Skip to main content

Posts

CERPEN - ANDAI INILAH TAKDIRNYA

Alhamdulillah akhirnya pagi ini aku telah dapat menyiapkan cerpen aku yang bertajuk "ANDAI INILAH TAKDIRNYA".  Actually dah beberapa hari aku cuba siapkan cerpen ni tapi tak berkesempatan.    Cerpennya telahpun aku kirimkan ke Editor Majalah Mingguan Wanita.  Ianya adalah pengalaman yang aku lalui ketika ini..........Semoga ianya disiarkan, Amin. Beginilah kisahnya..................... ANDAI INILAH TAKDIRNYA Satu petang yang indah   tiba-tiba terasa hidupku terlalu kosong dan habar. Mengapa setelah usia   perkahwinan aku yang   mencecah lebih   18 tahun, aku dan anak-anak   ditakdirkan untuk berpisah dengan suami tercinta.   Ternyata perpisahan ini begitu   sulit   bagiku namun   tidak   juga mudah buat suami dan   anak-anak.   Yang namanya takdir Allah tak siapa dapat menduga atau menghalangnya.    Aku sendiri   sukar untuk menerima ketentuan ini tetapi   perancangan...

QUOTES BY - JOHN LENNON

14 September 2012 @ HAPPY BIRTHDAY TO ME

Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH kerana di berikan kesempatan untuk menambah setahun lagi usiaku.  Syukur juga padaMu Ya ALLAH kerana aku masih dikurniakan kesihatan yang baik, Suami yang amat menyintai dan menyayangiku, anak-anak yang sentiasa menceriakan kehidupanku, kedua ibu dan bapa yang juga sangat penyayang dan sanggup berkorban apa saja untuk kebahagiaan semua anak-anaknya, majikan yang sangat perihatin dan mengambil-berat tentang hal kebajikan aku sebagai pekerjanya serta rakan-rakan dan jiran-jiran yang sentiasa menghulurkan tangan saat aku memerlukan bantuan.  Alhamdulillah Terima Kasih Ya ALLAH untuk semua nikmat yang di kurniakan kepadaku, keluargaku dan mereka-mereka yang aku sayangi di sekelilingku. Insyaallah aku ingin berusaha lebih kuat lagi dan ISTIQOMAH  untuk lebih mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH.  Aku juga berharap agar aku dapat melakukan lebih banyak kebaikan hanya keranaMu Ya ALLAH dan aku mohon padaMu agar Engkau dapat membantu ...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri @ 2012

Walaupun Syawal sudahpun menghampiri minggu ke 3, namun aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI @ MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua Muslimin dan Muslimat.  Harapanku agar Ramadan yang telah ditinggalkan  merupakan Ramadan yang terbaik dan yang terindah untuk dikenang dan semoga ianya juga bukanlah  Ramadan yang terakhir buat diri kita, Insyaallah. Semoga kehadiran Aidil Fitri ini mampu untuk mengeratkan lagi pertalian silaturrahim di antara kita, merapatkan kembali hubungan yang renggang dan mendekatkan pula hubungan yang jauh, Amin. Alhamdulillah  Syukur dan Terima Kasih padaMU Ya Allah di atas kesempatan yang diberikan kepadaku untuk melalui Ramadan pada tahun ini dan juga berpeluang meraikan Syawal yang ceria. 

NLP Leads For A Better Future

Just sharing from STAR  Publication dated 10 April 2012.

TO ALL THE EXCELLENT MUM....

 SHARING BEAUTIFUL ARTICLES THAT I READ THIS MORNING FROM STAR PUBLICATION DATED 9 MAY 2012.  THIS ARTICLES WAS WRITTEN BY MS CHARIS PATRICK TO ALL EXCELLENT MOTHERS OUT THERE....WISHING YOU A HAPPY MOTHER'S DAY.....'

THANK YOU ALLAH.....

I GIVE THANKS FOR MY MANY BLESSINGS JUST FOR TODAY, I WILL NOT ANGER JUST FOR TODAY, I WILL NOT WORRY I WILL DO MY WORK HONESTLY I WILL BE KIND TO PEOPLE AND EVERY LIVING THINGS

Sharing is Caring.....................!!!!!!!!!!!!!!!!!

Just sharing ..... from e-mail that i received : 5 tips for becoming Extraordinary ANYTHING  is POSSIBLE Remain 100%  CONFIDENT Start to TAKE ACTION NOW GET OVER with PROCRASTINATION GET CLEAR with what you WANT Quotes from Bob Proctor : " YOU GET RICH BY DOING  THINGS IN A CERTAIN WAY " Quotes from Wallace D Wattles : " LEASE EVERY PERSON YOU COME IN CONTACT WITH THE IMPRESSION OF INCREASE"

I Love Myself - This is my promises

Sharing beautiful quotes :  Thanks Google Today I intend to stay happy. I know that my real job is to pursue my happiness each and everyday. I know that my happiness comes from inside my heart and mind and no person, place, thing or experience can take my happiness away. I enthusiastically say "YES" to opportunities that expand my happines. I delight in knowing that my happiness is contagious and i secretly savor the delicious spread of my happiness "VIRUS". I watch happiness grow and expand all around me and I am grateful to be a part of the spread of well-being and abundance on this planet.

