Hari ini aku ingin memperkenalkan seorang lagi orang-orang yang aku sayangi iaitu, puteri kesayangan kami sekeluarga. Nur Aisyah Asila binti Razanan begitulah satu nama yang indah yang telah diberikan kepada puteri aku ini. Aisyah atau lebih mesra dengan panggilan 'Adik' di kalangan kami telah diputerikan di tempat yang sama dengan abangnya iaitu di salah sebuah pusat pakar perbidanan swasta di bandar Sungai Petani pada 10 June 1998. Adik baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 11 dua minggu yang lepas. Aku cuma mengaturkan satu birthday party yang simple bersama family yang lain. But still it was fund and memorable. Sebagai anak yang bongsu daripada dua orang adik beradik, aku klasifikasikan adik sebagai anak yang manja dan selalu mahukan perhatian. Ada ketikanya dia sangat cemburu pada abangnya, walaupun sebagai ibu dan bapa, aku dan suami memang tak pernah membeza-bezakan kasih sayang di antara kedua-dua putera dan puteri kami. Tapi mungkin mereka masih belum dap
Sibukkan tanganmu dengan pekerjaan dunia, sibukkan hatimu dengan mengingat Tuhan. Bantulah Aku Ya Allah untuk Berhijrah Menuju Illahi