Skip to main content

Posts

ATTITUDES OF WEALTH - Winning the 'Mind' Game

$  I CREATE MY LIFE. I CREATE THE EXACT AMOUNT OF MY SUCCESS $ I PLAY THE MONEY GAME TO WIN.  MY INTENTION IS TO CREATE WEALTH AND ABUNDANCE $ I ADMIRE AND MODEL RICK AND SUCCESSFUL PEOPLE $ I BELIEVE MONEY IS IMPORTANT, MONEY IS FREEDOM, AND MONEY MAKES LIFE MORE ENJOYABLE $ I GET RICH BY DOING WHAT I LOVE $ I DESERVE TO BE RICH BECAUSE I ADD VALUE TO OTHER PEOPLE'S LIVES $ I AM A GENEROUS GIVER AND AN EXCELLENT RECEIVER $ I AM TRUELY GRATEFUL FOR ALL THE MONEY I HAVE NOW $ LUCRATIVE OPPORTUNITIES ALWAYS COME MY WAY $ MY CAPACITY TO EARN, HOLD AND GROW MONEY EXPANDS DAY-BY-DAY Quotes by millionaire Mind Intensive T. Harv Eker

AMALAN-AMALAN AGAR MURAH REZEKI

Aku sering mendengar kata-kata berikut, "Redha Allah terletak pada Redha Kedua Ibu-bapa".    Maka dari kata-kata tersebut haruslah kita fahami bahawa kita sebagai anak, seharusnya menjaga perhubungan kita dengan kedua ibu-bapa.  Malah kemurahan rezeki kita juga sememangnya berhubungkait dengan  hubungan kita dengan ibu-bapa kita.  Oleh itu fitrah seorang anak adalah menjaga hati serta berbuat baik terhadap kedua ibu-bapa kita. Dari beberapa buku motivasi yang aku baca khususnya berhubung-kait dengan rezeki juga menyarankan perhubungan baik dengan ibu-bapa dan beberapa perkara lagi seperti :- 1)  Menjaga Solat 2)  Menjaga hubungan dengan ibu-bapa 3)  Solat Dhuha 4)  Berselawat - 1,000 kali sehari 5)  Beristigfar - sekurang-kurangnya 70 kali sehari 6)  Bersedekah 7)  Mengamalkan Surah Al-Waqiah setiap malam 8)  Berpuasa sunat 9)  Mencari rezeki kerana Allah swt 10)Menolong orang...

MY 31 DAYS CHALLENGES

Pada pertengahan tahun 2012 aku dengan azam dan semangat yang berkobar-kobar telah mencabar diriku sendiri dengan "Cabaran menulis selama 31 hari".  Tapi setelah tahun 2012 melabuhkan tirainya dan tahun 2013 mengamit, cabaran itu masih tinggal cabaran .........bak kata orang "cabaran di atas kertas"...  Hai tak tahulah bila dapat di laksanakan....Sibuk sangatkah aku ni atau memang aku yang tak pandai menggunakan masa yang telah dikurniakan Allah swt selama 24jam untuk setiap umat manusia di atas muka bumi ini. Yang pasti tahun 2013 ni aku sekali lagi sibuk kerana Princess aku akan menduduki peperiksaan PMR, maka jadual aku sebagai menteri pengangkutan ke kelas tuisyen masih lagi menjadi jawatan tetap untuk aku pada tahun ini.  Aku HARUS menyahut cabaran aku ini dan aku mesti melakukannya kerana "AKU BOLEH"................. Cabaran 1 - Apakah yang mendorong aku untuk menulis blog ini Cabaran 2 - Kenapa aku menulis dan memilih nama blog ini ...

