Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

MY FIRST EXPERIENCE WITH BERBEKAM - Sunnah Berbekam

Sudah agak lama juga aku memikirkan tentang BEKAM ni especially bila badan mula terasa sakit-sakit dan tidak selesa, tapi selalunya excitement untuk berbekam itu hilang begitu saja bila memikirkan tentang darah, jarum dan kesan selepas berbekam Pada hari Khamis.  25 Oktober 2012 aku dan suami telah membuat temujanji untuk merawat tubuh-badan kami dengan kaedah rawatan berbekam.  Memandangkan ini adalah kali pertama rawatan ini aku lakukan maka sudah tentulah hati sedikit risau dan gusar, apatah lagi bila membayangkan berapa banyak darah yang akan keluar melalui corong-corong bekam itu nanti.  Keputusan paling drastik yang aku buat pada ketika itu ialah untuk melakukan bekam di kepala kerana aku sudah lama mengalami masalah migraine dan sakit kepala yang sering muncul.  Mujurlah rambut aku mampu menutupi kawasan yang telah di cukur untuk diletakkan Cup Bekam.  Alhamdulillah sejak daripada 25 Oktober tu hingga ke hari ini tidak sekalipun aku mengalami sakit kepala lagi, cuma

26 SEPTEMBER 2012 @ LESEN 'P'

Setelah hampir tiga bulan si putera dengan semangat yang berkobar-kobar dan tidak sabar-sabar untuk mendapatkan Lesen 'P', maka pada 26 September 2012 setelah menjalani ujian memandu oleh JPJ maka dengan rasminya si putera telah di anugerahkan dengan Lesen 'P'.  Girangnya hati si putera bukan kepalang, mungkin bagi dirinya MEMANDU adalah sesuatu yang dibanggakan, apatah lagi pada usia 17 tahun 5 bulan sudah boleh memandu, malah sudah ada pula lesen memandu.  Huuuuuh...bangga gilaaaaaa....' Bagi aku pula nak di katakan aku gembira bila si putera memberitahu dia sudah lulus ujian memandu, tak juga, nak katakan aku tak gembira pun tidak juga. Perasaan aku berbelah-bagi kerana aku tahu bila si putera sudah mendapat lesen P, dia pasti tak senang duduk kalau aku tak benarkan dia memandu, tapi bila aku benarkan dia memandu pula...hati aku rasa kurang enak juga...bimbang...risau...mula menguasai diri. Bila aku consult kawan-kawan aku, semuanya menyuruh aku membenarkan si

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA @ SPM JUST AROUD THE CORNER......KNOCK...KNOCK....KNOCK......

Tinggal seminggu saja lagi si putera akan menduduki peperiksaan yang penting di dalam hidupnya @ SPM.  Tapi si putera kelihatannya relax habis, bila di tanya about study, jawapan standard dari dia "dah study kat sekolah" or "dah study kat library".  Tak taulah betul atau tidak tapi terpaksalah juga aku percaya dengan kata-katanya itu.  Saat genting seperti sekarang kalau aku cakap banyak-banyak or memaksa sudah tak berguna lagi  Jauh di sudut hati aku hanya mampu berdoa agar si putera akan memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam SPMnya nanti.  Walaupun sudah di saat akhir tapi aku masih berharap berlakunya keajaiban, segalanya tidak mustahil dengan izin Allah s.w.t. Good Luck my love in your coming SPM.  BELIEVE IN YOURSELF.....ONLY YOU CAN HELP YOURSELF AT THIS MOMENT

Selamat Hari Raya Aidil Adha @ Selamat Hari Raya Haji @ Selamat Hari Raya Qurban

Tanggal 26 Oktober 2012 seluruh umat Islam di Malaysia dengan riangnya telah menyambut Hari Raya Aidil Adha.   Walaupun di dalam kalendar Islam Hari Raya Aidil Adha adalah penting tapi mengapakah setiap tahun kita dapat merasakan ketibaannya disambut hambar sahaja.  Apa yang membimbangkan ialah satu hari nanti generasi muda menganggap sambutan Hari Raya Aidil Adha hanyalah untuk mereka yang pergi menunaikan fardhu haji ataupun mereka yang melakukan ibadah Qurban sahaja.  Bersama-samalah kita kembalikan kemeriahan Hari Raya Aidil Adha setanding dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri........ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR & BATIN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Appraisal Knocking Your Door

2012 has come to its end, so as usual Appraisal is knocking at our door for most of the private sectors staff. Mine already completed on Monday, 22 October 2012, what else to expect.....!!!!! I have given my best and  I have contributed my services towards the company and its the management who will be deciding on how well is my performance. Hope that for year 2013 I will be getting good bonus and good increment as my reward if my performance is towards my boss expectation.  Boss is always rite!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

It's Our Destiny - He, who is my other half

Aku menganggap jodoh aku dengan suami adalah jodoh dari Allah swt, seorang suami yang baik, penyayang dan tidak pernah banyak kerenah dan sangat senang diuruskan walaupun agak cerewet dalam soal permakanan.   Alhamdulillah yang namanya jodoh itu, semuanya seolah-olah sudah disusun rapi dan  berlaku dengan sangat pantas malah perkenalan kami  juga sangat singkat.  Selama 18 tahun bersama aku memang gembira dan bahagia hidup disampingnya.  Adatlah dalam berumah-tangga pasti  ada  pasang surutnya tapi semuanya kami hadapi bersama dengan redha dan tanpa keluh-kesah. Semenjak diijabkabulkan pada tahun 1994 kami memang tidak pernah berpisah, kalau adapun hanya untuk beberapa hari atas urusan kerja masing-masing.  Tetapi yang namanya perancangan Allah, memang tak mampu untuk kita menolaknya.  Setelah sekian lama hidup bersama, kami ditakdirkan untuk berpisah dan tinggal berjauhan.  Tak mudah untuk menerima kenyataan ini dan tak mudah juga untuk diharungi.  Tapi demi untuk mencari nafk

BENARKAN MEMAAFKAN ADALAH KUNCI KEJAYAAN?

