Skip to main content

Posts

The End of SPM 2012

SPM has come to its end.  Insyaallah dengan izin dari Allah s.w.t  tidak ada yang mustahil.  Begitulah keyakinan diri aku terhadap si putera.   Aku yakin dengan pertolongan Allah s.w.t  dan aku juga yakin pada janji dan qada dan qadar Allah.  Alhamdulillah kerana dia telah mempermudahkan segala urusan aku, anak-beranak dalam menghadapi peperiksaan yang terbesar dan terpenting dalam sejarah hidup seseorang pelajar kerana cabaran yang menanti mereka selepas ini di Kolej atau Universiti adalah berbeza dengan  cabaran di zaman atau di alam persekolahan mereka. Setiap kali menghantar si putera untuk exam papersnya, akulah yang paling gementar, luruh jantung aku dibuatnya.   Kini semua gementar, gemuruh dan apa saja perasaan yang seangkatan dengannya sudah hilang dengan berakhirnya SPM...... Insyaallah kejayaan menanti anakanda dan juga semua rakan-rakanmu.  SUCCESSSSSSSSSSSSSSSSSSS ON THE WAYYYYYYYYYYYYYYY.   Amin YA ...

PADAMU KU BERSUJUD - AFGAN

Gratisan Musik

MAAL HIJRAH @ AWAL MUHARAM

Pada 15 November 2012, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan tahun baru Hijrah.  Semoga di tahun baru ini ketaqwaan kita akan dipertingkatkan lagi.  Marilah sama-sama kita mencari redha Allah serta  kasih-sayang Allah SWT yang kekal abadi.  Semoga kita juga akan menjadi hambaNya yang taat  serta umat Nabi Muhammad SAW yang kuat imannya. Amin Kredit to blog owner :- http://sitik.wordpress.com/2011/11/22/doa-akhir-tahun-dan-doa-awal-tahun-hijriah/ Doa Akhir Tahun Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu. Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lak...

Happy Diwali to All Indian in Malaysia

13 November 2012 All Indian in Malaysia will be celebrating their Diwali.... Wishing them HAPPY DIWALI and Happy Holidays.

TERJEMAHAN - DOA DI ANTARA DUA SUJUD

DOA  DI ANTARA DUA SUJUD : BISMILLAH  HIRRAHMAN  NIRRAHIM RABBIGHFIRLI  - Tuhanku, Ampuni Aku WARHAMNI  - Sayangi Aku WAJBURNII - Tutuplah Aib-Aibku WARFA'NII - Angkatlah Darjatku WARZUQNII - Berilah Aku Rezeki WAHDINII - Berilah Aku Petunjuk WA'AAFINIII - Sihatkan Aku WA' FUANNII - Maafkan Aku Semoga dengan memahami bacaan doa ini akan membuat kita lebih khusyuk di dalam Solat kita.  Sungguh indah bait-bait doa ini setelah kita memahami terjemahannya, sebuah doa  @ permohonan yang ikhlas dari seorang hamba kepada yang Maha Esa. Tuhanku, Ampuni aku, Sayangi Aku, Tutuplah Aib-aibku, Angkatlah Darjatku, Berikanlah Aku Rezeki, Berilah Aku Petunjuk, Sihatkanlah Aku, Maafkanlah Aku.  Amin

I L.O.V.E..................

I LOVE ALLAH S.W.T I LOVE EVERYTHING THAT ALLAH S.W.T LOVES I LOVE MY PROPHET MUHAMMAD S.A.W I LOVE UMAT MUHAMMAD I LOVE MY LIFE I LOVE MYSELF I LOVE MY PARENTS I LOVE MY LATE FATHER IN-LAW I LOVE MY MOTHER IN-LAW I LOVE MY KIND & LOVING HUSBAND RAZANAN  HAJI ABD RANI I LOVE MY CHARMING PRINCE, MUHAMMAD IRFAN HARRAZ I LOVE MY ADORABLE PRINCESS, NUR AISYAH ASILA I LOVE MY SIBLINGS I LOVE MY IN-LAWS I LOVE MY RELATIVES I LOVE MY PEERS AND FRIENDS I LOVE MY NEIGHBOURS I LOVE MY TEACHERS AND LECTURERS I LOVE THE LOVE ITSELF MAY ALLAH S.W.T BLESS ALL OF US AND THE PEOPLE THAT WE  LOVE WITH ALL HIS INFINITE BLESSINGS AND LOVE. AMEEN (Original Quotes from Dr Azizan Osman & rephrased to suit mine)

