Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Ada Buku Dalam Diri Kita

"ADA BUKU DALAM DIRI KITA" - kata-kata indah ini aku petik daripada Subject E-mail Sdra Fauzul Naim Ishak yang aku terima semalam. Mula-mula aku agak kebinggungan juga apakah benar kata-kata ini "Ada Buku Dalam Diri Kita". Tetapi setelah selesai membaca e-mail beliau maka aku bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan oleh Sdra Fauzul. Memang betul seperti kata beliau di dalam e-mail tersebut antara kata-katanya yang saya petik dan kongsikan di sini ialah:- "Setiap manusia dalam dunia ini mempunyai perkara indah yang harus dikongsi dengan semua. Ia dipanggil PENGALAMAN. Pengalaman adalah amat dekat dengan keghairahan (passion) seseorang. Apabila seseorang itu menulis dengan ghairah, ia akan bercerita dengan hati yang ikhlas, bercerita dengan penuh prihatin dan melihat dengan fokus yang mendalam". Semoga petikan daripada e-mail Sdra Fauzul yang aku kongsikan di sini dapat dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin mula berjinak-jinak dengan

Istimewa Untuk Kakak Kesayanganku - Hajjah Begum Ibrahim

Wanita istimewa ini hadir kedalam kehidupanku tanpa direncanakan tapi aku pasti perkenalan kami ini adalah atas perancangan dan takdir Allah s.w.t. Walaupun tuhan telah mempertemukan kami hanya di dunia cyber melalui yahoo mail tetapi persahabatan ini sungguh istimewa bagi diriku. Walaupun kami hanya berbual melalui Instant Messenger dan yahoo mail tetapi aku dapat merasakan insan istimewa ini hidupnya penuh dengan kasih-sayang. Aku memang dapat merasakan keikhlasannya yang sentiasa mencurahkan sepenuh perhatian, kemesraan dan kasih-sayang terhadapku. Setiap waktu tika berbual pasti kata-kata nasihat dan tunjuk-ajar yang tiada nilainya di berikan kepadaku dan aku tahu tunjuk-ajar yang diberikan ini tak mungkin dapat aku perolehi di mana-mana juga institusi pembelajaran di dunia ini kerana setiap nasihat itu adalah dari simpanan ilmunya sendiri dan dari pengalaman hidupnya sendiri dan dari pengalamannya mengendalikan kelas-kelas motivasinya anjurannya. Alhamdulillah kini usia

Kasih Sayang

Aku panjatkan rasa kesyukuranku ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana telah menganugerahkan aku sebuah keluarga yang bahagia. Seorang suami yang penyayang dan seorang putera dan puteri yang sentiasa menjadi permata di hatiku. Alhamdulillah Ya Allah...terima kasih di atas anugerah yang tak ternilai ini buat diriku. Semoga Engkau akan limpahkan kami sekelurga dengan limpahan kasih-sayangmu Ya Allah. Semoga Engkau kurniakan kepadaku kesabaran, ketenangan, kegembiraan, keceriaan, kesihatan yang baik dan juga kemewahan yang dapat aku manafaatku bagi membantu insan-insan yang memerlukan. Kurniakanlah Ya Allah kepadaku kepintaran supaya dapat aku kongsikan ilmu yang bermanafaat dengan insan-insan sejagat Ya Allah. Ya Allah walaupun pada saat ini ujian darimu ini aku rasakan terlalu berat untukku tetapi aku tetap bersyukur di atas setiap takdir yang telah Engkau tetapkan untukku tanpa rasa kesalan ataupun keluh-kesah. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui apakah yang terbaik bu

Cereka tulisan puteriku Nur Aisyah

Sewaktu puteri kesayanganku ini menghabiskan cerekanya aku sudah mula merasa terlalu mengantuk lalu aku cuma menyuruhnya untuk 'tekan publish post' pada skrin komputer sahaja dan terus menuju ke kamar tidur kerana hari ini aku terasa begitu lelah sekali melakukan rutin seharian di rumah dan menemani suami menjalani latihan fisioterapinya di Pantai Hospital, terasa begitu nyenyak tidurku semalam. Pagi ini aku bangun dengan ungkapan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberikkan aku nikmat hidup sehari lagi dan bersyukur kerana aku masih bernafas dan sebaik sahaja selesai solat subuh pagi tadi terus saja aku onkan komputer dan melawat blog aku dan aku belek dan amati bait-bait ayat yang di coretkan oleh puteriku ini. Dalam hati aku berkata, "well not bad untuk permulaan, lagipun what to expect from a girl at the age of 11 years old" kerana inilah kali pertama dia menulis secara terbuka dan berbisik di hati kecilku, rupanya puteriku ini mempunyai bakat juga dalam

Pengalaman Pahit - Cereka tulisan Nur Aisyah Asila

Walaupun aku masih belajar dan bertaktih untuk menulis namun aku menggalakkan puteri bongsu aku untuk menjinakkan diri dalam bidang penulisan kerana dia menyimpan impian untuk menjadi penulis terkenal seperti J.K.Rowling, penulis remaja terkenal dengan siri Harry Potter. Boleh dikatakan hampir kesemua siri terbitan Harry Potter telah dibeli dari wang sakunya dan telah dibaca beberapa kali olehnya. Ummi ucapkan "selamat menulis untuk adik" dan semoga impian akan menjadi kenyataan. Selalu yakin dan percaya pada kemampuan diri sendiri, seperti kata-kata angakasawan kita kalau tak silap aku begini bunyinya "what you believe you can achieve" Beginilah hasil tulisan puteriku Nur Aisyah Asila untuk tatapan pengunjung blog aku ini:- Pada petang itu,ibu menyuruh aku ke kedai untuk membeli ubat batuk.Ketika itu,hujan turun rintik-rintik.Aku mempercepatkan langkah kakiku.Semasa tiba di persimpangan jalan,aku berasa sesuatu perasaan yang aneh. Aku terlihat seperti sat

