Skip to main content

Posts

Mee Kari Ala-ala Nyonya - Belajar dari dapurkakjee.com

Semenjak dua menjak aku selalu juga intai-intai dan baca tulisan-tulisan kak jee dekat blog dia dapurkakjee.com. Banyak cerita dan banyak juga resepi yang kak jee kongsikan kat situ. Baru ini aku secara tak sengaja telah melihat resepi mee kari ala nyonya yang kak jee kongsikan di situ. Apa lagi bila melihat gambarnya saja dah rasa teliur....jadi petang itu balik saja dari kerja terus singgah ke kedai dan mendapatkan semua bahan-bahan yang diperlukan. Selama ini aku sering juga memasak mee kari kerana masakan itu memang aku punya specialitist, aku belajar semasa berkunjung ke Kuantan, dah lama dah. Sebaik saja selesai memasak, adikpun tolonglah aku menghidang. Hubby dan abang pula as usual ke padang golflah tempat mereka. Selesai solat kamipun menikmatilah mee kari yang pertama kali aku cuba itu. Aku tak cakap apa-apa pada hubby tapi dia tiba-tiba bersuara,"Ni macam mee kari ipoh saja, sedap..!' Akupun dengan bangganya terus menjawab resepi baru jumpa kat blog Fauzi...

40 WISE TIPS FOR AN EXCEPTIONAL LIFE

[Just sharing - Quoted from Linda Miller (LOA Secrets)] 1. Take a 10-30 minute walk everyday and while you walk, smile. It is the ultimate anti dpressant 2. Sit in silence for at least 10 minutes each day. 3. Buy a DVR, tape your late night shows and get more sleep. 4. When you wake-up in the morning complete the following statement: "my purpose is to ..................today" 5. Live with the 3 E's-- Energy, Enthusiasm and Empathy.... 6. Watch more movies, play more games and read more books than you did last year 7. Make time to practice meditation and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives. 8. Spend more time with people over the age of 70 and under the age of 6 9. Dream more while you are awake 10.Eat more foods that grow on tress and plants and eat fewer foods that are not. 11 Drink plenty of water 12 Try to make at least three people smile each day 13 clear your clutter from your house, your car, your desk and let new and f...

PGM @ Harvard Golf Resort, Bedong Kedah (18-21 April 2011)

Walaupun telah lama putera aku Muhammad Irfan Harraz berkecimpung dan terlibat secara serius dalam arena GOLF namun inilah kali pertama dia menyertai pertandingan GOLF anjuran PGM yang melibatkan golongan PRO di Malaysia. Walau bagaimanapun kelebihan bermain di home course tidak menyebelahinya. Pada hari pertama, 18 April 2011 catatan score amat mengejutkan iaitu 85. Aku sendiri terkejut, tapi aku tahu dia telah mencuba sebaik yang mungkin. Bila aku tanya "kenapa?" jawapan darinya. "Umi, abang ketaqlah sampai hole no 9". Aku faham ini kali pertama dia terlibat dengan kumpulan PRO yang sedang dan telah mencipta nama dalam bidang GOLF di Malaysia amnya. Pada hari kedua pencapaiannya adalah lebih baik dengan catatan score 78, walaupun +6 tetapi lebih baik dari hari pertama. Walaupun tidak dapat melayakkan diri ke final round tapi aku dan suami tetap berbangga kerana ini adalah pertandingan besar bagi dirinya dan setidak-tidaknya aku tahu dia telah mencuba. S...

SHE WHO IS MY DAUGHTER ..................................!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SHE WHO IS MY DAUGHTER ......... " I loved you from the moment I saw you, In you I saw all my hopes and dreams, For the future begin to blossom, I tried to teach you to believe in yourself, I gave you wings, And taught you how to fly the best I could, When the day came for you to solo, You spread your magnificent wings and soared, With our shared dreams, yet separate aspirations, You became everything I hoped a daughter to be, How grateful I am that, Regardless of time or distance, You are still and will always be my daughter !!!!!!!

