Skip to main content

Posts

Ada Buku Dalam Diri Kita

"ADA BUKU DALAM DIRI KITA" - kata-kata indah ini aku petik daripada Subject E-mail Sdra Fauzul Naim Ishak yang aku terima semalam. Mula-mula aku agak kebinggungan juga apakah benar kata-kata ini "Ada Buku Dalam Diri Kita". Tetapi setelah selesai membaca e-mail beliau maka aku bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan oleh Sdra Fauzul. Memang betul seperti kata beliau di dalam e-mail tersebut antara kata-katanya yang saya petik dan kongsikan di sini ialah:- "Setiap manusia dalam dunia ini mempunyai perkara indah yang harus dikongsi dengan semua. Ia dipanggil PENGALAMAN. Pengalaman adalah amat dekat dengan keghairahan (passion) seseorang. Apabila seseorang itu menulis dengan ghairah, ia akan bercerita dengan hati yang ikhlas, bercerita dengan penuh prihatin dan melihat dengan fokus yang mendalam". Semoga petikan daripada e-mail Sdra Fauzul yang aku kongsikan di sini dapat dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin mula berjinak-jinak dengan ...

Istimewa Untuk Kakak Kesayanganku - Hajjah Begum Ibrahim

Wanita istimewa ini hadir kedalam kehidupanku tanpa direncanakan tapi aku pasti perkenalan kami ini adalah atas perancangan dan takdir Allah s.w.t. Walaupun tuhan telah mempertemukan kami hanya di dunia cyber melalui yahoo mail tetapi persahabatan ini sungguh istimewa bagi diriku. Walaupun kami hanya berbual melalui Instant Messenger dan yahoo mail tetapi aku dapat merasakan insan istimewa ini hidupnya penuh dengan kasih-sayang. Aku memang dapat merasakan keikhlasannya yang sentiasa mencurahkan sepenuh perhatian, kemesraan dan kasih-sayang terhadapku. Setiap waktu tika berbual pasti kata-kata nasihat dan tunjuk-ajar yang tiada nilainya di berikan kepadaku dan aku tahu tunjuk-ajar yang diberikan ini tak mungkin dapat aku perolehi di mana-mana juga institusi pembelajaran di dunia ini kerana setiap nasihat itu adalah dari simpanan ilmunya sendiri dan dari pengalaman hidupnya sendiri dan dari pengalamannya mengendalikan kelas-kelas motivasinya anjurannya. Alhamdulillah kini usia ...

Kasih Sayang

Aku panjatkan rasa kesyukuranku ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana telah menganugerahkan aku sebuah keluarga yang bahagia. Seorang suami yang penyayang dan seorang putera dan puteri yang sentiasa menjadi permata di hatiku. Alhamdulillah Ya Allah...terima kasih di atas anugerah yang tak ternilai ini buat diriku. Semoga Engkau akan limpahkan kami sekelurga dengan limpahan kasih-sayangmu Ya Allah. Semoga Engkau kurniakan kepadaku kesabaran, ketenangan, kegembiraan, keceriaan, kesihatan yang baik dan juga kemewahan yang dapat aku manafaatku bagi membantu insan-insan yang memerlukan. Kurniakanlah Ya Allah kepadaku kepintaran supaya dapat aku kongsikan ilmu yang bermanafaat dengan insan-insan sejagat Ya Allah. Ya Allah walaupun pada saat ini ujian darimu ini aku rasakan terlalu berat untukku tetapi aku tetap bersyukur di atas setiap takdir yang telah Engkau tetapkan untukku tanpa rasa kesalan ataupun keluh-kesah. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui apakah yang terbaik bu...

Cereka tulisan puteriku Nur Aisyah

Sewaktu puteri kesayanganku ini menghabiskan cerekanya aku sudah mula merasa terlalu mengantuk lalu aku cuma menyuruhnya untuk 'tekan publish post' pada skrin komputer sahaja dan terus menuju ke kamar tidur kerana hari ini aku terasa begitu lelah sekali melakukan rutin seharian di rumah dan menemani suami menjalani latihan fisioterapinya di Pantai Hospital, terasa begitu nyenyak tidurku semalam. Pagi ini aku bangun dengan ungkapan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberikkan aku nikmat hidup sehari lagi dan bersyukur kerana aku masih bernafas dan sebaik sahaja selesai solat subuh pagi tadi terus saja aku onkan komputer dan melawat blog aku dan aku belek dan amati bait-bait ayat yang di coretkan oleh puteriku ini. Dalam hati aku berkata, "well not bad untuk permulaan, lagipun what to expect from a girl at the age of 11 years old" kerana inilah kali pertama dia menulis secara terbuka dan berbisik di hati kecilku, rupanya puteriku ini mempunyai bakat juga dalam ...