KUPANJATKAN DOA PADAMU YA ALLAH

Ya Allah, Ampunilah Segala Dosa-dosaku Ampunilah Segala Dosa-dosa kedua ibu-bapaku Ampunilah Segala Dosa-dosa Suamiku Ampunilah Segala Dosa-dosa Arwah Bapa Mertuaku Ampunilah Segala Dosa-dosa Ibu Mertuaku Ampunilah Segala Dosa-dosa puteraku Muhammad Irfan Harraz Ampunilah Segala Dosa-dosa puteriku Nur Aisyah Asila Ampunilah Segala Dosa-dosa adik-adikku, adik-adik iparku, Ipar-ipar serta Biras-birasku Ampunilah Segala Dosa-dosa anak-anak saudaraku dan anak-anak saudara kepada suamiku Ampunilah Segala Dosa-dosa Guru-guruku, Jiran-jiranku, Sahabat-sahabatku serta semuag yang mengenali diriku Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat yang Aku pernah melakukan kesalahan terhadap mereka Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat yang pernah melakukan keselahan terhadap diriku Ampunilah Segala Dosa-dosa Muslimin dan Muslimat. Ya Allah, Limpahkanlah Rahmat dan Kasih-sayangMu ke atas diri kami Kurniakanlah kami umur yang panjang lag...

BERMULANYA SPM 2012

Tanggal 5 November 2012 maka bermulalah peperiksaan yang terpenting dalam kesuluruhan sejarah hidup sebagai seorang pelajar. Di dada akhbar dan  di corong media elektronik terpapar headline yang bertajuk   "472,541 Pelajar Mula Duduki SPM" Putera aku merupakan salah seorang daripada pelajar tersebut.  Kembang-kempis perut aku memikirkan tentang si putera.  Berselang-seli pertanyaan menerpa ke benak fikiran aku,  "Apakah si putera sudah betul-betul bersedia menghadapi peperiksaan SPMnya"? ,  "Sudah lengkapkah persediaan yang dilakukan oleh si putera menjelang peperiksaan ini?",  "Sudah habiskah si putera mengulangkaji pelajarannya?" dan bermacam-macam lagi pertanyaan dan persoalan yang bermain di kepala aku.  Tak nyenyak tidur aku di buatnya sejak beberapa hari si putera akan menghadapi SPM ini.  Perasaan ini sering bermain di fikiran aku setiap kali anak-anakku akan menghadapi peperiksaan penting dalam hidup mereka. T...

Urut Dengan Kaedah Refleksologi

Beberapa tahun yang lalu aku memang pernah melakukan urutan kaki refleksologi, tapi masa tu, teknik urutan kaki ini lebih di monopoli oleh bangsa cina, tetapi baru kini aku berjumpa dengan orang melayu yang melakukan refleksologi ini. Alhamdulillah terasa selesa saja dengan cara urutan dia walaupun ada di sesetengah bahagian tu terasa sakit yang amat sangat.  Menurut Pn Irah selalunya kesakitan di bahagian tapak kaki kita  itu akan menjadi penunjuk bagi bahagian tubuh badan kita yang bermasalah.  Aku memang bermasalah di bahagian kepala dan perut, manakala suami aku juga di bahagian perut, almaklumlah dia memang ada masalah ulcer dan gastrik yang sudah agak serious.  Insyaallah aku akan pastikan dia akan berrefleksologi setiap sebulan sekali, selepas ini.  Kita berusaha dan setiap penyakit pasti ada penawarnya.  Ameen

