Skip to main content

Posts

Dear Diary - Jurnal 002/2015

Jurnal 002/2015 Banyak yang telah aku pelajari sejak join Program Kenali Diri anjuran Coach Azean dan banyak catatan telah di buat dan terasa rugi sangat kalau segala ilmu yang telah dipelajari itu aku sia-siakan. Maka aku mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang telah aku pelajari itu di dalam Blog ini di bawah label 'Dear Diary - Ana' InsyaAllah akak berkongsi dari hari ke hari nota-nota yang telah aku catat sejak setahun yang lalu agar menjadi perkongsian bersama dan semoga dapat memberi manafaat kepada orang lain juga.

MASALAH = MASA ALLAH (Jurnal - 001/2015)

Allah nak kita bagi masa pada Dia Allah nak kita kembali pada fokus pada dia Allah rindu nak dengar kita bangun tahajud dan merintih pada dia Apabila hati kita tenang dan damai, cara kita pandang masalah juga berbeza. Anggaplah masalah itu sebagai iklan di dalam hidup kita, ia datang dan pergi Kita layak untuk hidup tenang dan bahagia Apalah sangat cabaran yang Allah bagi Jika hendak kita bandingkan dengan nikmat yang Allah dah beri kepada kita sejak kita di dalam perut ibu lagi. Terlalu banyak yang Allah dah beri dan telah kita nikmati dan rasai setiap hari Tapi pernahkah kita menghitung segala nikmat itu atau kita hanya menghitung segala ujian dari Allah sahaja. Mata kita merakam setiap peristiwa yang terjadi di sekeliling kita atau apa saja yang kita lihat Hati kita sentiasa mentafsir setiap yang terlintas menurut pandangan atau perspektif kita Fikiran kita pula sentiasa berfikir baik, buruk, elok, cantik sesuai atau tidak semuanya juga menurut perspektif  kita sen...

Tips Pengurusan Masa & Kerja Rumah

Aku adalah seorang isteri dan ibu yang bekerjaya.  Selain bertugas di waktu pejabat 9:00 pagi hingga 6:00 petang.  Malam usai solat maghrib aku akan mula menghabiskan masa di hadapan komputer riba, update barangan dan produk SPA yang kami jual secara online dan offline.  Selain itu menguruskan packing untuk pelanggan serta update stok.  Aku bekerja 5 hari seminggu di pejabat namun untuk urusan business SPA aku bekerja setiap hari sepanjang minggu.  Selain bekerja, menguruskan bisnes SPA dan pengeluaran produk homemade SPA aku juga menguruskan semua urusan rumah-tangga seperti ibu-ibu dan isteri-isteri yang lain. Kebiasaannya aku akan memastikan urusan mengemas, mencuci pakaian atau apa saja pekerjaan yang berat di lakukan pada hari Sabtu.  Kerana sekiranya pada kedua-dua hari bercuti  hujung minggu aku menyibukkan diri dengan urusan mengemas dan sebagainya maka pada hari Isnin aku pasti merasa letih. Jadi apa sahaja tugasan yang perlu aku selesa...

Tentang Aku - Ummi Ana

Aku adalah ibu kepada dua orang permata istimewa anugerah  dan pinjaman Allah kepadaku. Keduanya adalah pelengkap dan penyeri kepada rumah-tangga kami yang telah di bina hampir 21 tahun yang lalu. Syukur Alhamdulillah atas nikmat pinjaman dan kurniaan ini. Banyak kisah suka, duka, lucu, gembira, tawa, riang dan sedih telah di lalui sepanjang membesarkan mereka. Tapi itu semua adalah asam garam kehidupan yang mengajar aku untuk lebih cekal, kuat dan pengalaman yang indah untuk disimpan dan dikenang dalam diari lipatan hidup.  Anak-anak dengan kerenah mereka tersendiri, si putera terkenal dengan sikap semulajadi yang pandai mengambil hati orang lain, manakala si puteri pula seorang yang berwatakan tegas dan sukar untuk bermesra dengan orang sekeliling terutamanya yang tidak dikenali.  Si putera sangat pandai berbelanja, agak boros dan suka pada yang barangan dan pakaian yang  berjenama sahaja, manakala si puteri pula sangat pandai berjimat, agak kedekut dalam berbe...

ASMAUL - HUSNA

1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia. 2. Ar-Rahim: ( الرحيم )  Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat. 3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri. 4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan. 5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya. 6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik. 7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu. 8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / M...

