Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Eid Mubarak - Selamat Hari Raya Korban

Musim haji baru saja berlalu dan semoga para haji dan hajjah dari seluruh dunia mendapat haji yang mabrur dan selamat berangkat pulang ke negara masing-masing dengan keinsafan dan pengalaman baru Insyaallah. Tahun ini aku menyambut Aidil Adha di rumah mertua di Taiping dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, mereka juga melakukan ibadah korban pada hari raya pertama dan pada hari raya kedua pula pagi-pagi lagi aku dan keluarga telah bergegas pulang ke Sungai Petani kerana adindaku pula melakukan ibadah korban dan khenduri kesyukuran maka lebih meriah di Sungai Petani jika dibandingkan dengan di Taiping. Alhamdulillah khenduri dan semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan dengan izin Allah s.w.t Cutipun dah habis maka kembalilah aku ke pejabat dengan rutin seharian di pejabat.....'

Panggilan Haji - Insyaallah impian setiap muslimin dan muslimat

Musim haji telah tiba lagi.... Di televisyen, di radio, di dada akhbar malah buku-buku mengenai Haji begitu banyak sekali diperkatakan apabila tibanya musim haji. Aku pula paling gemar menonton siaran Astro Oasis - Khabar Haji yang dibawakan secara langsung dari Mekah. Begitu banyak informasi yang dikongsikan dalam rancangan tersebut malah ada pula slot-slot temuramah dengan bakal haji dan hajjah setiap hari....mereka kelihatan begitu gembira ataupun lebih tepat amat bersyukur kerana dapat menunaikan rukun Islam kelima ini. Walaupun sedih meninggalkan keluarga tetapi hampir kesemua melahirkan rasa syukur kerana dapat melihat dengan mata kepala sendiri keindahan bumi Mekah dan kehebatan Kaabah. Aku sendiri tak dapat hendak membayangkan bagaimanakah nanti perasaanku saat melihat Kaabah betul-betul di hadapan mata dan bagaimanakah pula perasaanku seandainya diizinkan Allah s.w.t mengucup Hajarulaswad....Marsyaallah tak dapat hendak aku bayangkan Ya Allah. Aku mengucapkan "Selamat

Jiran oh Jiran

Aku masih ingat sewaktu suami menyuarakan hasratnya untuk membeli rumah di tempat kediamanku sekarang akulah orang yang paling membantah dan memprotes sekeras-kerasnya. Alasan suami, tempatnya lebih bagus dan lebih 'quality living' jika dibandigkan dengan tempat tinggal kami Tetapi puteraku sangat menyokong kerana dia dapat bermain golf setiap hari dan si puteri pula gembira kerana hendak ke swimming pool pula. Aku pula sangat tak bersetuju kerana pada waktu itu rumah aku hanyalah 5 minit memandu dari rumah orang-tua aku dan bab menjamu selera tak perlu risau langsung sebab setiap hari ayah dan bonda akan masak lebih untuk kami sekeluarga dan boleh dikatakan aku memang jarang ke dapur sebab dah tahu kalau tak makan di rumah bonda di bandar Sungai Petani memang banyak restaurant dan kedai makan dan yang pasti perut tak akan kosong. Kadang-kadang nak menghabiskan lima kila beraspun mengambil masa yang agak lama. Iutlah untungnya pada pendapat aku tinggal berdekatan dengan bon

Dengarlah Wahai Diary

Wahai dairy, maaf kerana mengetuk pintumu pada pagi-pagi ini....banyak perkara telah berlaku dan banyak pula kisah yang hendak aku kongsikan denganmu wahai diary. Wahai dairy engkau sentiasa menjadi teman yang paling memahami diriku setiap kisah suka, duka, gembira dan sediah past aku akan kongsikan denganmu dan engkau pasti mendengar dengan penuh minat dan engkau tak pernah menghampakan aku. Engkau pasti tertanya-tanya kenapa sejak beberapa hari yang lepas aku tidak mengetuk pintumu untuk bercerita padamu pengalaman yang aku lalui. Engkau tahu wahai dairy minggu lepas puteraku Irfan tiba-tiba demam dan aku telah menjemputnya dari sekolah, tak tahu kenapa tapi dia muntah-muntah dan suhu badan juga agak tinggi, sibuk menjaga si putera yang demam aku juga turut demam tapi Alhamdulillah cuma demam biasa saja so lepas bersedekah pada doktor yang memberikan aku ubat maka pulihlah aku dari demam. Engkau tahu wahai diary sebaik saja aku sembuh si puteri Aisyah pula demam dan muntah-muntah,

Pengalaman Ngeri - Cereka tulisan Nur Aisyah Asila

Pada petang itu,aku sendirian di rumah.Ketika aku asyik menyiapkan kerja sekolah,tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan yang bertalu-talu daripada pintu rumahku.Aku ingin mengetahui siapa yang mengetuk pintu rumahku lalu,aku mengintai di sebalik langsir rumahku. Aku terlihat dua orang lelaki hendak menjual barang kecantikan.Lali,aku keluar untuk membuka pintu dan membenarkan mereka berdua masuk.Setelah mereka masuk,aku menjemput mereka untuk duduk manakala aku pergi ke dapur untuk membuatkan mereka minuman. Setelah selesai membuat membuat minuman ,aku pun pergi ke ruang tamu sambil menatang gelas-gelas yang berisi minuman.Mereka minum minuman yang aku hidangkan kerana mereka kata mereka haus Sedang mereka minum air oren yang aku hidang,aku bertanya apa tujuan mereka datang ke sini.Setelah mnereka menyatakan tujuan mereka,aku berasa begitu terkejut dan tidak tahu hendak membuat apa-apa. Aku langsung tidak dapat menggerakkan kakiku seolah-olah kaki aku sudah dirantai.Aku barasa begi