90/10 Principles - Steven Covey

Just sharing :-

BEGIN THE DAY WITH GRATITUDE (RALPH MARSTON)

 A day that begins with gratitude is a day that you'll be able to fill with positive progress When you're sincerely appreciative of where you are and what you have, you'll greatly expand your own possibilities Begin with a thankful thought and connect yourself with the abundance that is all around you There is always something for which you can be sincerely thankful and the simple act of being thankful ignites a productive momentum in your world By focusing your thoughts on the positive aspects of your life, you cause their influence to grow Be grateful, and your gratitude happily  creates even more things in your life for which you can be grateful The appreciation for what you have gives more value to all that you are The blessings you enjoy are blessings precisely because you see them as such Tap into the great reservoir of real value that is already available to you Live with gratitude, and you'll create even more reasons to be thankful

7 SECRETS OF SUCCESS

I FOUND THE ANSWERS IN MY ROOM ROOF SAID : AIM HIGH FAN SAID : BE COOL CLOCK SAID : EVERY MINUTES IS PRECIOUS MIRROR SAID : REFLECT BEFORE YOU ACT WINDOW SAID : SEE THE WORLD CALENDAR SAID : BE UP-TO-DATE DOOR SAID : PUSH HARD TO ACHIEVE YOUR GOALS @@@@ Sharing of these beautiful quotes that i received via email

Training - NLP @ Work

NLP At Work (How to build a positive attitude toward daily task) Last two weeks i have attended a very interesting 2 days training on NLP @ Work. This great training was conducted by a certified practitioner of NLP by the developer Judith DeLozier of the NLP and Master Trainer of NLP University, USA. The great trainer is Mr Bryan Chew. It is one of the best training that i have attended so far and I am grateful to the management for giving me the opportunity to learn and attend the training. This program was based on the approach of human behavior to inspire employee's potential to perform up to their optimal level. "Nobody is incapable, but is only reluctant to learn" Hopefully i could change my limiting beliefs that i have been holding for decade in me......!!!!!1

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Mustafa Che Mee

Al-Fatihah.....untuk Allahyarham Mustafa Che Mee' Selepas Isyak, tanggal 17 April 2012, seorang sahabat yang telah kami kenali sejak sekian lama telah pergi di jemput menghadap Allah s.w.t. Walau bagaimanapun aku dapat merasakan yang suami aku amat terasa kehilangan akan seorang sahabat yang telah begitu lama dikenali dan telah lama berkongsi cerita dan teman berbual. Perginya beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang puteri. Pastinya bagi Kak Mah dan anak-anak, pemergiaan allahyarham amatlah mengejutkan kerana ianya secara tiba-tiba. Tapi sebagai orang Islam pastilah kita terpaksa redha dengan takdir Allah dan sesungguhnya ajal, maut, jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa-dosanya, dari sekecil-kecil dosa sehinggalah sebesar-besar dosa dan semoga Allah swt juga mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia bersama-sama para shuhada dan para solihin. Amin

MSSM Golf 2012, Meru Valley Resort, Ipoh - 6 - 8 March

Pada 6 - 8 March 2012 yang lepas telah berlansung Kejohanan MSSM Golf 2012 di Meru Valley Resort untuk peserta lelaki manakala untuk peserta wanita pula telah berlangsung di Clearwater Golf Resort. Pada kali ini Perak telah menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut. Alahamdulillah, inilah adalah kali ketiga si putera mewakili Negeri Kedah untuk kejohanan MSSM. Bermula pada tahun 2010 di Negeri Sembilan, 2011 di Negeri Selangor dan 2012 di Negeri Perak. Tahun 2012 adalah tahun terakhir bagi dirinya kerana tahun ini dia sudah di Tingkatan 5. Pertandingan berlangsung selama tiga hari berturut-turut dan aku beserta suami serta si puteri telah turun ke Ipoh untuk memberikan semangat untuk si putera yang sedang berjuang untuk mendapatkan placing yang baik. Pada hari pertama si putera bermain dengan score yang sangat baik iaitu 74 stroke saja, namun hari kedua dan ketiga agak mengeciwakan. Kami faham selain faktor cuaca yang agak buruk kerana hujan yang berterusan sejak pet...

Cabaran 31 Hari Untuk Diriku......Boleh keeee ??????

Disebabkan oleh kemalasan aku untuk mengupdate blog aku ini, maka aku telah mengambil keputusan untuk mencabar diriku sendiri untuk menulis satu topik sehari selama 30 hari. Haa haa masalahnya sekarang boleh keeee???? Bak kata Dr Azizan, Fast Action...Fast Result...Terhegeh-hegeh Action Maka Terhegeh-hegeh Result...Betullah aku ni sudah tergolong dalam terhegeh-hegeh action sebab itulah terhegeh-hegeh result. Cabaran 1 - Apakah yang mendorong aku untuk menulis blog ini Cabaran 2 - Kenapa aku menulis dan memilih nama blog ini "Diari hati Ummi" Cabaran 3 - Kenapa aku mencabar diri aku sendiri dengan cabaran ini. Cabaran 4 - Siapakah Aku dan gambar paling latest aku. Cabaran 5 - Siapakah ahli keluarga aku dan gambar latest kami sekeluarga Cabaran 6 - Luahan rasa kasih dan sayang aku terhadap kedua ibu-bapa aku Cabaran 7 - Apakah impian aku Cabaran 8 - Zaman persekolahan aku di sekolah rendah, menengah dan kolej Cabaran 9 - Kerjaya pertama aku sehinggalah sekarang ...