MY FIRST EXPERIENCE WITH BERBEKAM - Sunnah Berbekam

Sudah agak lama juga aku memikirkan tentang BEKAM ni especially bila badan mula terasa sakit-sakit dan tidak selesa, tapi selalunya excitement untuk berbekam itu hilang begitu saja bila memikirkan tentang darah, jarum dan kesan selepas berbekam Pada hari Khamis.  25 Oktober 2012 aku dan suami telah membuat temujanji untuk merawat tubuh-badan kami dengan kaedah rawatan berbekam.  Memandangkan ini adalah kali pertama rawatan ini aku lakukan maka sudah tentulah hati sedikit risau dan gusar, apatah lagi bila membayangkan berapa banyak darah yang akan keluar melalui corong-corong bekam itu nanti.  Keputusan paling drastik yang aku buat pada ketika itu ialah untuk melakukan bekam di kepala kerana aku sudah lama mengalami masalah migraine dan sakit kepala yang sering muncul.  Mujurlah rambut aku mampu menutupi kawasan yang telah di cukur untuk diletakkan Cup Bekam.  Alhamdulillah sejak daripada 25 Oktober tu hingga ke hari ini tidak sekalipun aku mengalami...

26 SEPTEMBER 2012 @ LESEN 'P'

Setelah hampir tiga bulan si putera dengan semangat yang berkobar-kobar dan tidak sabar-sabar untuk mendapatkan Lesen 'P', maka pada 26 September 2012 setelah menjalani ujian memandu oleh JPJ maka dengan rasminya si putera telah di anugerahkan dengan Lesen 'P'.  Girangnya hati si putera bukan kepalang, mungkin bagi dirinya MEMANDU adalah sesuatu yang dibanggakan, apatah lagi pada usia 17 tahun 5 bulan sudah boleh memandu, malah sudah ada pula lesen memandu.  Huuuuuh...bangga gilaaaaaa....' Bagi aku pula nak di katakan aku gembira bila si putera memberitahu dia sudah lulus ujian memandu, tak juga, nak katakan aku tak gembira pun tidak juga. Perasaan aku berbelah-bagi kerana aku tahu bila si putera sudah mendapat lesen P, dia pasti tak senang duduk kalau aku tak benarkan dia memandu, tapi bila aku benarkan dia memandu pula...hati aku rasa kurang enak juga...bimbang...risau...mula menguasai diri. Bila aku consult kawan-kawan aku, semuanya menyuruh aku membenarkan si ...

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA @ SPM JUST AROUD THE CORNER......KNOCK...KNOCK....KNOCK......

Tinggal seminggu saja lagi si putera akan menduduki peperiksaan yang penting di dalam hidupnya @ SPM.  Tapi si putera kelihatannya relax habis, bila di tanya about study, jawapan standard dari dia "dah study kat sekolah" or "dah study kat library".  Tak taulah betul atau tidak tapi terpaksalah juga aku percaya dengan kata-katanya itu.  Saat genting seperti sekarang kalau aku cakap banyak-banyak or memaksa sudah tak berguna lagi  Jauh di sudut hati aku hanya mampu berdoa agar si putera akan memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam SPMnya nanti.  Walaupun sudah di saat akhir tapi aku masih berharap berlakunya keajaiban, segalanya tidak mustahil dengan izin Allah s.w.t. Good Luck my love in your coming SPM.  BELIEVE IN YOURSELF.....ONLY YOU CAN HELP YOURSELF AT THIS MOMENT

Selamat Hari Raya Aidil Adha @ Selamat Hari Raya Haji @ Selamat Hari Raya Qurban

Tanggal 26 Oktober 2012 seluruh umat Islam di Malaysia dengan riangnya telah menyambut Hari Raya Aidil Adha.   Walaupun di dalam kalendar Islam Hari Raya Aidil Adha adalah penting tapi mengapakah setiap tahun kita dapat merasakan ketibaannya disambut hambar sahaja.  Apa yang membimbangkan ialah satu hari nanti generasi muda menganggap sambutan Hari Raya Aidil Adha hanyalah untuk mereka yang pergi menunaikan fardhu haji ataupun mereka yang melakukan ibadah Qurban sahaja.  Bersama-samalah kita kembalikan kemeriahan Hari Raya Aidil Adha setanding dengan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri........ SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR & BATIN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA.