Chocolate Cheese Cake

Walaupun ‘baking’ adalah antara ‘passion’ yang memang tersemat dalam diri tapi telah lama di abaikan, bukan kerana  minat tu dah  pudar tapi alasan tak punya masa selalu mengukuhkan lagi hasrat untuk tidak membuat kek dan biskut. Tapi semenjak  terjebak menjual tepung kek segera, minat tu muncul kembali kerana setiap kali membuat kek hasilnya selain sedap, rupanya juga cantik dan sedap mata memandang, jadi semangat untuk ‘baking’ mulalah meluap-luap. Last week buat Chocolate Cheese Cake  yang di ajar oleh seorang rakan, menjadi pula dan En Suami pun bagi compliment sebab sedap, maka di hatipun berbunga-bungalah bangga.  Lumrah sebagai manusia kan memang suka di puji.  Semakin di puji semakinlah dia ingin menunjukkan kehebatannya Di sini akak kongsikan resepi yang sangat mudah  ini dan bahan-bahannya juga boleh di dapati di dapur sahaja. RESEPI :  CHOCOLATE CHEESE CAKE Bahan-bahan Untuk Membuat  Kek Cokelat : 1 cawan gul...

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu. Ya Allah, Ya Tuhan Kami,  Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Ya Allah, Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka keti...

Zikir AsmaulHusna - Ketika Anak Sedang Menghadapi Peperiksaan

Zikir : Ya Zohir Ya Haadi Ya Nuur Ya Baari Bicara Hati Ya Allah, Ya Zohir, nampakkan kepada anak-anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya. Ya Allah, Ya Haadi, berikanlah petunjuk jawapan bagi soalannya. Ya Allah, Ya Nuur, pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala persoalan. Ya Allah, Ya Baari, yang maha mengatur, aturkan jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini. Amin. Ya Raab Panduan : Zikir AsmaulHusna disarankan untuk dibaca sebanyak 40X selepas setiap kali Solat.  Sekiranya tidak sempat, bolehlah di baca ketika waktu lapang.  Bagi masalah yang kronik, eloklah dibaca selepas solat hajat/solat dhula/solat tahajud dengan di baca dalam sujud akhir sebanyak 40X dan berdoa di dalam hati mengikut tujuan dan masalah yang sedang dihadapi.  Untuk menjaga adab dengan Allah swt, sebaiknya di mulai dengan Allahumma Allahu Rabbi

Menjadi Luar Biasa !!!!

MENGUBAH YANG BIASA MENJADI LUAR BIASA Dikecewakan itu BIASA, tapi membalasnya dengan kasih sayang itulah yang LUAR BIASA... Memaafkan kesalahan itu BIASA, tapi berbuat baik pada yang bersalah itulah yang LUAR BIASA... Memberi itu BIASA, tapi memberikan sesuatu yang masih kita sayangi serta kita perlukan  itulah yang LUAR BIASA... Bersyukur itu BIASA, tapi bersyukur saat kita ditimpa  musibah itulah yang LUAR BIASA... Sama2lah kita  membentuk peribadi  daripada insan yang biasa2  menjadi insan yang LUAR BIASA.

Syukur

Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu … Kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar … Bersyukurlah untuk masa-masa sulit … Di masa itulah kamu bangkit … Bersyukurlah untuk keterbatasanmu … Karena itu memberimu kesempatan untuk berkembang … Bersyukurlah untuk setiap tentangan baru … Kerana itu akan membangunkan kekuatan dan keperibadianmu … Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat … Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga … Bersyukurlah bila kamu lelah dan letih … Kerana itu kamu telah membuat suatu perbedaan … Mungkin mudah untuk kita bersyukur akan hal-hal yang baik … Hidup yang berkelimpahan datang pada mereka yang juga bersyukur akan masa surut … Rasa syukur dapat mengubah hal yang negatif menjadi positif … Temukan cara bersyukur akan masalah-masalahmu dan semua itu akan menjadi berkah bagimu 

Aku Ada Allah

Aku kuat bukan kerana aku kuat. Aku kuat kerana aku tahu aku ada Allah  Allah yang Maha Kuat sentiasa bersama aku Allah yang Maha Kuat tidak pernah meninggalkan aku Allah yang Maha Kuat tidak pernah memalingkan mukanya pada aku Adanya Allah bersamaku aku tidak pernah gentar walau apapun yang datang Hakikatnya aku hamba yang hina Hakikatnya aku hanyalah hambanya yang sangat lemah Aku sedang belajar dan terus belajar untuk menjadi langit biru yang tenang menyaksikan awan putih dan awan hitam yang silih berganti. Aku sedang belajar melalui pelangi kehidupan yang penuh warna-warni

MEMAAFKAN

Bahagia

Yang namanya bahagia itu adalah sekarang Bukan nanti, belum masa atau akan datang Bahagia itu apabila kita mensyukuri Apa yang kita miliki, Bukan apa yang belum kita miliki ... Kerana hidup ini terlalu singkat Untuk tidak bahagia.