Maafkan Ummi Sayang.....'

Kenapa aku merasakan sungguh sulit untuk bersabar dengan kerenah anak-anak... Aku sering terfikir kenapa sulit untuk membuatkan anak-anak itu faham yang kita sebagai ibu dan bapa sangat sayangkan anak-anak kita. Sebagai ibu kepada seorang putera dan seorang puteri, aku tak mungkin pula akan membezakan kasih dan sayang aku terhadap mereka. Kerana bagi aku, mereka berdua adalah segala-galanya bagi diri aku. Seandainya aku melihat mereka sedih pasti itu akan membuat aku lebih tersiksa. Ada kalanya mereka aku marahi bukan kerana aku tak sayang tapi kerana aku bimbang kesalahan yang tak ditegur atau diperbetulkan akan menjerumuskan mereka kepada kesalahan demi kesalahan yang lain pula. Abang kini sudah banyak sangat berubah sudah leka sekali dengan cinta monyetnya, aku tahu si gadis itu adalah seorang yang baik dan dari keluarga yang baik-baik dan berkedudukan juga tapi perjalanan hidup mereka masih panjang dan along the line mereka masih punya banyak peluang untuk berjumpa atau terjum...

GEN 2 ...... OH ....... GEN 2

12:30pm. Saturday 31 March 2012, again my car was knocked by a stupid driver at Jalan Bakar Arang, Sungai Petani. Me and my son was on the way from our house to one of the computer shop at Taman Patani Jaya. While stopping at the traffic light suddenly i heard a loud bang behind my car and as we went out from the car, I saw my bumper was badly dented and the exhaust pipe was a bit bend inside....Huuuuuh i was damn angry when i asked the driver whether he didnt notice that we are still stopping as the traffic light is still red, he just tell out that he was sleepy. When i asked him, if you are sleepy then why must you drive? he just gave me a stupid smile... I told him, just because of his stupid action he has drag me into problem..... I was so angry... It's just not my day, after waiting for the police to come at the accident site, we then proceed to the Sungai Petani Police Station and lodge a report and as my hubby just arrived at the police station in time, i just let him ...

MSSK 2012 @ Kulim Golf Resort

Alhamdulillah selesai sudah cabaran yang sangat-sangat dinantikan oleh sang putera kesayangan iaitu Kejohanan GOLF MSSK 2012 pada 15 dan 16 Februari 2012 di Kulim Golf Resort. Aku dan suami walaupun meletakkan sasaran yang agak tinggi terhadap sang putera namun ianya tidak disampaikan secara terus memandangkan kami tidak mahu dia merasa stress. Di hati aku yakin Sang Putera pasti akan menjuarai kategori bawah 18 tahun dan Alhamdulillah, betapa besarnya Rahmat Allah s.w.t, hasrat ini dikabulkan sesuai dengan permintaan kami suami-isteri. TAHNIAH untuk MUHAMMAD IRFAN HARRAZ BIN RAZANAN kerana telah bermain dengan baik pada kedua-dua hari tersebut dengan score yang sangat baik juga iaitu 75 pada hari pertama dan 74 pada hari kedua. Di saat sang putera memberikan ucapan, hatiku agak tersentuh kerana di saat kejayaan sang putera masih ingat akan jasa dan pengorbanan kami sebagai ayah dan ibunya terhadap semua kejayaannya semenjak menceburi permainan GOLF secara serious. Alhamdulil...

AKU BERSUMPAH, AKU KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

ALHAMDULILLAH !!!!!!!!!! syukur kerana akhirnya Allah swt telah mempermudah bagi diriku untuk menghadiri satu seminar yang betul-betul telah membuka minda aku. Aku percaya dengan ilmu, semangat dan keyakinan diri yang baru ini aku berhak menjadi Kaya dan Berjaya bagi menambah nilai untuk kehidupan orang lain. Semua ilmu yang dikongsi oleh Dr Azizan selama tiga hari itu sungguh bermakna buat diri aku, malah aku dapat merasakan betapa ikhlasanya dan betapa bersungguhnya DAO untuk melihat lebih ramai jutawan tumbuh di bumi bertuah ini. Tak mungkin ada seseorang multi-milionaire yang mungkin sanggup bersusah-payah seperti beliau untuk menaik-tarafkan kehidupan orang lain, tapi Alhamdulilla prinsip beliau "The more you give and the more you get" telah berjaya meletakkan diri DAO di tempat yang selayaknya untuk beliau. Selain itu DAO juga menekankan kepada semua peserta untuk kaya dan berjaya adalah penting untuk kita menjaga perhubungan, bukan setakat perhubungan di ant...