Appraisal Knocking Your Door

2012 has come to its end, so as usual Appraisal is knocking at our door for most of the private sectors staff. Mine already completed on Monday, 22 October 2012, what else to expect.....!!!!! I have given my best and  I have contributed my services towards the company and its the management who will be deciding on how well is my performance. Hope that for year 2013 I will be getting good bonus and good increment as my reward if my performance is towards my boss expectation.  Boss is always rite!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

It's Our Destiny - He, who is my other half

Aku menganggap jodoh aku dengan suami adalah jodoh dari Allah swt, seorang suami yang baik, penyayang dan tidak pernah banyak kerenah dan sangat senang diuruskan walaupun agak cerewet dalam soal permakanan.   Alhamdulillah yang namanya jodoh itu, semuanya seolah-olah sudah disusun rapi dan  berlaku dengan sangat pantas malah perkenalan kami  juga sangat singkat.  Selama 18 tahun bersama aku memang gembira dan bahagia hidup disampingnya.  Adatlah dalam berumah-tangga pasti  ada  pasang surutnya tapi semuanya kami hadapi bersama dengan redha dan tanpa keluh-kesah. Semenjak diijabkabulkan pada tahun 1994 kami memang tidak pernah berpisah, kalau adapun hanya untuk beberapa hari atas urusan kerja masing-masing.  Tetapi yang namanya perancangan Allah, memang tak mampu untuk kita menolaknya.  Setelah sekian lama hidup bersama, kami ditakdirkan untuk berpisah dan tinggal berjauhan.  Tak mudah untuk menerima kenyataan ...

BENARKAN MEMAAFKAN ADALAH KUNCI KEJAYAAN?

Pada setiap kali aku buntu, resah ataupun gelisah aku sering mencari di ruangan maya topik atau artikel-artikel yang dapat aku jadikan pemangkin semangat ataupun sesuatu yang dapat membuatkan aku melupakan sejenak apa yang merungsingkan aku pada ketika itu.  Pagi ini aku sempat menjelajah ke blog Timothy Wibowo, sebetulnya sudah agak lama juga aku tidak berkesempatan melawat blog beliau.   Pada aku blog saudara Timothy penuh informatif dan sentiasa memberikan motivasi kepada pembacanya. Salah satu tajuk artikel di blog tersebut yang memaksa kedua biji mata aku untuk spontaneously membacanya bertajuk "MEMAAFKAN ADALAH KUNCI KESUKSESAN".  Menarik bukan.....Well...."MEMAAFKAN" menyebutnya mungkin sangat mudah tapi melakukannya adalah sangat sulit sekali. Kita mungkin menyebut kata maaf di mulut tapi di hati mungkinkah kita ikhlas memaafkan atau mungkin juga kata maaf kita lafazkan kerana terpaksa atau tanpa rela hati. Walau bagaim...

KEBAIKAN YANG MEMBAWA PADAH

Tulisan daripada idea puteriku Nur Aisyah melalui tulisan-tulisannya.  Tulisan ini juga telah aku hantar ke Kumpulan buku prima di bawah kategori buku kanak-kanak. Kebaikan Yang Membawa Padah Telah menjadi kebiasaan, setiap hari selepas pulang dari sekolah aku akan tinggal sendirian di rumah kerana ibu dan bapa aku bekerja, manakala abang sulong aku pula yang menuntut di Tingkatan Tiga, tinggal di sekolah berasrama penuh. Kebiasaan ayah pula setiap pagi sebelum aku berangkat ke sekolah ialah ayah akan berpesan berulang-ulang kali agar aku jangan lupa mengunci pintu pagar dan pastikan untuk tinggal diam di dalam rumah dan jangan sesekali membuka pintu pagar kepada sesiapa yang tidak dikenali. Kalau ada sesuatu yang mencurigakan cepat-cepat telefon ayah atau ibu. Pada suatu hari, sedang aku begitu asyik menyiapkan kerja sekolah sambil menonton televisyen, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan di daun pintu rumahku dengan kuat dan bertalu-talu. Dadaku mula berdengup dengan beg...