Pengalaman Pahit - Cereka tulisan Nur Aisyah Asila

Walaupun aku masih belajar dan bertaktih untuk menulis namun aku menggalakkan puteri bongsu aku untuk menjinakkan diri dalam bidang penulisan kerana dia menyimpan impian untuk menjadi penulis terkenal seperti J.K.Rowling, penulis remaja terkenal dengan siri Harry Potter. Boleh dikatakan hampir kesemua siri terbitan Harry Potter telah dibeli dari wang sakunya dan telah dibaca beberapa kali olehnya. Ummi ucapkan "selamat menulis untuk adik" dan semoga impian akan menjadi kenyataan. Selalu yakin dan percaya pada kemampuan diri sendiri, seperti kata-kata angakasawan kita kalau tak silap aku begini bunyinya "what you believe you can achieve" Beginilah hasil tulisan puteriku Nur Aisyah Asila untuk tatapan pengunjung blog aku ini:- Pada petang itu,ibu menyuruh aku ke kedai untuk membeli ubat batuk.Ketika itu,hujan turun rintik-rintik.Aku mempercepatkan langkah kakiku.Semasa tiba di persimpangan jalan,aku berasa sesuatu perasaan yang aneh. Aku terlihat seperti sat...

Sharing of Beautiful Quotes

Tak tau apa yang hendak diloretkan di dada blog ini, terasa terlalu banyak yang hendak dicoret dan dikongsikan di sini tapi idea macam berterabur dan berkecamuk saja di benak minda. Kerana kebuntuan, rasanya, biarlah kali ini aku hanya berkongsi kata-kata indah yang aku terima melalui e-mail untuk di kongsikan di sini, antaranya ialah:- "May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep yu human, enough hope to make you happy" "Always put yourself in others' shoes, If you feel that it hurts you, It probably hurts the other person,too" "The happiest of people don't necessarily have the best of everything, they just make the most of everything that comes along their way" "The brightest future will always be based on a forgotten past, You can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches" "Dream what you want to dream, Go where...

Semangat Baru......Tahniah untuk Diriku

Syukur Alhamdulillah akhirnya semangat baru telah meniup ke dalam diri aku. Bukan sesuatu yang mudah untuk mengeluarkan diri dari kepompong selesa dan memulai sesuatu yang baru. Dua hari lepas sewaktu aku surfing internet untuk mencari idea dan maklumat mengenai penulisan aku telah ditakdirkan Allah s.w.t untuk click pada blog yang telah berjaya menyuntik semangat baru untuk diriku. Beberapa artikel pada blog tersebut yang menarik minat aku telah aku amati dan baca, aku cuba cuba fahami akan mesej yang cuba disampaikan kepada pembaca blog tersebut dan selepas merenung sejenak maka aku amat bersetuju dengan pemilik blog tersebut dan ianya memberikan aku semangat untuk mula menjinak-jinakkan diri dengan penulisan. Aku pernah bertugas di salah sebuah syarikat akhbar terkemuka di Pulau Pinang dan semenjak itu pernah menyimpan hasrat untuk menjadi penulis bebas satu hari nanti tetapi impian tersebut hanya tinggal impian sehinggalah aku berumahtangga dan bekeluarga. Sibuk dengan urus...