KEJOHANAN GOLF MSSM 2011, KGSAAS 15 - 17 MARCH 2011

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan yang sentiasa menjadi debaran kepada si putera hati Umi, Muhammad Irfan Harraz bin Razanan. Segala penat-lelah dan pengorbanan si putera akhirnya terbalas apabila pasukan di bawah umur 18 tahun dari Negeri Jelapang Padi Kedah telah dinobatkan mendapat tempat Ke 2 pada kejohanan ini, Alhamdulillah. Insyaallah masih banyak lagi yang harus di rancang dan latihan harus juga di pertingkatkan untuk mempersiapkan diri bagi melayakkan diri untuk menyertai tournament yang lebih besar dan mencabar di masa akan datang. Namun Umi yakin dengan semangat yang kental dan tidak takut untuk menyahut cabaran Insyaallah, Abang pasti dapat melaluinya dengan mudah. Tahniah daripada Ummi, Abah, Adik yang pastinya akan mendokong setiap usaha Abang dalam mengejar cita-cita Abang....' "Kedah Boleh", Irfan Boleh.......

Aduhhhhhh AYAH Demam Lagi....!

Ayah aku demam lagi...dah hampir dua minggu keadaan ayah begitu. Siang nampak ok walaupun tak berapa sihat tapi bila malam saja mula mengeletar seluruh badan. Bila antibody sudah semakin berkurang, maka begitulah jadinya......lebih-lebih lagi di usia emas Ayah. Atas kehendak Allah cuaca juga tidak menentu sekejap panas dan sekejap pula hujan.....Tapi walau apapun kita kenalah juga bersyukur kerana Allah pernah memberikank kita masa sihat dan dia juga yang mengurniakan kepada kita masa sakit. Apa nak kata lagi, kenalah terus makan dan makan ubat walaupun dah hampir empat klinik yang dikunjungi..... Insyaallah semoga Ayah cepat sembuh hendaknya.

MAK NGAH & DEMOT (ITM ARAU, PERLIS)

Ya Allah...Aku bersyukur padamu kerana akhirnya aku telah diberikan kesempatan untuk menghubungi dua orang sahabatku yang telah hampir 20 tahun lebih terputus hubungan. Maklumlah selepas graduate dan berfamili masing-masing mula sibuk dengan kehidupan masing-masing dan sedikit demi sedikit melupakan orang-orang yang suatu waktu dulu pernah menjadi orang-orang yang penting dan kita sayang di dalam kehidupan kita. Makan semangkuk maggi, tidur sebantal dan setilam, sama-sama susah dan sama-sama senang dengan kehidupan Campus yang sungguh indah.. Pengalaman yang tak mungkin ditemui di mana juapun. Makan sayur campur rumput, ikan hanyir dan busuk...nasi kadang-kandang mentah...dan macam-macam lagi....Tapi walaupun perit ianya tetap indah dan itulah kehidupan namanya. Apa yang aku harapkan ialah semoga peluang kedua yang diberikan Allah ini kepada kami tidak kami sia-siakan dan semoga kami akan "keep in-touch" hingga ke akhir hayat kami.... Insyaallah panjang umur kita akan pasti...

MUHAMMAD IRFAN HARRAZ - MSSM 2011 (GOLF)

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan Limpahan Rahmat dan kasih Sayangnya.....Segala pengorbanan dan penat lelah sang putera akhirnya berbaloi juga apabila telah melayakkan diri mewakiki Negeri Jelapang Padi ke Kejohanan MSSM GOLF di KGSAS, Selangor Darul Ehsan, pada 15-17 March 2011 yang akan datang. Abah, Ummi dan Adik mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan semoga impian Abang untuk menempa nama di bidang GOLF ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. Kejayaan demi kejayaan yang abang capai selama ini adalah melalui seribu kepayahan kerana segala-galanya terhad, tidak seperti kawan-kawan Abang yang lain yang lebih bernasib baik, mereka memiliki segala-galanya yang mereka inginkan dan apa saja yang diinginkan semuanya dapat diadakan dan disediakan oleh ibu-bapa mereka. Namun Ummi bangga dalam semua keadaan yang terhad itu..Abang juga masih mampu untuk menempa kejayaan. Percayalah Sayang kejayaan yang di tempa melalui keperitan dan kepayahan itu amat ti...

