Skip to main content

Posts

Motivasi - Syukuri Nikmat Allah

Thought = [Pemikiran] > menghasilkan perasaan Feeling = [Perasaan] > menghasilkan tindakan Action = [Tindakan] > menghasilkan hasil @ kesan Thought   ] Feeling    ]   =   RESULT Action     ]   ===== Allah darinya semua kasih-sayang, perhatian, pertolongan, bantuan, cinta dan kebaikan Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah lah datangnya. Segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah.  Kemudian apabila kami di timpa kesusahan, maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan. (An-Nahl 16:53) Syuku..Syukur...Syukur Ya Syukur itu sangat indah kemanisannya, maka bersyukurlah ===== MASALAH =  MASA ALLAH # Allah nak kita beri masa pada Dia # Allah nak kita kembali fokus pada Dia # Allah rindu nak dengar kita bangun Tahajud dan merintih pada Dia ===== Kita layak untuk hidup dengan tenang Bila kita tenang dan damai Cara kita memandang sesuatu masalah itu berbeza

Motivasi Kehidupan

Sesuatu yang dipelajari hasil dari bacaan web-walking. Secara ringkasnya # Seandainya kita ingin memulakan sesuatu, maka bermulalah dengan "WHY" yang jelas. # Segala kebahagiaan, ketenangan, keberkatan dan kejayaan dunia dan akhirat adalah terletak kepada hati atau kolam jiwa.  Kolam jiwa ini umpama MAGNET.  Jadi jagalah KOLAM JIWA kita. # Sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanafaat kepada orang lain, # Allah berikan kita dua telinga dan 1 mulut kerana Allah mahu kita lebih banyak mendegar dari berkata-kata.  Namun apakah kita telah menggunakan telinga itu untuk mendegar suara, rintihan atau kehendak orang-orang yang kita sayang? Dengarkah kita di saat mereka ingin berkata sesuatu kepada kita.  Seringkali kita sibuk dengan dunia kita, hal-hal kita ataupun tugasan-tugasan kita dan acap kali juga kita menganggap remeh dan tidak memberi perhatian kepada suara-suara dan rintihan mereka itu kerana kita mendengar namun kita tidak menikmati. #MASALAH hanyal...

Zikir Asmaulhusna

Ya Allah Ya Sami (Yang Maha Mendengar) Allah sentiasa mendengan rintihan kita walaupun kita hanya berbisik di dalam hati ** mulakan dengan menyeru "Ya Allah Ya Sami" Ya Allah Ya Basir (Yang Maha Melihat) Ya Allah Ya Basit (Yang Mana Melapangkan) Ya Haiyyu Ya Qayyum Dengan rahmatMu, daku memohon pertolongan, Baikilah seluruh urusanku dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata. Ya Nur Ya Hadi Ya Haq Ya Allah pancarkanlah cahaya petunjukmu ke dalam hatiku Kurniakanlah aku ketenangan dan ilhamkan aku jalan penyelesaian

