan @ stress. tenang - bernafas perlahan dan panjang tertekan/ marah/ panik/ takut - pendek dan perlahan. maka mulai dari hari ini, cuba melatih diri untuk bernafas dengan perlahan dan panjang. 🌻 sedari setiap tarikan nafas anda 🌻 bernafas dengan tenang dan panjang 🌻 rasakan udara yang sejuk masuk ke hidung , seterusnya masuk ke perut, tahan sebentar dan rasakan nafas dingin yanga keluar melalui hidung atau mulut. nota tambahan..: terdapat  4 Paten Pernafasan. hidung -> hidung Hidung -> mulut mulut -> mulut mulut -> hidung

SOMBONG keee kita

Jom check hati. Semoga Allah pelihara kita dari sifat sombong. 🔺Sombong adalah penyakit hati yg mana akan menjerumuskan pelakunya ke neraka. 🔻Tidak akan masuk syurga barang siapa yg ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah... 🔺Merendahkan orang lain itu sombong 🔻Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong. 🔺Menunjuk2 kelebihan itu sombong. 🔻Berlumba2 menunjukkan kekayaan pun sombong. 🔺Memperbodohkan org lain itu sombong. 🔻Sentiasa nak menang itu juga sombong. 🔺Mementingkan diri sendiri itu sombong. 🔻Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong. 🔺Bersangka buruk itu sombong. 🔻Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong. 🔺Merasa diri hebat itu sombong. 🔻Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong. 🔺Tidak boleh ditegur itu sombong. 🔻Kacang lupakan kulit, lagilah sombong.

TIPS ASMAULHUSNA

Tips memohon Ketenangan, Kedamaian Hati serta Fikiran Zikir nama Allah ... Ya Salam Yang Maha Menenangkan Ya Basith Yang Maha Melapangkan Ya Wasi’ Yang Maha Meluaskan Bicara Hati Ya Allah, tenangkan, lapangkan dan luaskan hati dan fikiranku agar daku dapat mengharungi kehidupan ini dengan tenang dan tabah. . With Love Ya Rahman Ya Rahim credit to Ummi Rosmawati

JIWA KACAU..

Kenapa agaknya Ya???? JIWA KACAU   ini berlaku pada setiap hamba Allah. ... Antara puncanya; Jauh dari Allah Tidak solat Tidak bersedeqah Benci & Dendam Melakukan perkara haram dan banyak lagi....lagi..lagi.. akibat kecintaan kepada KEDUNIAAN. Allah menghukum kita. JALAN PENYELESAI MERAWAT JIWA KACAU...HANYA SATU KEMBALILAH KEPADA ALLAH YA KHOLIQ YANG MENCIPTA KITA. Mohonlah kemaafan dariNYA.. Ya Affuw Ya Ghafar Ya Tawwab

HADIAH ISTIMEWA DARI ALLAH

Suami kita dan anak-anak kita adalah Anugerah dari ALLAH Suami kita  dan anak-anak kita adalah Hadiah dari ALLAH Tak mungkin ALLAH salah bagi Hadiah pada kita Melainkan ALLAH pasti bagi yang terbaik  Kepada kita untuk dunia dan akhirat kita

Tips Bahagia

Antara tips untuk diri berbahagia. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 🍒 Jujur pada diri sendiri. Akui setiap rasa yang dihadirkan. ... 🍒 Berbicara dengan penuh kesedaran dan kasih sayang. 🍒 Lihat pesanan disebalik setiap kejadian. 🍒 Terima. Kerana penolakan yang membuatkan diri tersakit. credit to coach zie.