Sharing of Beautiful Quotes

Tak tau apa yang hendak diloretkan di dada blog ini, terasa terlalu banyak yang hendak dicoret dan dikongsikan di sini tapi idea macam berterabur dan berkecamuk saja di benak minda. Kerana kebuntuan, rasanya, biarlah kali ini aku hanya berkongsi kata-kata indah yang aku terima melalui e-mail untuk di kongsikan di sini, antaranya ialah:- "May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep yu human, enough hope to make you happy" "Always put yourself in others' shoes, If you feel that it hurts you, It probably hurts the other person,too" "The happiest of people don't necessarily have the best of everything, they just make the most of everything that comes along their way" "The brightest future will always be based on a forgotten past, You can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches" "Dream what you want to dream, Go where

Semangat Baru......Tahniah untuk Diriku

Syukur Alhamdulillah akhirnya semangat baru telah meniup ke dalam diri aku. Bukan sesuatu yang mudah untuk mengeluarkan diri dari kepompong selesa dan memulai sesuatu yang baru. Dua hari lepas sewaktu aku surfing internet untuk mencari idea dan maklumat mengenai penulisan aku telah ditakdirkan Allah s.w.t untuk click pada blog yang telah berjaya menyuntik semangat baru untuk diriku. Beberapa artikel pada blog tersebut yang menarik minat aku telah aku amati dan baca, aku cuba cuba fahami akan mesej yang cuba disampaikan kepada pembaca blog tersebut dan selepas merenung sejenak maka aku amat bersetuju dengan pemilik blog tersebut dan ianya memberikan aku semangat untuk mula menjinak-jinakkan diri dengan penulisan. Aku pernah bertugas di salah sebuah syarikat akhbar terkemuka di Pulau Pinang dan semenjak itu pernah menyimpan hasrat untuk menjadi penulis bebas satu hari nanti tetapi impian tersebut hanya tinggal impian sehinggalah aku berumahtangga dan bekeluarga. Sibuk dengan urus

Hargailah Masa Sihatmu

Aku sering mendengar orang memberi kata nasihat "jagalah kesihatan" dan aku sendiri bila mendengar ungkapan kata-kata tersebut hanya menganggap ianya hanyalah ungkapan biasa penyedap kata-kata di akhir sebuah perbualan dan kebiasaannya ungkapan tersebut tidak begitu diberikan perhatian yang serius. Sepanjang minggu lepas aku dan keluarga menerima ujian daripada Allah s.w.t apabila kesihatan suami aku agak menurun. Suami telah merahsiakan daripada aku sejak beberapa minggu yang lepas keadaannya yang mengalami kebas-kebas di kedua-dua bahagian tangan dan kakinya. Pada cuti hujung minggu lepas secara tiba-tiba dia mengajak aku menemaninya ke Pantai Hospital di Sungai Petani dan aku terkejut bila mendengar dia memberitahu Doktor bahawa sudah tiga minggu dia mengalami keadaan ini. Setelah ujian darah, x-ray dan MRI di buat maka seperti yang kami jangkakan ianya adalah berpunca daripada tulang di bahagian tengkok yang pada pendapat doktor yang pernah merawat suami aku mungkin

Berakhirnya Syawal - Meriah Juga Open House Aku

Telah genap sebulan umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Hari kemenangan manusia melawan hawa nafsu di siang hari dan menambah pula amal-ibadat di malamnya. Seperti kebiasaannya di bulan syawal yang mulia ini rakan-rakan dan sanak saudara mengadakan rumah terbuka dan boleh dikatakan hampir setiap hari jemputan diterima dan berat badan yang telah menurun satu - dua kilogram semasa puasa kembali naik seperti dipam-pam saja. Walau bagaimanapun tradisi rumah terbuka ini patut diteruskan kerana ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama Islam amnya dan masyarakat lain-lain agama khasnya. Begitulah kemeriahan Syawal yang dinanti dan di sambut pada setiap tahun. "Selamat Hari Raya Aidl Fitri"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sudah begitu lama aku tidak punya kesempatan untuk menulis di blog ini. Terlalu sibuk dan ada ketikanya bila ada kelapangan tapi idea pula tidak mengalir dengan baik. Begitu pantas masa berlalu, kini telah hampir 2 minggu umat Islam merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Yang pasti gembira menyambut lebaran ini tentulah anak-anak. Gembira mendapat pakaian baru, gembira mendapat duit raya dan gembira pulang ke kampung. Bagi kita ibu-bapa mungkin hanya gembira pulang ke kampung dan berkumpul bersama sanak-saudara yang mungkin telah lama tak bersua. Pada tahun ini aku menyambut lebaran di Kedah bersama keluarga aku dan kemudiannya barulah kami pulang ke Taiping rumah mertua. Aku dapat merasakan suasana hari raya pada kali ini tidaklah semeriah seperti pada tahun-tahun sebelumnya. Mungkin semakin usia meningkat maka kemeriahan semakin kurang dirasai. Walau bagaimanapun kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Bat