Berakhirnya Kisah Kehidupan Puteriku di Asrama Sek Men Keb Agama Yan

SELAMAT TINGGAL SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN, KEDAH DAN SELAMAT DATANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IBRAHIM, SUNGAI PETANI, KEDAH. 20 Februari 2011, adalah merupakan hari terakhir puteri kesayanganku dengan rasminya tidak lagi menjadi warga Sek Men Keb Agama Yan. Semua ini berlaku bukan atas kehendak dirinya. Malah sebagai seorang ibu hatiku pedih bagaikan di tusuk sembilu mengenangkan betapa aku terpaksa meragut kegembiraannya di saat dia sudah mula menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di ASRAMA. Puteriku ini baru saja mula merasa gembira hidup dengan rakan-rakannya dan tanpa keluarga di sisinya. Aku amat gembira apabila dia tidak lagi menangis setap kali menelefon aku dari Asrama. Tetapi yang namanya TAKDIR hanya Allah saja yang mengetahuinya, apalah dayaku, kerana semua ini berlaku bukan atas kehendak dan kerelaan aku juga. Aku hanya mampu berdoa dan berharap agar segala kesedihan di hatinya akan lenyap di telan masa dan pengalaman pahit yang kami sekeluarga lalu...

Quality Time With My Loves One

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana perancangan untuk membawa anak-anak bercuti baru-baru ini telah dipermudahkan olehNya. Semoga dimurahkan rezeki kami untuk merancang lebih banyak percutian bersama di masa akan datang. Telah lama juga aku dan keluarga tidak berkesempatan untuk bercuti, lebih-lebih lagi semenjak kami kehilangan seorang jiran yang sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Al-Fatihah untuk Allahyarham Abang Hazad. Semoga rohnya sentiasa diCUCURI Rahmat dan di tempatkan bersama para Solihin Puteri bongsu pulang bercuti sempenan Tahun Baru Cina, jadi kesempatan cuti yang agak panjang itulah aku dan suami telah membawa kedua-dua permata hati kami untuk bercuti di Penang, Taiping, Cameron Highlands dan Penang. Huuuh terasa fresh saja selepas bercuti.....walaupun agak penat tapi kami semua sungguh gembira..... Yang paling gembira tentulah anak-anak, lagipun puteri bongsu aku bercuti panjang dari Asrama jadi sudah sewajarnyalah aku dan suami cuba...

Tinggal di Asrama atau Tinggal di Rumah? Yang Mana Satu Ni.........

Ya Allah Ya Tuhanku....aku mohon petunjuk dan pertolongan darimu Ya Allah... Aku keliru, aku binggung, aku resah, aku sedih dan aku bimbang. Begitulah perasaan berkecamuk yang aku alami sekarang. Sejak puteri bongsuku mendapat tawaran ke Asrama pada minggu lepas, aku menjadi tidak keruan, semua yang aku fikirkan terasa tak kena. Sebahagian dari aku redha untuk melepaskan dia tinggal di Asrama dan di sebahagian yang lain, aku merasa amat sedih dan kehilangan. Tak mudah rupanya untuk melepaskan anak-anak kesayangan kita tinggal berjauhan dari kita. Hati aku sungguh sedih dan tak mampu aku gambarkan dengan perkataan. Walaupun aku tahu tinggal di Asrama ada banyak kebaikannya tetapi adalah bukan sesuatu yang mudah untuk berpisah.

Fatimah Az-Zahra @ YAYA

Begitu pantas masa itu berlalu meninggalkan kita, hari silih berganti kini telah hampir dua minggu kembalinya Al-marhum Abang Hazad ke rahmatullah. Doa dan harapan aku sekeluarga agar Al-marhum di tempatkan bersama-sama para Solihin. Bukan saja keluarga Al-marhum sahaja yang merasai kehilangannya tetapi aku dan keluarga sebagai jiran yang paling dekat turut merasa tempias kehilangan dan kesedihannya. Berat mataku memandang, maka beratlah lagi bahu mereka yang memikul. Tak dapat aku nak berbuat apa-apa mengenai hati dan perasaan. Aku hanya berharap agar aku akan mampu untuk terus memberikan sokongan dan sentiasa berada di sisi mereka pada saat mereka memerlukan sokongan. Beberapa hari yang lepas YAYA demam panas, tapi aku tahu selain demam YAYA sebenarnya menanggung rindu yang tak dapat dirungkaikannya dengan perkataan terhadap arwah Papanya. Anak kecil yang baru berusia 9 tahun ini masih belum mengerti tentang apakah itu erti KEMATIAN. Sebagai anak yang paling bongsu dan paling m...