HAPPY NEW YEAR......2013

DEAR  ALL, WISHING YOU AND YOUR FAMILY A HAPPY NEW YEAR OPEN A NEW BOOK FORGET ALL YOUR WORRIES AND WELCOME 2013 !! A NEW YEAR HAS COME WITH NEW EXPECTATIONS, NEW OPPORTUNITIES, NEW CHALLENGES AND A WHOLE NEW WAY OF DELIGHTING PEOPLE RELATED WITH YOU HAVE A HAPPY LIFE AHEAD

SILENT WISH

I COULD DO MORE BE MORE LOVE MORE BUT FOR NOW I WOULD SETTLE FOR A SILENT WISH THAT MY PRAYERS BE ANSWERED, MAY LOVE, JOY, HAPPINESS AND ABUNDANCE FALL GENTLY ALONG  MY PATH FULFILLMENT COMES EASILY MY WAY SO IF THERE'S NOTHING ELSE I CAN GIVE THEN IT IS MY WISH TO HAVE ONE WISH COME TRUE

BELIEVE IN YOURSELF

BELIEVE IN YOURSELF IN THE POWER YOU HAVE TO CONTROL YOUR OWN LIFE DAY BY DAY BELIEVE IN THE STRENGTH THAT YOU HAVE DEEP INSIDE AND YOUR FAITH WILL HELP SHOW YOUR WAY BELIEVE IN TOMORROW AND WHAT IT WILL BRING LET A HOPEFUL HEART CARRY YOU THROUGH FOR THINGS WILL WORK OUT IF YOU TRUST AND BELIEVE THERE'S NO LIMIT TO WHAT YOU CAN DO WHATEVER SPECIAL CHALLENGES YOU FACE ALONG LIFE'S WAY MAY YOU TRUST THAT YOU WILL ALWAYS FIND THE BEST IN EVERY DAY Quotes by : Emily Matthew 

IMPIAN @ MATLAMAT AKU 10 TAHUN AKAN DATANG

Setiap dari kita pasti mempunyai impian dan matlamat di dalam hidup.  Selalunya segala impian dan matlamat itu kita simpan di dalam hati dan tidak kita war-warkan atau kita zahirkan kepada umum kerana kita menganggapnya sebagai 'harta' peribadi. Aku juga menyimpan beberapa Impian dan Matlamat untuk diriku dan juga  untuk ahli keluargaku yang sangat aku sayangi.  Sebagai seorang wanita Islam, Aku ingin sentiasa menjadi seorang  hamba Allah yang sentiasa taat pada perintahNya dan aku juga berharap agar aku sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t ke jalan yang benar dan diredhaiNya.  Aku ingin menjadi hamba yang mendapat keredhaan  Allah pada setiap masa.  Aku juga ingin menjadi hamba yang mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan aku seharian. Aku cinta Allah dan Aku sayang Rasulullah.  Amin Of course, sebagai isteri, tentulah aku ingin sentiasa menjadi isteri yang solehah, taat  dan setia pada  suami, kerana d...

The End of SPM 2012

SPM has come to its end.  Insyaallah dengan izin dari Allah s.w.t  tidak ada yang mustahil.  Begitulah keyakinan diri aku terhadap si putera.   Aku yakin dengan pertolongan Allah s.w.t  dan aku juga yakin pada janji dan qada dan qadar Allah.  Alhamdulillah kerana dia telah mempermudahkan segala urusan aku, anak-beranak dalam menghadapi peperiksaan yang terbesar dan terpenting dalam sejarah hidup seseorang pelajar kerana cabaran yang menanti mereka selepas ini di Kolej atau Universiti adalah berbeza dengan  cabaran di zaman atau di alam persekolahan mereka. Setiap kali menghantar si putera untuk exam papersnya, akulah yang paling gementar, luruh jantung aku dibuatnya.   Kini semua gementar, gemuruh dan apa saja perasaan yang seangkatan dengannya sudah hilang dengan berakhirnya SPM...... Insyaallah kejayaan menanti anakanda dan juga semua rakan-rakanmu.  SUCCESSSSSSSSSSSSSSSSSSS ON THE WAYYYYYYYYYYYYYYY.   Amin YA ...