Dimanakah Letaknya Hati Yang Bahagia

Hasil tulisan : rozaina ibrahim Foto : hasil carian google   Kita mencari di mana-mana dan kemana-mana untuk mendapatkan sekeping hati yang tenang, namun kita tidak pernah terlintas bahawa memiliki sekeping hati yang tenang itu adalah dari dalam diri kita sendiri,  Bila tenang dalaman kita maka tenang jugalah luaran kita. Kita mengejar kejayaan...mengejar kebahagiaan di serata tempat namun kejayaan dan kebahagiaan yang hadir itu hanyalah bersifat sementara.  Kita mengejar kebahagiaan dunia seperti wang, harta dan pangkat namun setelah ianya di perolehi apakah Bahagia itu datang?  apakah Bahagia itu dapat kita kecapi?  Tetap tidak kan...  Akhirnya kita merasa penat kerana terus mencari dan mencari Bahagia. Bahagia bukanlah  bukanlah dengan sentiasa mendapat kejayaan, kelihatan hebat  tetapi kebahagian sebenarnya ialah sentiasa menyedari nikmat dan mensyukuri apa yang ada dan kita miliki di saat ini. Dan ketika saya fokus pada ha...
ASMAULHUSNA jom sama2 kita praktikkan semoga memberi manafaat buat rakan2 pembaca blog akak ni Amin Sejak seminggu kebelakangan ni flyers2 inilah yg menjadi peneman aku... Masih belajar & berusaha untuk mengingati Nama2 Allah & simpan erat di dalam hati & minda..
Pesanan untuk diri sendiri  & semua pembaca blog akak yg disayangi.. Jom sama2 kita berpesan2 untuk kebaikan........ Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi : • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia. • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak. • Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan. ... • Allah akan sibukkan kita dengan harta. • Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa. • Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. • Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT. • Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lai...
Amalan Murah Rezeki : Checklist Untuk Diri Kita Setiap Hari Sekadar perkongsian daripada pembacaan yang hampir semuanya  menyarankan checklist seperti di bawah untuk menarik keberlimpahan rezeki kepada kita. #Bersyukur Sebaik membuka mata, luangkan 1-2 minit untuk melafazkan rasa syukur di atas segala nikmat & rahmat yang telah Allah swt pinjamkan kepada kita. Jadilah hamba yang bersyukur. #Berdoa Banyakkan berdoa ketika bersujud, minta aja apa yang kita nak kerana Allah swt yang Maha Kaya mampu memberi dan memperkenankan apa saja yang kita minta.  Mungkin terasa sulit untuk kita tetapi sangat mudah bagi Allah swt & mungkin banyak untuk kita tapi sangat sedikit pula bagi Allah swt.  Jadi jangan pernah berhenti berdoa.... #Bersedekah Semakin kita merasa kita tidak punya wang, maka di saat itulahlah kita harus bersedekah.  Amalkan bersedekah walaupun hanya RM 1.00 sehari.  Bersangka-baiklah dengan Allah swt  kerana Allah swt tidak pernah...
Alhamdulillah 23 Ramadan 1436H. InsyaAllah hari ini adalah Jumaat terakhir di bulan Ramadan 1436...jom pelbanyakkan amalan kita di bulan yang mulia ini.  Semoga tahun ini adalah Ramadan terbaik untuk kita dan semoga Allah temukan kita dengan Malam Lailatulqadar yang ditunggu2 oleh setiap umat Islam, Amin.
MENJEMPUT REZEKI Rezeki tidak perlu di kejar tapi boleh di jemput dan di seru dengan mudah sekali apabila kita tahu caranya.  Dah banyak buku dan e-book yang akak baca dan hampir kesemua penulis akan menyarankan perkara-perkara yg sama untuk kita lakukan.  Walaupun semua tips yang disarankan oleh mereka itu kita memang tahu & boleh di katakan ianya juga mudah untuk di lakukan tetapi tetap kita abaikan & kita anggap payah untuk di laksanakan.  Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Antara tips menjemput rezeki yang dapat akak rumuskan adalah :- 1.  Bersedekah      - Semakin kita merasa kita tidak kecukupan maka semakin kuatlah kita harus bersedekah,        Jadikanlah sedekah itu sebagai rutin walaupun hanya RM1.00 sehari untuk kelancaran rezeki.        Apabila mempunyai kelebihan rezeki maka bolehlah kita gandakan sedekah kita itu. 2.  Istigfar      - Beristighfar ...
ANTARA IMPIAN KU YANG MASIH SEDANG AKU CUBA UNTUK MENGAPAINYA... Semoga Allah permudahkan & kabulkan.  Amin. 1) Menjadi MUSLIMAH yang sebenar-benarnya dalam mencari Redho Allah 2) Mendekatkan diriku yang selama ini terlalu jauh dari Allah 3) Berjaya dalam empayar business Perbidanan - SPA & Makanan 4) Menjadi isteri yang menyenangkan hati suami 5) Menjadi anak yang dapat berbakti kepada ibu @ keramat hidupku 6) Menjadi ibu yang penyayang kepada putera dan puteriku 7) Menunaikan Haji & Umrah bersama keluarga dan ibuku 8) Menulis buku-buku motivasi tentang kehidupan, kekeluargaan dan genre santai2
Allah sedang mengujiku Allah sedang menjagaku Allah sedang memeluk kesakitan ini Dengan kuasa Allah Aku masih mampu tersenyum saat ini Maafkan aku Ya Allah Aku menyesal Aku mencintaimu Aku maafkan diriku atas segala ketikdasempurnaanku Aku menerima diriku Aku memaafkan diriku  Aku menyayangi diriku
Sejak bermulanya puasa, mood macam up and down sahaja...ada ketika bila teringatkan apa yang nak di masak utk berbuka...automatik terkenang pada arwah Ayah.  Tatkala menjamah masakah yang membuka selera terkenang pula pada arwah adik yang hampir 9 bulan tidak pernah menjamah makanan dan hanya susu melalui tiub yang menjadi makanan rugi setiap hari.  Ya Allah rindu terasa di hati kepada dua insan istimewa yang darah mereka mengalir di dalam tubuh badan ini. Emak pula dah seminggu demam dan kelihatan sangat letih dan tidak bermaya, Di hati kecil aku dapat merasakan yang emak sebenarnya rindukan suami dan anak lelaki yang telah pergi meninggalkannya.  Emak sebenarnya amat kehilangan.  Semoga Allah kurniakan ketabahan hati untuk bonda tercinta.  Ajal maut di tangan Allah, kita semua sedang menuju jalan pulang cuma ada yang lebih cepat dan ada yang lewat namun apa yang pasti kita semua akan di jemput pulang selesai tugasan kita di atas muka bumi ini.  Apaka...
Dah lama tak menjengah kat blog ni..dah bersawang, dah berdebu &  dah hampir di makan anai-anai ni...Banyak rasanya nak di cerita, banyak yg nak di kongsi melalui penulisan yang tak seindah ini tapi alasan paling standand..tak sempat atau tak dan, bak kata orang Kedah. Selalunya disinilah tempat aku melakarkan segala suka dan duka...serta kesedihan di hati. Lama menyepi bukan sebab dah lupa pd blog ini tapi terlalu banyak perkara dilalui terlalu banyak dugaan yang harus dilalui.  12 July 2011  Aku telah kehilangan seorang insan yang sangat aku sayang, insan yang penuh dengan kasih-sayang untuk di curahkan pada semua mereka yang dia sayangi.  Dialah ayah mertuaku Hj Abd Rani Md Hussain, pergi dijemput mengadap Illahi akibat sakit tua. Aku tak pernah menganggap dia sebagai bapa mertua kerana sayangnya aku pada dia sama seperti sayangnya aku pada ayahku sendiri.  Al-fatihan untuk arwah abah.  Abah always THE BEST. 8 June 2012 Di saat arjuna beta ...