Pada setiap kali aku buntu, resah ataupun gelisah aku sering mencari di ruangan maya topik atau artikel-artikel yang dapat aku jadikan pemangkin semangat ataupun sesuatu yang dapat membuatkan aku melupakan sejenak apa yang merungsingkan aku pada ketika itu.  Pagi ini aku sempat menjelajah ke blog Timothy Wibowo, sebetulnya sudah agak lama juga aku tidak berkesempatan melawat blog beliau.   Pada aku blog saudara Timothy penuh informatif dan sentiasa memberikan motivasi kepada pembacanya. Salah satu tajuk artikel di blog tersebut yang memaksa kedua biji mata aku untuk spontaneously membacanya bertajuk "MEMAAFKAN ADALAH KUNCI KESUKSESAN".  Menarik bukan.....Well...."MEMAAFKAN" menyebutnya mungkin sangat mudah tapi melakukannya adalah sangat sulit sekali. Kita mungkin menyebut kata maaf di mulut tapi di hati mungkinkah kita ikhlas memaafkan atau mungkin juga kata maaf kita lafazkan kerana terpaksa atau tanpa rela hati. Walau bagaimanapun di dalam artikeln

KEBAIKAN YANG MEMBAWA PADAH

Tulisan daripada idea puteriku Nur Aisyah melalui tulisan-tulisannya.  Tulisan ini juga telah aku hantar ke Kumpulan buku prima di bawah kategori buku kanak-kanak. Kebaikan Yang Membawa Padah Telah menjadi kebiasaan, setiap hari selepas pulang dari sekolah aku akan tinggal sendirian di rumah kerana ibu dan bapa aku bekerja, manakala abang sulong aku pula yang menuntut di Tingkatan Tiga, tinggal di sekolah berasrama penuh. Kebiasaan ayah pula setiap pagi sebelum aku berangkat ke sekolah ialah ayah akan berpesan berulang-ulang kali agar aku jangan lupa mengunci pintu pagar dan pastikan untuk tinggal diam di dalam rumah dan jangan sesekali membuka pintu pagar kepada sesiapa yang tidak dikenali. Kalau ada sesuatu yang mencurigakan cepat-cepat telefon ayah atau ibu. Pada suatu hari, sedang aku begitu asyik menyiapkan kerja sekolah sambil menonton televisyen, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan di daun pintu rumahku dengan kuat dan bertalu-talu. Dadaku mula berdengup dengan begitu

AMPUNKAN AKU IBU

Cerpen kanak-kanak yang aku tulis minggu lepas dan telah di hantar ke kumpulan buku prima.  Semoga ianya diterima dan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada syarikat penerbitan tersebut. Amin AMPUNKAN AKU IBU Setelah kematian bapa, ibunya pula terus menghilangkan diri, begitulah nasib malang yang menimpa Syamir. Semenjak ibunya menghilang Syamir telah dibesarkan oleh datuk dan nenek sebelah bapanya di kampong dari usianya lima tahun. Ternyata ujian hidup tidak berhenti di situ sahaja, pada usianya lapan tahun anak yang masih kecil dan tidak mengenal perit- jerih kehidupan itu terpaksa pula berpisah dengan datuk yang di sayangi yang pergi buat selama-lamanya menghadap Illahi. Semenjak itu Syamir dan neneknya yang semakin uzur itu telah di titipkan pula di bawah penjagaan adik lelaki bongsu kepada ayahnya. Kehadiran Syamir dan neneknya itu tidak disenangi oleh isteri pak sunya, malah dia menganggap kedua mereka hanya menjadi beban kepada diri dan keluarganya. Ternyata langit ti

PADAMU KU BERSUJUD - NYANYIAN AFGAN

Sama-samalah kita menghayati lirik lagu yang sungguh indah ini...  Sebagai insan yang lemah aku juga telah terlalu banyak melakukan dosa, samada yang aku sedari atau mungkin tidak aku sedari.  AMPUNILAH AKU YA ALLAH....HANYA PADAMU AKU BERTAUBAT DAN KAU JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG SELALU BERSUJUD..... PADAMU KU BERSUJUD KU MERATAP DALAM KELAM TIADA YANG BISA KU LIHAT SELAIN HANYA NAMAMU,  YA ALLAH ESOK ATAUKAH NANTI AMPUNI SEMUA SALAHKU LINDUNGI AKU DARI SEGALA FITNAH KAU TEMPATKU MEMINTA KAU BERIKU BAHAGIA JADIKAN AKU SELAMANYA HAMBAMU YANG SELALU BERTAUBAT AMPUNIKU YA ALLAH YANG SERING MELUPAKANMU SAAT KAU LIMPAHKAN KARUNIAMU DALAM SUNYI AKU BERSUJUD ESOK ATAUKAH NANTI AMPUNI SEMUA SALAHKU LINDUNGI AKU DARI SEGALA FITNAH KAU TEMPATKU MEMINTA KAU BERIKU BAHAGIA JADIKAN AKU SELAMANYA HAMBAMU YANG SELALU BERTAUBAT AMPUNIKU YA ALLAH YANG SERING MELUPAKANMU SAAT KAU KIMPAHKAN KARUNIAMU DALAM SUNYI AKU BERSUJUD KAU TEMPATKU MEMINTA KAU BERIKU BAHAGIA