PADAMU KU BERSUJUD - AFGAN

Gratisan Musik

MAAL HIJRAH @ AWAL MUHARAM

Pada 15 November 2012, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan tahun baru Hijrah.  Semoga di tahun baru ini ketaqwaan kita akan dipertingkatkan lagi.  Marilah sama-sama kita mencari redha Allah serta  kasih-sayang Allah SWT yang kekal abadi.  Semoga kita juga akan menjadi hambaNya yang taat  serta umat Nabi Muhammad SAW yang kuat imannya. Amin Kredit to blog owner :- http://sitik.wordpress.com/2011/11/22/doa-akhir-tahun-dan-doa-awal-tahun-hijriah/ Doa Akhir Tahun Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lak...

Happy Diwali to All Indian in Malaysia

13 November 2012 All Indian in Malaysia will be celebrating their Diwali.... Wishing them HAPPY DIWALI and Happy Holidays.

TERJEMAHAN - DOA DI ANTARA DUA SUJUD

DOA  DI ANTARA DUA SUJUD : BISMILLAH  HIRRAHMAN  NIRRAHIM RABBIGHFIRLI  - Tuhanku, Ampuni Aku WARHAMNI  - Sayangi Aku WAJBURNII - Tutuplah Aib-Aibku WARFA'NII - Angkatlah Darjatku WARZUQNII - Berilah Aku Rezeki WAHDINII - Berilah Aku Petunjuk WA'AAFINIII - Sihatkan Aku WA' FUANNII - Maafkan Aku Semoga dengan memahami bacaan doa ini akan membuat kita lebih khusyuk di dalam Solat kita.  Sungguh indah bait-bait doa ini setelah kita memahami terjemahannya, sebuah doa  @ permohonan yang ikhlas dari seorang hamba kepada yang Maha Esa. Tuhanku, Ampuni aku, Sayangi Aku, Tutuplah Aib-aibku, Angkatlah Darjatku, Berikanlah Aku Rezeki, Berilah Aku Petunjuk, Sihatkanlah Aku, Maafkanlah Aku.  Amin

I L.O.V.E..................

I LOVE ALLAH S.W.T I LOVE EVERYTHING THAT ALLAH S.W.T LOVES I LOVE MY PROPHET MUHAMMAD S.A.W I LOVE UMAT MUHAMMAD I LOVE MY LIFE I LOVE MYSELF I LOVE MY PARENTS I LOVE MY LATE FATHER IN-LAW I LOVE MY MOTHER IN-LAW I LOVE MY KIND & LOVING HUSBAND RAZANAN  HAJI ABD RANI I LOVE MY CHARMING PRINCE, MUHAMMAD IRFAN HARRAZ I LOVE MY ADORABLE PRINCESS, NUR AISYAH ASILA I LOVE MY SIBLINGS I LOVE MY IN-LAWS I LOVE MY RELATIVES I LOVE MY PEERS AND FRIENDS I LOVE MY NEIGHBOURS I LOVE MY TEACHERS AND LECTURERS I LOVE THE LOVE ITSELF MAY ALLAH S.W.T BLESS ALL OF US AND THE PEOPLE THAT WE  LOVE WITH ALL HIS INFINITE BLESSINGS AND LOVE. AMEEN (Original Quotes from Dr Azizan Osman & rephrased to suit mine)

KUPANJATKAN DOA PADAMU YA ALLAH

Ya Allah, Ampunilah Segala Dosa-dosaku Ampunilah Segala Dosa-dosa kedua ibu-bapaku Ampunilah Segala Dosa-dosa Suamiku Ampunilah Segala Dosa-dosa Arwah Bapa Mertuaku Ampunilah Segala Dosa-dosa Ibu Mertuaku Ampunilah Segala Dosa-dosa puteraku Muhammad Irfan Harraz Ampunilah Segala Dosa-dosa puteriku Nur Aisyah Asila Ampunilah Segala Dosa-dosa adik-adikku, adik-adik iparku, Ipar-ipar serta Biras-birasku Ampunilah Segala Dosa-dosa anak-anak saudaraku dan anak-anak saudara kepada suamiku Ampunilah Segala Dosa-dosa Guru-guruku, Jiran-jiranku, Sahabat-sahabatku serta semuag yang mengenali diriku Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat yang Aku pernah melakukan kesalahan terhadap mereka Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat yang pernah melakukan keselahan terhadap diriku Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat. Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat dan Kasih-sayangMu ke atas diri kami Kurniakanlah kami umur yang panjang lag...