30 minute Facial tutorial - Salon Secrets

3 HOURS Relaxing Music with Water Sounds

Romantic Love Songs - Instrumental Hits

DI MANA MH 370

Malaysia digemparkan dengan kehilangan pesawat MH 370 yang bertolak dari Kuala Lumpur ke Beijing. Hari ini 16 March 2014, sudah 9 hari misi pencarian di lakukan oleh pihak MAS, Kerajaan Malaysia & Angkatan tentera laut & udara dan kini di bantu oleh negara luar, pada hari ni 25 negara telah menawarkan bantuan dalam misi pencarian.  Pencarian bukan sekadar di lautan malah merentasi 11 negara, termasuklah semua negara stan-stan di Koridor Utara. Aku yang tak berapa pandai sangat ni sampai pening memikirkannya, terpegun mendengar explanation  bekas2 juruterbang MAS. As at yesterday, rumah Pilot & Co Pilot dah di siasat.   Aku lihat top management MAS, Minister, Ketua Polis and semua yg terlibat dlm merungkai kes kehilangan MAS ni kelihatan letih ; mungkin juga tak lena  tidur sejak kehilangan pesawat ni sejak 9 hari yg lalu.   Media asing dah  terlalu ramai yg bekampung di KLIA Putrajaya,spekulasi pula bermacam yg dikeluarkan ol...

I AM BACK...DAIRI HATI UMMI

Alahmdulillah hari ni tiba2 teringat kat blog yg dah lama tak di jenguk & bersawang ni,  I am glad that pages view dah 5k ++, Alhamdulillah. Memang dah lama tak  menulis & tak menjengah blog ni, bukan lupa tapi sejak menjual on9 ni memang bz, maklumlah siang aku masih bekerja & malamnya pula bz menjual. InsyaAllah banyak cerita yang ingin aku kongsikan dan akan aku update di sini, Jumpa lagi....

ITS SO BEAUTIFUL .......................

During the last vacation to Lumut, while having a quick breakfast  with my beloved family at one of the Nasi Kandar Restaurant, my eyes spotted at one big Poster, frame nicely and stick firmly to the wall...It reads as.......... PROPHET MUHAMMAD PORTRAYS HIMSELF MEDITATION IN GOD IS MY CAPITAL. REASON AND SOUND LOGIC IS THE ROOT OF MY RELIGION. CONTEMPLATION OF GOD IS MY COMPANION. FAITH IS THE SOURCE OF MY POWER. SORROW IS MY FRIEND. KNOWLEDGE IS MY WEAPON. PATIENCE IS MY GARB AND VIRTUE. SUBMISSION TO THE DIVINE WILL, IS MY PRIDE. TRUTH IS MY SALVATION. WORSHIP IS MY HABIT. AND IN PRAYER LIES THE COOLNESS OF MY EYES AND THE PEACE OF MY MIND. Hope everyone will love reading this. Amin