Mengapa Nikmat Terhalang

# Dosa Besar  adalah salah satu penyebab terhalangnya Nikmat. Sahabat, Ilmu saya tak banyak, bukan lah niat saya untuk tunjukkan yang saya tahu banyak hal. Namun saya kongsikan apa yang saya tahu. Minggu lepas, secara tidak sengaja (bagi akal manusia) saya temui jawapan. Bagi Allah swt, semuanya dah ditentukan. Allah swt seolah-olah menjawab soalan saya. Kenapa selama ini, Buat bisnes, tak nampak kejayaan. Dan kehidupan mendatar sahaja Saya tahu ramai sahabat diluar sana juga seperti saya. -Hidup tak bahagia -Berusaha namun masih tidak berjaya -Rumah tangga sering dilanda masalah -Anak-anak sukar untuk dibentuk dan dikawal. Dan lain-lain. Sahabat.. Rupa-rupanya.. Semua itu ada penyebabnya. Kerana..Dosa. Ya.. kerana Dosa-doa yang  lampau yang belum kita minta Ampun dari Allah swt. Tanya diri.. Adakah pernah kita terlibat dengan  Dosa besar ataupun menghampiri Dosa Besar? Dosa besar.. Punca terhalang segala nikmat ...

APAKAH MAKNA BAHAGIA?

Bahagia itu tidak terletak pada rumah besar Bahagia juga tidak diukur dari Kereta mewah menjalar yang dimiliki Bahagia juga bukan dari pangkat tinggi yang di sandang Bahagian bukan  kerana mengahwini Isteri atau suami yang cantik & handsome Bahagia juga bukan sebab punya anak-anak yang ramai Bahagia bukan juga di ukur dengan harta kekayaan yang dimiliki Bahagia bukan kerana sijil-sijil pengajian tahap tertinggi yang di miliki Tapi BAHAGIA  itu akan hadir apabila kita REDHA & SYUKUR  dgn setiap apa yang Allah swt kurniakan kepada kita. InsyaAllah dengan perbanyakan zikir & istighfar hati kita akan menjadi lembut Allah Ya Sabur, Ya Fattah #Jom Zikir, kerana hanya dengan zikir hati menjadi lembut  & bersih

SOLAT DAN DOA

Solat itu bukanlah sekadar  ibadah wajib atau sunat semata-mata, tetapi solat itu seandainya kita luaskan skop pemahamannya adalah seumpama kita paling dekat di sisi Allah swt, waktu yang kita peruntukkan untuk bertemu, berbual dan berdoa kepada Allah. Berdoalah, memintalah, merintihlah dan mengadulah pada Allah setiap waktu, walaupun di luar waktu solat kerana hanya Allah sahaja yang maha tahu apa yang terbuku di hati kita.  Allah rindu untuk mendengar rengekkan kita, rintihan kita dan rayuan kita, jadi, mengadulah pada Allah.  Allah sangat dekat dengan kita dan Allah sangat mengenali diri kita malah lebih dari kita mengenali diri kita sendiri. Hakikatnya kita yang memerlukan Allah lebih daripada Allah memerlukan kita.   Maka berdoalah dan bersolatlah seandainya kita tidak ingin Allah jauh dari kita

HANYA PADAMU... YA ALLAH

YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM....' Sesungguhnya aku tak punya apa-apa kecuali apa yang telah Engkau rezekikan kepadaku dan telah Engkau redhakan untukku. Kuatkanlah aku Ya Allah,  bantulah aku Ya Allah untuk memperbaiki diriku  dalam mencari redha dan kasih-sayangMu.  Bantulah aku Ya Allah untuk terus istiqomah untuk terus di jalan yang Engkau redhai.  Bantulah aku untuk memperbaiki ibadahku Ya Allah. Bantulah aku untuk menjadi hambaMu yg taat mengerjakan  setiap suruhanMu Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah untuk terus Istiqomah bersolat, berselawat, bersedekah dan bersabar dengan apa jua yang telah Engkau takdirkan untukku.  Tenangkanlah dan damaikanlah hatiku Ya Allah dan akhirilah kehidupanku dengan pengakhiran yang baik dan masukkanlah aku ke SyurgaMu tanpa hisab dan dengan RahmatMu Ya Allah. Amin Ya Raab