Hargailah Masa Sihatmu

Aku sering mendengar orang memberi kata nasihat "jagalah kesihatan" dan aku sendiri bila mendengar ungkapan kata-kata tersebut hanya menganggap ianya hanyalah ungkapan biasa penyedap kata-kata di akhir sebuah perbualan dan kebiasaannya ungkapan tersebut tidak begitu diberikan perhatian yang serius. Sepanjang minggu lepas aku dan keluarga menerima ujian daripada Allah s.w.t apabila kesihatan suami aku agak menurun. Suami telah merahsiakan daripada aku sejak beberapa minggu yang lepas keadaannya yang mengalami kebas-kebas di kedua-dua bahagian tangan dan kakinya. Pada cuti hujung minggu lepas secara tiba-tiba dia mengajak aku menemaninya ke Pantai Hospital di Sungai Petani dan aku terkejut bila mendengar dia memberitahu Doktor bahawa sudah tiga minggu dia mengalami keadaan ini. Setelah ujian darah, x-ray dan MRI di buat maka seperti yang kami jangkakan ianya adalah berpunca daripada tulang di bahagian tengkok yang pada pendapat doktor yang pernah merawat suami aku mungkin ...

Berakhirnya Syawal - Meriah Juga Open House Aku

Telah genap sebulan umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Hari kemenangan manusia melawan hawa nafsu di siang hari dan menambah pula amal-ibadat di malamnya. Seperti kebiasaannya di bulan syawal yang mulia ini rakan-rakan dan sanak saudara mengadakan rumah terbuka dan boleh dikatakan hampir setiap hari jemputan diterima dan berat badan yang telah menurun satu - dua kilogram semasa puasa kembali naik seperti dipam-pam saja. Walau bagaimanapun tradisi rumah terbuka ini patut diteruskan kerana ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama Islam amnya dan masyarakat lain-lain agama khasnya. Begitulah kemeriahan Syawal yang dinanti dan di sambut pada setiap tahun. "Selamat Hari Raya Aidl Fitri"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sudah begitu lama aku tidak punya kesempatan untuk menulis di blog ini. Terlalu sibuk dan ada ketikanya bila ada kelapangan tapi idea pula tidak mengalir dengan baik. Begitu pantas masa berlalu, kini telah hampir 2 minggu umat Islam merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Yang pasti gembira menyambut lebaran ini tentulah anak-anak. Gembira mendapat pakaian baru, gembira mendapat duit raya dan gembira pulang ke kampung. Bagi kita ibu-bapa mungkin hanya gembira pulang ke kampung dan berkumpul bersama sanak-saudara yang mungkin telah lama tak bersua. Pada tahun ini aku menyambut lebaran di Kedah bersama keluarga aku dan kemudiannya barulah kami pulang ke Taiping rumah mertua. Aku dapat merasakan suasana hari raya pada kali ini tidaklah semeriah seperti pada tahun-tahun sebelumnya. Mungkin semakin usia meningkat maka kemeriahan semakin kurang dirasai. Walau bagaimanapun kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Bat...

Lumut - Bandar yang menggamit ketenangan

LUMUT. Pada musim cuti sekolah yang lepas aku dan suami telah membawa putera dan puteri kami ke Lumut. Sebetulnya kami pada mulanya merancang untuk menghabiskan cuti di Taiping aje rumah mak mertua aku, maklumlah kadang-kadang kami jarang dapat menghabiskan waktu bersama-sama kedua ibu dan bapa mertua aku tu. Tiba-tiba saja secara spontan idea ke Lumut muncul dan suami akupun mengiyakan saja, jadi diapun mempelawa abang sulongnya untuk bersama-sama kami ke Lumut memandangkan kakak iparnya juga sedang bercuti dari kursus di Ipoh. Sebetulnya dah lama juga aku dan keluarga tidak ke Lumut jadi teruja jugalah melihat pembangunannya, lebih-lebih lagi di persisiran jeti ke Pulau Pangkor. Aku memang gemar sekali dapat berjalan di persisiran laut di bandar Lumut itu sambil melepak di tembok yang di bina di sepanjang jalan yang menghadap ke laut lepas, terasa aman dan damai. Indah sekali ciptaan ALLah swt. Pada aku bandar Lumut ini amat sesuai jika di jadikan tempat tinggal sete...