BERMULANYA SPM 2012

Tanggal 5 November 2012 maka bermulalah peperiksaan yang terpenting dalam kesuluruhan sejarah hidup sebagai seorang pelajar. Di dada akhbar dan  di corong media elektronik terpapar headline yang bertajuk   "472,541 Pelajar Mula Duduki SPM" Putera aku merupakan salah seorang daripada pelajar tersebut.  Kembang-kempis perut aku memikirkan tentang si putera.  Berselang-seli pertanyaan menerpa ke benak fikiran aku,  "Apakah si putera sudah betul-betul bersedia menghadapi peperiksaan SPMnya"? ,  "Sudah lengkapkah persediaan yang dilakukan oleh si putera menjelang peperiksaan ini?",  "Sudah habiskah si putera mengulangkaji pelajarannya?" dan bermacam-macam lagi pertanyaan dan persoalan yang bermain di kepala aku.  Tak nyenyak tidur aku di buatnya sejak beberapa hari si putera akan menghadapi SPM ini.  Perasaan ini sering bermain di fikiran aku setiap kali anak-anakku akan menghadapi peperiksaan penting dalam hidup mereka. T...

Urut Dengan Kaedah Refleksologi

Beberapa tahun yang lalu aku memang pernah melakukan urutan kaki refleksologi, tapi masa tu, teknik urutan kaki ini lebih di monopoli oleh bangsa cina, tetapi baru kini aku berjumpa dengan orang melayu yang melakukan refleksologi ini. Alhamdulillah terasa selesa saja dengan cara urutan dia walaupun ada di sesetengah bahagian tu terasa sakit yang amat sangat.  Menurut Pn Irah selalunya kesakitan di bahagian tapak kaki kita  itu akan menjadi penunjuk bagi bahagian tubuh badan kita yang bermasalah.  Aku memang bermasalah di bahagian kepala dan perut, manakala suami aku juga di bahagian perut, almaklumlah dia memang ada masalah ulcer dan gastrik yang sudah agak serious.  Insyaallah aku akan pastikan dia akan berrefleksologi setiap sebulan sekali, selepas ini.  Kita berusaha dan setiap penyakit pasti ada penawarnya.  Ameen

MY FIRST EXPERIENCE WITH BERBEKAM - Sunnah Berbekam

Sudah agak lama juga aku memikirkan tentang BEKAM ni especially bila badan mula terasa sakit-sakit dan tidak selesa, tapi selalunya excitement untuk berbekam itu hilang begitu saja bila memikirkan tentang darah, jarum dan kesan selepas berbekam Pada hari Khamis.  25 Oktober 2012 aku dan suami telah membuat temujanji untuk merawat tubuh-badan kami dengan kaedah rawatan berbekam.  Memandangkan ini adalah kali pertama rawatan ini aku lakukan maka sudah tentulah hati sedikit risau dan gusar, apatah lagi bila membayangkan berapa banyak darah yang akan keluar melalui corong-corong bekam itu nanti.  Keputusan paling drastik yang aku buat pada ketika itu ialah untuk melakukan bekam di kepala kerana aku sudah lama mengalami masalah migraine dan sakit kepala yang sering muncul.  Mujurlah rambut aku mampu menutupi kawasan yang telah di cukur untuk diletakkan Cup Bekam.  Alhamdulillah sejak daripada 25 Oktober tu hingga ke hari ini tidak sekalipun aku mengalami...