Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Kekuatan Itu Terletak di Hati

Aku baru saja membeli buku "Pengalaman Adalah Guru Terbaik" tetapi masih belum sempat aku baca. Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang aku lalui dan memerlukan perhatian aku. Kadang-kadang terasa tidak tertanggung juga dek tubuh aku ini tetapi aku masih ingat kata-kata dari adinda Siti Fatimah, "ujian Allah s.w.t. ke atas diriku ini adalah setimpal dengan kemampuan aku", walaupun di hati kecil aku merasa amat sedih dengan apa yang terpaksa aku lalui tetapi aku tetap redha dan aku tetap pasrah kerana, "kesemua ujian dariNya adalah sebagai tanda Dia masih lagi sayang pada aku,dan inginkan aku lebih mengingati dan mendekatiNya, Alhamdulillah". Beberapa bulan yang lalu aku telah diuji olehNya apabila Doktor Pakar dari sebuah Hospital Swasta di bandar tempat aku tinggal telah mengesahkan bahawa suami aku mengalami masalah saraf yang mengakibatkannya merasa kebas-kebas di bahagian lutut hingga ke kaki dan dari bahagian siku hingga ke hujung jarinya.

Kemalangan - Hargailah Nyawa

Sejak akhir-akhir ini di media cetak dan media elektronik kita seringkali disajikan dengan berita kemalangan ngeri yang meragut nyawa. Sungguh menyedihkan dan memilukan bila mendengar nyawa melayang begitu saja akibat dari kelalaian dan kesilapan manusia. Apakah pemandu di negara kita sudah tidak berhemah? dan Adakah sesebuah nyawa itu sudah tidak ada nilainya lagi ataupun mungkin sudah tidak berharga. Kadang-kadang tatkala sedang memandu aku juga merasa seram melihat kekalutan pemandu-pemandu lainnya. Ada yang memandu begitu laju dan membahayakan dan ada juga yang sesuka hati memotong dari kiri jalan ataupun di selekoh tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Aksi tonggangan para penunggang motorsikal pula tak perlu di perdebatkan lagi, kebanyakkan penunggang remaja seringkali dapat di lihat menunggang tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri. Kadang-kadang aku terfikir mungkin pemandu-pemandu dan penunggang di negara kita ini sudah hilang sifat sabar mereka. M

Heart Block

Aku memulakan hari ku hari ini dengan penuh rasa syukur di atas segala limpahan rahmat dan kasih-sayang Allah s.w.t. terhadap ku dan juga insan-insan yang aku sayangi. Aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bernafas dan melalui satu lagi hari di dalam hidupku..Alhamdulillah. Setiap kali selesai solat aku tidak pernah sekalipun lupa untuk memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar diriku dan insan-insan yang aku sayangi sentiasa di pelihara Allah dengan dikurniakan umur yang panjang, rezeki yang melimpah-ruah dan kesihatan yang baik. Selain itu agar kami semua sentiasa menerima taufik dan hidayahnya dan sentiasa pula mendapat keampunannya. Hari ini aku agak sibuk juga di pejabat, tak tau dari mana munculnya task-task baru yang sememangnya tak ada dalam senarai untuk tugas aku hari ini tapi aku langsaikan juga kerana itu adalah amanah aku sebagai seorang pekerja. Dalam kesibukan itu tiba-tiba aku mendengar deringan dari telefon bimbit aku tapi aku biarka

Penyakit Emosi

Pagi ini sewaktu sibuk membelek-belek e-mail yang diterima, tiba-tiba aku terpandang kepada satu artikel tentang EMOSI. Pada mulanya aku biarkan saja tapi akhirnya aku akur pada gerak hati untuk membaca artikel tersebut. Memang betul hidup kita seharian dilalui dengan pelbagai emosi yang silih berganti, seperti sedih, duka, keciwa, gembira, ceria, bahagia, marah, benci dan macam-macam lagi tak terhitung dek tangan. Bagaimana menangani masalah emosi ini bergantung kepada diri kita sendiri kerana orang yang disekeling kita cuma mampu untuk melihat dan mendengar tapi terserah kepada kita untuk bagaimana mengatasi setiap masalah yang berkaitan emosi ini, lagipun orang lain tak melalui apa yang kita lalui dan orang lain juga tidak melalui pengalaman dan perasaan yang sama. Sejak kebelakangan ini memang sering kita dengar tentang pelbagai tindakan yang kurang bijak diambil hanya kerana tidak mampu menangani masalah emosi yang terganggu ini. Sungguh menyedihkan bila melihat sebuah keluarg