Can We Be A Friend or Best Friend To Our Ex

Pagi ini sewaktu memandu ke tempat kerja seperti biasa aku akan mendengar siaran dari Lite & Easy. Aku gemar mendengar topik-topik menarik yang diutarakan setiap pagi dan pada pagi ini kedua-dua penyampai radionya mengajak pendengar berbincang tentang topik di atas. Response pendengar agak baik juga dan dapat di dengar kebanyakan yang mengutarakan pendapat mengatakan "TIDAK" dan hanya beberapa pendengar saja yang mengatakan "YA". Bagaimana pula dengan ANDA....adakah "YA" atau "TIDAK" ? Untuk diri aku dan berpaksikan pendapat peribadi aku dan juga dari pengalaman peribadi aku sendiri. Jawapannya ialah "TIDAK". Pada aku selagi kita insan bergelar manusia yang punya hati dan perasaan...situasi begini tidak semudah yang di ungkapkan. Bak kata pepatah Inggeris, "it is easier to say than done". Aku pernah melalui situasi ini dan ternyata ianya tidak mudah seperti yang disangkakan. Walau bagaimanapun demi menjaga hati semu...

Musim Buah-buahan @ Musim Sakit

Durian, Rambutan, Maggis, Dokong dan Cempedak adalah di antara buah-buahan tempatan yang banyak di jual di pasar-pasar malam, di tepi-tepi jalan, warung, kedai dan juga pasaraya besar. Seperti kebiasaannya bila tiba saja musim buah, maka ramailah yang mula sakit-sakit seperti demam, batuk dan selsema. Pada waktu ini jika kita ke Klinik pasti kita akan dapati kebanyakkan pesakit yang mengunjungi Klinik adalah kerana sakit-sakit yang aku sebutkan di atas. Aku sendiri minggu lepas mc 3 1/2 hari, demam dan semua joints begitu sakit dan lenguh-lenguh. Ada kawan yang mengusik, "entah-entah H1N1". Huuuh minta selisih, nanti tak pasal-pasal kena kuarantin seminggu. Bermula dengan aku kemudian mulalah merebak kepada ahli keluarga aku yang lain. Penyakit datang bukannya kita yang minta, betul tak? Tapi Alhamdulillah sekarang aku dah ok. Aku kadang-kala merasa musykil juga kerana, kalau dulu kita makan ubat serta antibiotik pasti kita akan sembuh tapi sekarang yang ganjilnya ka...

I PROMISE MYSELF : By Christian D Larson (optimists creed from The Secret)

I PROMISE MYSELF To be strong that nothing can disturb my peace of mind To talk health, happiness and prosperity to every person I meet To make all my friends feel that there is something worthwhile in them To look at the sunny side of everything and make my optimism come true To think only of the best, to work only for the best and to expect only the best To be just as enthusiastic about the success of others as I am about my own To forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future To wear a cheerful expression at all times and give a smile to every living creature I meet To give so much time to improving myself that i have no time to criticize others To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear and too happy to permit the presence of trouble To think well of myself and to proclaim this fact to the world not in loud words, but in great deeds To live in the faith that the whole world is on my side, so long as I a...

Rumah Orang Tua Tanpa Waris - Kg Paya, Kuala Muda, Kedah

Kalau sebelum ini aku menulis dan bercerita tentang kehidupan ibu-bapa yang uzur di Happy Retirement Home di Kepala Batas, maka hari ini aku ingin berkongsi kisah suka dan duka warga emas yang tinggal di Kampung Paya, Kota Kuala Muda. Kisah warga emas tanpa waris ini kalau tak silap aku pernah di tayangkan oleh TV3 tapi aku dah lupa tarikhnya tapi yang aku ingat ianya di tayangkan selepas peristiwa Tsunami yang berlaku di Kuala Muda, Kedah. Aku dan rakan sekerja melawat ke Kampung Paya dan kami di layan mesra oleh seorang mak cik yang peramah dan dia lebih di kenali dengan panggilan mak su di kalangan penghuni di situ. Di kawasan itu terdapat lapan buah rumah yang dibina daripada kayu yang pada penilaian mata aku agak kecil dan semakin uzur keadaannya. Aku menganggapnya kecil kerana di bahagian atas itulah ruang tamu dan di situ jugalah ditempatkan sebuah katil bujang, manakala di bahagian bawahnya hanyalah sebuah dapur dan bilik air. Terdapat 8 buah rumah disitu...