AMPUNKAN AKU IBU

Cerpen kanak-kanak yang aku tulis minggu lepas dan telah di hantar ke kumpulan buku prima.  Semoga ianya diterima dan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada syarikat penerbitan tersebut. Amin AMPUNKAN AKU IBU Setelah kematian bapa, ibunya pula terus menghilangkan diri, begitulah nasib malang yang menimpa Syamir. Semenjak ibunya menghilang Syamir telah dibesarkan oleh datuk dan nenek sebelah bapanya di kampong dari usianya lima tahun. Ternyata ujian hidup tidak berhenti di situ sahaja, pada usianya lapan tahun anak yang masih kecil dan tidak mengenal perit- jerih kehidupan itu terpaksa pula berpisah dengan datuk yang di sayangi yang pergi buat selama-lamanya menghadap Illahi. Semenjak itu Syamir dan neneknya yang semakin uzur itu telah di titipkan pula di bawah penjagaan adik lelaki bongsu kepada ayahnya. Kehadiran Syamir dan neneknya itu tidak disenangi oleh isteri pak sunya, malah dia menganggap kedua mereka hanya menjadi beban kepada diri dan keluarganya. Ternyata langi...

PADAMU KU BERSUJUD - NYANYIAN AFGAN

Sama-samalah kita menghayati lirik lagu yang sungguh indah ini...  Sebagai insan yang lemah aku juga telah terlalu banyak melakukan dosa, samada yang aku sedari atau mungkin tidak aku sedari.  AMPUNILAH AKU YA ALLAH....HANYA PADAMU AKU BERTAUBAT DAN KAU JADIKANLAH AKU HAMBAMU YANG SELALU BERSUJUD..... PADAMU KU BERSUJUD KU MERATAP DALAM KELAM TIADA YANG BISA KU LIHAT SELAIN HANYA NAMAMU,  YA ALLAH ESOK ATAUKAH NANTI AMPUNI SEMUA SALAHKU LINDUNGI AKU DARI SEGALA FITNAH KAU TEMPATKU MEMINTA KAU BERIKU BAHAGIA JADIKAN AKU SELAMANYA HAMBAMU YANG SELALU BERTAUBAT AMPUNIKU YA ALLAH YANG SERING MELUPAKANMU SAAT KAU LIMPAHKAN KARUNIAMU DALAM SUNYI AKU BERSUJUD ESOK ATAUKAH NANTI AMPUNI SEMUA SALAHKU LINDUNGI AKU DARI SEGALA FITNAH KAU TEMPATKU MEMINTA KAU BERIKU BAHAGIA JADIKAN AKU SELAMANYA HAMBAMU YANG SELALU BERTAUBAT AMPUNIKU YA ALLAH YANG SERING MELUPAKANMU SAAT KAU KIMPAHKAN KARUNIAMU DALAM SUNYI AKU BERSUJUD KAU TEMPATKU MEMINTA KAU B...

CERPEN - ANDAI INILAH TAKDIRNYA

Alhamdulillah akhirnya pagi ini aku telah dapat menyiapkan cerpen aku yang bertajuk "ANDAI INILAH TAKDIRNYA".  Actually dah beberapa hari aku cuba siapkan cerpen ni tapi tak berkesempatan.    Cerpennya telahpun aku kirimkan ke Editor Majalah Mingguan Wanita.  Ianya adalah pengalaman yang aku lalui ketika ini..........Semoga ianya disiarkan, Amin. Beginilah kisahnya..................... ANDAI INILAH TAKDIRNYA Satu petang yang indah   tiba-tiba terasa hidupku terlalu kosong dan habar. Mengapa setelah usia   perkahwinan aku yang   mencecah lebih   18 tahun, aku dan anak-anak   ditakdirkan untuk berpisah dengan suami tercinta.   Ternyata perpisahan ini begitu   sulit   bagiku namun   tidak   juga mudah buat suami dan   anak-anak.   Yang namanya takdir Allah tak siapa dapat menduga atau menghalangnya.    Aku sendiri   sukar untuk menerima ketentuan ini tetapi   perancangan...