SAYANGILAH ANAK-ANAK KITA

Hari ini aku telah menyiapkan artikel bertajuk "Sayangilah Anak-anak Kita" dan artikel tersebut telahpun aku kirimkan kepada editor Sinar Harian melalui e-mail. Semoga ianya akan dimuatkan ke dalam akhbar tersebut. Insyaallah. Baca seterusnya.... ------------------------------------------------------------------------------------- Setiap seseorang anak yang telah dilahirkan ke dunia ini adalah merupakan amanah Allah s.w.t kepada kedua ibu-bapanya. Ibu-bapalah yang memikul amanah untuk mendidik, mengasuh, mendampingi, mengasihi serta membentuk perilaku anak-anak mereka menjadi insan-insan yang baik akhlak dan budi pekertinya. Anak-anak yang dilahirkan ibarat secebis kain putih. Laksana cebisan kain putih, begitulah jiwa dan pemikiran anak-anak. Ibubapalah sebebas-bebasnya mencorakkan kain tersebut mengikut kepelbagaian warna dan reka-bentuk. Maka ditangan ibubapa jugalah terletaknya corak-corak dan warna-warna yang akan mengambarkan kehidupan masa depan anak-anak. ...

LIRIK - HATI YANG KAU SAKITI (ROSSA)

Aku memang meminati semua lagu-lagu nyanyian Rossa..semua lagu-lagunya sedap didengar : -------------------------------------------------------------------------------- Jangan pernah katakan Bahwa cintamu Hanya untukku Karna kini kau telah membaginya * Maafkan bila memang kini Harus kutinggalkan dirimu Karna hatiku Selalu kau lukai ** Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa Chorus: ku menangis membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku kau duakan cinta ini kau pergi bersamanya Ku menangis melepaskan Kepergian dirimu dari sisi hidupku Harus selalu kau tahu aku lah hati yang telah kau sakiti repeat *, ** repeat chorus ku menangis harus selalu kau tahu akulah hati yang telah kau sakiti

Lirik - Bila Cinta (Hilangnya Cintamu) - Gio

Lagenda Budak Setan, mula-mula aku dengar promo tentang filem ni aku tertanya-tanya dalam hati, syok sangatkah cerita ni sebab titlenya tak berapa ngam sangat. Kemudian slot ASTROpun mula menayangkan cerita ini setiap minggu, walaupun aku jarang-jarang dapat mengikuti cerita ni tapi aku suka sangat dengan lagunya....sedap di dengar dan amat menyentuh hati dan perasaan....' Hanya mereka yang pernah kehilangan pasti akan memahami....Kisah lama jangan dikenang....hidup harus diteruskan bersama-sama yang tersayang...kerana Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk kita...' ------------------------------------------------------------------------------------ Bila cinta kini Tak lagi bermakna Yang ku rasa kini Hanyalah nestapa Ditinggalkan cinta masa lalu Dulu kau tawarkan Manisnya janjimu Dan ku sambut itu Dengan segenap hatiku Hingga engkau pergi Tinggalkanku (Korus) Hilangnya cintamu Menusuk hatiku Hinggaku memilih Cinta yang fana Perginya dirimu Merobek jantungku Hinggaku terjatu...

PADA SAAT USIA TUAKU - Pesanan untuk anak-anak

Pesanan ini khusus untuk semua anak-anak:- "Hargailah Dan Kasihanilah Kedua Orang-tuamu Selagi Hayat Mereka Masih Di kandung Badan Dan Berilah Kebahagiaan Kepada Mereka Di Saat Mereka Menghabiskan Sisa-Sisa Kehidupan Mereka" Di sini aku kongsikan pesanan dari ibu & ayah untuk kita jadikan panduan : Pada saat usia muda mula meninggalkan diriku, Cubalah kamu untuk mengerti dan banyak-banyakkanlah bersabar dengan kerenahku. Pada saat aku mula mengulang-ulang tentang sesuatu yang mungkin bakal membuatkan kamu merasa jemu atau jelak mendengarnya. Aku harap kamu dapat terus bersabar untuk mendengarnya dan janganlah pula menghentikan bicaraku itu kerana ketika kecilmu aku tidak pernah jemu mengulangi cerita-cerita yang telah aku ceritakan padamu hanya untuk melelapkan matamu. Pada saat aku memerlukan bantuanmu untuk memandikan aku, Janganlah kamu sekali-kali marah padaku kerana sewaktu kecilmu aku terpaksa menggunakan pelbagai cara hanya untuk memujukmu untuk mandi. Pada saat...