Nur Aisyah Asila binti Razanan

Hari ini aku ingin memperkenalkan seorang lagi orang-orang yang aku sayangi iaitu, puteri kesayangan kami sekeluarga. Nur Aisyah Asila binti Razanan begitulah satu nama yang indah yang telah diberikan kepada puteri aku ini. Aisyah atau lebih mesra dengan panggilan 'Adik' di kalangan kami telah diputerikan di tempat yang sama dengan abangnya iaitu di salah sebuah pusat pakar perbidanan swasta di bandar Sungai Petani pada 10 June 1998. Adik baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 11 dua minggu yang lepas. Aku cuma mengaturkan satu birthday party yang simple bersama family yang lain. But still it was fund and memorable. Sebagai anak yang bongsu daripada dua orang adik beradik, aku klasifikasikan adik sebagai anak yang manja dan selalu mahukan perhatian. Ada ketikanya dia sangat cemburu pada abangnya, walaupun sebagai ibu dan bapa, aku dan suami memang tak pernah membeza-bezakan kasih sayang di antara kedua-dua putera dan puteri kami. Tapi mungkin mereka masih belum dap...

Michael Jackson - Lagenda Pop

Hari ini dunia dikejutkan dengan kematian penyanyi pop terkenal dunia iaitu Michael Jackson pada usia baru mencecah 50 tahun. Pada pendapat aku, Michael Jackson memang punya bakat tersendiri dan beliau pernah menceriakan dunia hiburan suatu waktu dulu dengan lagu-lagunya yang sehingga ke hari ini masih menjadi nyanyian dan siulan. Sejak dari awal pagi lagi di radio hanya berkumandang lagu-lagu nyanyian beliau dan ada di antaranya yang telah lama tidak di dengar dalam rancangan khas A tribute to Michael Jackson. Di antara lagu nyanyian beliau yang aku paling suka dengar ialah "You are not alone". Begitulah hakikat kehidupan, "Manusia Mati Meninggalkan Nama". Bila telah sampai masanya semua kita akan dijemputnya. Di sini aku kongsikan senikata dari lagu "You Are Not Alone" YOU ARE NOT ALONE Another day has gone Im still all alone How could this be Youre not here with me You never said goodbye Someone tell me why Did you have to go And leave ...

Muhammad Irfan Harraz bin Razanan

Aku ingin berkongsi di blog ini tentang cerita orang-orang kesayangan aku. Anak sulong aku iaitu Muhammad Irfan Harraz bin Razanan atau lebih mesra dengan panggilan Irfan atau Abang telah diputerakan pada 27 April 1995 di salah sebuah Pusat Pakar Perbidanan yang terkenal di bandar Sungai Petani pada waktu itu. Berat Irfan pada waktu di lahirkan adalah 3.5kg dan dia dilahirkan melalui kaedah pembedahan. Tak dapat aku gambarkan perasaan gembira di hati aku dan suami bila dia dilahirkan. Maklumlah pengalaman pertama bergelar Ummi dan Abah. Kegembiraan yang tak dapat diungkai melalui perkataan. Aku pasti semua ibu dan bapa di luar sana juga pasti melalui saat yang manis seperti diri aku sendiri. Kini Irfan sudah menjangkau usia 14 tahun, dah besarpun.....anak Ummi ni. Irfan menuntut di Sek Men Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani di tingkat 2. Pada mulanya Irfan tinggal di asrama tapi tak sampai seminggu aku keluarkan dia dari asrama. Biasalahkan kami anak beranak mana per...

Sharing - My favourite Thoughts

Hari ini idea tak begitu mencurah-curah untuk menulis, tapi aku ingin berkongsi kata-kata di bawah yang merupakan di antara kata-kata yang menjadi kegemaran aku dan memang aku akan membacanya setiap ada waktu terluang: 1. Forget what's gone, Leave what's behind you Your failure and your pain 2. A Man is lucky if he is the first love of a woman A Woman is lucky if she is the last love of a man 3. Don't make promise when you are in joy Don't reply when you are sad Don't make decisions when you are angry Think twice and Act wise 4. Dream of what you most enjoy Go where you want to go Be whom you want to be You have but one life To achieve what you want to achieve 5. Write your sad times on the sand Write your good times on the stone 6. Carry a heart that never hates Carry a smile that never fades Carry a touch that never hurts 7. Life is short Break the tules Forgive quickly Kiss passionately, love truly Laugh constantly and never stop s...