"Shoulder To Cry On" Song by Tommy Page

Life is full of lots of up and downs But the distance feels further When it's headed for the ground And there's nothing more painful Then to let your feelings take you down It's so hard to know The way you feel inside When there's many thoughts And feelings that you hide But you might feel better If you let me walk with you By your side Chorus: And when you need A shoulder to cry on When you need A friend to rely on When the whole world is gone You won't be alone I'll be there I'll be your shoulder to cry on I'll be there I'll be your friend to rely on When the whole world's gone You won't be alone 'cause I'll be there All of the times When everything is wrong And your feeling like There's no use going on You can't give it up I'll help you work it out And carry on Side by side With you till the end I'll always be the one A Shoulder To Cry On To firmly hold your hand No matter what is said or done Our love will always c...

Mengapakah Aku Masih Belum Menulis?

Sudah lebih dari dua bulan aku tidak membuka blog ini dan aku langsung tidak menulis apa-apa bukan sahaja di blog ini malah tak ada juga tulisan di mana-mana. Alasanku tetap sama saja sibuk, tak sempat, letih, tak ada masa terluang dan pelbagai lagi alasan yang mengukuhkan lagi sebab musabab untuk aku melengahkan diri dari menulis. Pada 2 Oktober 2010 aku telah mengikuti kursus menulis rencana untuk majalah dan akhbar. Semangat pada ketika itu berkobar-kobar untuk mengorak langkah dan mendekatkan diri dengan penulis tapi itulah...semangat tersebut hanya setakat berkobar-kobar tanpa tindakan susulan yang dilakukan. Aku masih tidak dapat mengeluarkan diriku ini dari zon selesa aku...mungkin kerana aku masih selesa dengan pendapatan yang aku perolehi setiap bulan...tetapi sampai bila? sampai bila? Hanya aku yang mampu mengubah diriku untuk melakukan sesuatu yang aku minat dan aku suka...Suami amat mengalakkan aku untuk menceburi bidang tulisan ini secara serius tapi aku masih tetap ...

Al-Fatihah untuk Almarhum Abang Hazad

AL-FATIHAH aku kirimkan kepada Almarhum Abang Azad yang telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Oktober 2010. Sekalung TAKZIAH yang mampu aku kirimkan untuk Kak Zan dan anak-anak. Benarlah kata perpatah, "Ajal Maut, Jodoh Pertemuan di tangan Tuhan", bila sudah tiba waktunya tak dilengahkan walau seminitpun. Pemergian Almarhum bukan saja dirasai oleh isteri dan anak-anak tetapi jiran-jiran dan sahabat-handai juga turut merasa kehilangannya. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti tetapi yang tumbuh tak mungkin akan sama dengan yang patah dan yang berganti juga tak mungkin akan sama dengan yang hilang. Sudah menjadi lumrah hidup, manusia mati meninggalkan nama dan ia akan tetap di kenang sampai bila-bila. Budi-baik yang ditaburkan sepanjang hayatnya itu pasti akan sentiasa abadi dalam setiap ingatan insan-insan yang menyayangi beliau. Semua kebaikan yang telah ditaburkan selama hayatnya itu tak mungkin akan dilupakan. Sebagai jiran yang paling dekat dan sebub...

Ramadhan Datang Lagi

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberikan aku sekali lagi kesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Semoga Engkay memberikan aku kesempatan untuk mempertingkatkan lagi amalan-amalanku yang aku kira masih terlalu sedikit untuk aku jadikan bekalan menemuiMu bila saat aku dijemput olehMu nanti. Ya Allah berilah aku kekuatan dan bukakanlah pintu hatiku dan Engkau lembutkanlah hatiku agar aku mampu menjadi hambamu yang taat pada setiap perintahmu Ya Allah. Ya Allah kurniakanlah aku dengan Rahmatmu kerana sesungguhnya Engkau maha pengurnia dan janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau berikan aku petunjuk. Ameen Ameen Ya Rabbil A'lamnin